Thursday, July 30, 2009

blood needed

salam all.

my uncle was transferred from sandakan hospital to subang jaya medical centre 2days ago. he have undergone operation for 3 times. masalah perut, and usus. he loss a lot of blood. Currently he needs more blood, 14 to 34 pints (acording to the doctor). Hope some of u can help.The hospital will accept any blood type as replacement, just please make sure the donors give the patient’s name.

SUBANG JAYA MEDICAL CENTRE

PATIENT: AHMAD PAIRAN

SJMC Opening Hours (for Blood Screening) : Mon-Fri 8.30am-5.00pm, Sat 8.30-12.30

5th Floor, Blood Bank, SJMC (north block), please mention to the blood bank that is is for Mr Ahmad Pairan.

please feel free to contact me should u have any questions.

your kind support will always be remembered. my family and i wish to thank u for ur help and generosity. doakan uncle saya selamat dan kembali sihat.

Love,

Cinoiqilavigne

*************************************************

ini aku copy paste, Informasi tentang blood donation.

Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan

· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

· Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis

· Mengambil dadah secara suntikan

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan2 minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:

· Tidak mengandung.

· Tidak datang haid.

· Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:

· Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

· Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Monday, July 27, 2009

RIP Yasmin Ahmad

siapa ingat tv ad Tan Hong Ming In Love in 2007. its a petronas merdeka day tv ad.
i reviewed it here -->
my friendster blog. back in 2007.
masa tu aku xtau siapa yang buat ad ni.in 2008 baru saya tau.hebat betul orang itu.




Al-Fatihah untuk Arwah Yasmin Ahmad.
:(

Friday, July 24, 2009

pengajaran: sila berhati-hati.jangan main langgar saja.(bak kata syauqi kat aku "u ni main langgar je")

kemarin pagi-pagi di yahoo meseenger.
(tiang=bukan nama sebenar.seorang lelaki)

*di bawah ni aku copy dari ym aku

cinoi: tiang!!!!!!!!!!!!!
tiang: ni bkn tiang
tiang: ni cousin dia
tiang: tlg check ym dia je
cinoi: okei.kimsalam syg rindu cinta kat dia.hakhakhak
tiang: ni sape?
cinoi: cinoi
tiang: laki ke puan?
cinoi: puan lerrr
tiang: oowhhh
tiang: ok
tiang: rapat ke gn dia?
tiang: kt kuitho eh?
cinoi: sangat
cinoi: ye
tiang: bola baling skali?
cinoi: tak
cinoi: umah sebelah
tiang: pastu?
tiang: owh
tiang: rapat sgt cmne tu
tiang: hahaha
cinoi: rapat sgt gila2
cinoi: pagi ptg siang malam
cinoi: hahahahahahaha
cinoi: dia kt mana?pulau sibu?
tiang: x jd pulau sibu
cinoi: lama dh x msg dia
cinoi: masing2 bz
tiang: dia jg site kt air tawar 5 skunk
tiang: keje pe?
cinoi: sama je ngn tiang
tiang: ooo..ktner?
cinoi: sabah
tiang: jauh gler
cinoi: suroh tiang kumpul duit, october ni g holiday
tiang: g ktner
cinoi: xtau lg
tiang: dia ngah kumpul duit nk kawin
tiang: hahaha
cinoi: hahahaha..serius ke die?die x tnjuk lg gf dia
cinoi: xpe, nnti holiday ajak sekali gf dia utk sesi ta'ruf
cinoi: hahaha
tiang: family choice
cinoi: family choice??serius??
tiang: serius kot
tiang: hahaha
cinoi: bengong tiang
tiang: nape lak?
cinoi: ye r, gf pon x pndai cr sndrik.hahahaha
tiang: nk cr berkat
tiang: da ad pakwe ke
cinoi: sape?
tiang: cinoi la
(eh, kazen tiang ni nak ngorat aku ke??hahaha.bengong aku)
cinoi: oh..ade

cinoi: bf sy housemate tiang
cinoi: :D sbb tu kami baik
tiang: ooo...yeke?
tiang: skunk dia ktner?
tiang: sabah gak ke
cinoi: johor
tiang: jauhnye terpisah
tiang: tp klu da jodoh xkan kemana
cinoi: :D
cinoi: ok la
cinoi: keje nih
cinoi : hahahaha
cinoi: kimsalam tiang ok.
tiang: =))
tiang: okkkkkk
tiang: bye
cinoi: tq
cinoi : bye
tiang: take care

************************************
kemaren petang-petang

..aunty noi..sms... (ringtone message fon aku berbunyi)
sms dari tiang

sri noor astika mala, saudari menghantar komen apakah kat frenster
beta?huhu
aku balas

manada aku komen frenster ko!prasan.
5minit kemudian
huh??aku ym la.lupa plakk
aku sms tiang

lupa lak, bukan komen frenster, aku ym ko, tapi rupenye kazen ko,
so aku borak ngn dia

tiang reply

yoko, gewe aku la tu cinoi, 2 pupu aku, kami ni pilihan
keluarga, haha, ko msg ape?
OMFG!!!!!!
dengan segera aku sms Syauqi n Shiro
SOS.SOS.mayday.mayday.

*petunjuk: gewe = kekasih, bf/gf

p/s: maaflah kalau kejadian ini tak tercapai akal kamu ya.
xoxo,
Cinoiqilavigne


Thursday, July 23, 2009

mimpi dikilang di sini, ku di replika berkali-kali

okeh.tajuk tiada kaitan dengan isi entry!

yang ada kaitan, perkataan MIMPI saja.

last night i had the weirdest dream ever!

tolong saya mendelete mimpi itu.

takut la mau cerita, takut meng’offense’kan orang2 dan kawan2 di sekeliling. hati semua orang perlu dijaga. hahaha. terlebih sudah! padahal mimpi jak pun! malu gue!!!!

yang bermimpi,

C

Wednesday, July 22, 2009

i want my black star!

uuuuu weeeeeee

saya mau!

qilavigne

kalau kamu perasan, di bawah cap dia tu ada studded ring. weeeeeee. every bottle of it ada tu studded ring uuuuu. mau.mau.mau. baunya adalah campuran dark chocolate, black plum n pink Hibiscus. weeeeee.

tapi kan, baru ada dijual di Austria, Germany, Switzerland, the Netherlands, Poland, Croatia, Slovenia, the Czech Republic, Hungary and Slovakia. next month start jual di Sweden, Norway, Finland, Lithuania, Estonia and Latvia. uhuk. US pon belum ada jual lagi.

hah! UK ada, september start sudah ada jual d UK! haha. sepertinya ada seseorang di UK! weeeeeeeeee.

siapa mau bagi birthday present (hahaha.awal gila), bagi saja 1 set Black Star Fragrance (deodorant, perfume, shower gel, lotion, weeee).bye!

xoxo

Cinoiqilavigne

Monday, July 20, 2009

kenaikan dan kejatuhan.

entry ini sejak berakhir bulan Jun lagi sudah ada di dalam draft.tiada masa untuk siapkan. mungkin hari ini adalah masanya.

sudah hampir penghujung bulan 7. separuh masa pertama 2009 sudah berakhir. apa yang sudah kita hasilkan selama 6bulan ini? apa yang sudah saya sendiri hasilkan??mari la kita semak sama-sama pencapaian/kenaikan kita. ini saya punya.

  1. saya sudah bisa membaca buku dalam kenderaan yang sedang bergerak. ya dulu saya pening sampai mau muntah, tapi sekarang tidak lagi.boleh baca buku dalam kereta youuu.
  2. saya telah berjaya terbang ke semenanjung sebanyak 3kali, ke sandakan beberapa kali, membeli tiket untuk terbang yang seterusnya (belum terbang lagi), membantu proses pengkayaan airasia, dan pengeringan poket diri sendiri dan orang sekeliling. serta kenaikan kadar hutang.
  3. sudah berjaya membawa syauqi balik ke kampung halaman di Sandakan (sepatutnya ini dikira pencapaian syauqi, tapi saya ambil sebagai pencapaian saya juga) dan diterima dengan alu-aluan yang hangat dari keluarga saya.
  4. saya sudah berjaya menghalalkan pemanduan saya. perasaan memandu secara halal sangat jauh berbeza dengan ketika memandu secara haram. tidak sangka saya berjaya lulus. terima kasih juga kepada Parit Raja, Batu Pahat kerana telah menjadi venue latihan memandu saya selama 4 tahun. sekarang ini saya berasa seperti ingin memegang lesen memandu tersebut di celah jari tengah dan jari telunjuk saya sambil memandu dengan senang hati. tanpa perlu rasa takut ada pak polisi, dan tanpa perlu bertukar tempat duduk dengan orang sebelah kerana ada roadblock di hadapan.
  5. saya sudah berjaya jumpa kawan-kawan saya yang selama ini saya hanya kenal melalui web sahaja. ada yang sejak tahun 2006 lagi. ada yang sejak 2008, n awal 2009. saya jumpa dan lihat performasi mereka di depan mata saya, pada tahun ini.
  6. saya berjaya jumpa kembali kawan-kawan saya semasa kecil (sek rendah) dahulu melalui facebook. thanx facebook. tapi syauqi cakap facebook yahudi, sebab tu dia takda facebook.
  7. saya berjaya berkeputusan untuk memotong rambut yang sudah biasa panjang, kepada keadaan yang pendek gila. dan bertahan dengan rambut pendek tersebut.tidak sangka saya berani. tidak sangka saya tergamak. tapi semua sudah terjadi dan terbukti. sedang menunggu masa, bilakah akan mula menunggu untuk dia panjang kembali.
  8. berjaya lupa di tengah-tengah karangan tentang apa yang saya ingin taipkan.so lenkali saya sambung lagi ya, kalau saya sudah ingat apa lagi kenaikan saya selama separuh masa pertama 2009 ini.

dikalangan kenaikan-kenaikan kecil ini (yaa, kita kan harus gembira dengan perkara yang kecil-kecil juga), terdapat juga kejatuhan-kejatuhan kecil dan BESAR. antaranya ialah (padahal ada 2 saja, yang ke2 adalah kejatuhan paling BESAR setakat ini, when i say THE BIGGEST, i mean the biggest)

  1. saya berjaya menjadi manggas/pokai/broke pada pertengahan setiap bulan (kadang-kadang belum tengah bulan dah broke gilos), dan menunggu meratap untuk hadir lagi hari gaji yang seterusnya dengan segera.
  2. kejatuhan yang paling BESAR –> saya telah jatuh di Kota Kinabalu International Airport Terminal 2, pada 12July2009 dan bersama-sama di sebelah saya adalah Syauqi yang tidak jatuh. sebab saya seorang saja yang jatuh, dan dia tidak selamatkan saya. kejatuhan itu berlaku ketika baru keluar pintu departure dan sedang berjalan ke arah kapal terbang tersebut. kejatuhan itu adalah secara sharp, smooth “zapp” dan terbaring. kepala, belakang, siku kiri dan kanan, punggung (atas sikit dari bontot kot), adalah menghempap ke simen dengan kuatnya. perasaan sakit yang amat dan malu adalah bercampur baur. sudah jatuh ditimpa sakit+malu. kesan jatuh adalah luka di siku kiri, bengkak di siku kanan, bengkak di bontot, dan garisan luka secara horizontal dari kiri ke kanan di punggung (atas sket,bhgn bawah pinggang), malu yang amat selama 15minit, dan pertengkaran kecil dengan Syauqi atas tuduhan tidak-selamatkan-saya-daripada-terjatuh.

sekian dahulu. terima kasih kerana membaca hingga ke hujungnya. jumpa lagi di lain entry. entry ini untuk renungan saya semata-mata. sama juga seperti entry lain, saya suka renung kembali ketika ada masa. kalau kamu mau renung sekali apa salahnya. bye.

*jauh lagi perjalanan*

DSC00457

xoxo,

Cinoiqilavigne

Friday, July 10, 2009

excited+worry = ??

10/07/2009
10.37am

today is the day that ive been waiting unpatiently.
syauqi is coming here tonight, evening flight.
this will be his 1st time here (in sabah). im so excited!!

but, the thing is i dont know if mr.boss will approved my leave for tomorrow.
because my kerani want to cuti tomorrow as well.
huhuhu..uwaarrgghhh.
sekarang boss belum masuk lagi. i cant focus on my work. i was like crazy here. i have to make sure i dapat cuti for tomorrow, then i can get back to work, like a normal human being.
so for now, i prepared a resign letter. just in case. if anything happen (like my boss x approved my leave), i will tender my resignation.

thats all for now. i'll update again later ya.

Love,
Cinoiqilavigne

Thursday, July 9, 2009

Michael Jackson: The Memorial :(

aku menangis kemarin pertama kali mentengoknya. sekarang tengok lagi pun aku nanges. ok. i am no big fan of MJ, tapi saya ada hati dan perasaan yang sangat fragile gitu. (video-video aku post ni bukan persembahan semata, ada ucapan-ucapan juga. layan lah ok. sedih)

kita mula dengan yang paling sedih :(


ini pula lagu paling sedap masa memorial service tu. i like.


ini pula lagu favourite aku. tapi mariah carey nyanyi macam larat tak larat saja. larat kot, tapi macam kureng sikit. with the annoying hand waved here and there. haih. aku suka lagu ni :(


this was just so amazing.


woah. menanges lagi aku mentengok ni. harunya. ah. perasaan ku dipengaruhi oleh musik-musik sedih ini. RIP Michael Jackson.

ada lagi satu video aku mau share. Michael Jackson ghost at Neverland was caught on tape during CNN Larry King interview with Jermaine Jackson. tapi nanti la. or kamu search la sendiri. aku sedang sedih ni.

xoxo,

cinoiqilavigne

Tuesday, July 7, 2009

entry ni panjang gila, kalau mau tau, baca lah. ia mengenai betapa mood saya dipengaruhi oleh lagu yang sedang saya dengar. saksikan! kalau malas baca, tengok-tengok, sudah.

i havent been in the mood of blogging lately. hmm.. its not actually about mood. i have it, but, ouwh ya, maybe im suffering what people called it writer’s block. kind of. i dunno. i wanted to blog so badly, i have something, many things in my mind that i wanted to scream it out here. but i just cant. what is my problem? me myself do not know. maybe i dont have any blogging problem at all. malahan, saya amat tertekan jiwa pula kerana tidak mengupdate blog. jadi, apa-apa perkara yang akan kamu baca di bawah ini, saya tidak dapat jamin adakah ia berasaskan kerasionalan atau ke’emo’an semata.

and for that reason. lately. ive been thinking and searching what is actually happening to me. i wish there would be a machine that can figure out the unknown problem of ours. sounds cool.

while doing the research, i found out something not weird at all about me, which is mood saya adalah dipengaruhi oleh musik yang saya sedang dengar, almost 90% of my mood adalah atas pengaruh lagu/musik yang saya sedang dengar. yeah. \m/

beberapa waktu lepas, saya sedang melompat-lompat separa riang dari satu blog ke blog yang lain, lalu terdengar lagu CREEP dari radiohead.lalu teringat kembali ke masa itu, dan hati menjadi, apa orang kata tu “rasa sebok dalang”.  lalu, saya menganggap itu adalah message nya. betapa mood saya dipengaruhi oleh lagu. saya sedikit emo mendengar lagu itu. lalu teringat ketika saya selalu mendengar lagu itu adalah semasa tahun 2 universiti. messagenya adalah untuk saya melihat kembali apa yang berlaku ketika saya di tahun 2 pengajian tinggi.

biasanya, apabila saya mendengar semula lagu-lagu lama yang saya sering dengar, saya akan teringat balik pada waktu itu. dan mudah menjadi emo. kalau saya dengar lagu Sheila On 7, saya akan teringat semasa high school saya. kalau saya dengar lagu-lagu dari rediohead, muse, arctic monkeys, lagu-lagu Hujan yang dulu, saya teringat tahun 2 dan tahun 3 zaman universiti saya. dan begitulah seterusnya. dan tadi saya terdengar lagu Alexis On Fire pula, teringat musim saya dengar lagu itu, musim penghujung tahun 3 universiti saya, semasa sedang separa kecewa. dan banyak lagi lagu lain. nasib baik laptop yang saya gunakan di universiti dulu sedang rosak sekarang, kalau tidak saya akan keep mendengar lagu-lagu yang saya kumpulkan di dalamnya semasa sedang menuntut di universiti, dan saya akan terus meratapi waktu itu.

kalau dengar lagu-lagu indon seperti Demi Waktu, Tapi Bukan Aku , dan geng2 seangkatannya, saya akan teringat ketika saya awal-awal bermain gitar dulu. hahaha. lagu senang.

kalau dengar lagu-lagu rancak orang kulit hitam (R&B hip hop), atau lagu techno, techno elektrik, atau lagu dj tiesto atau yang sewaktu dengannya, saya akan teringat sewaktu saya sering clubbing dulu . seronok.

kalau saya dengar lagu yang ada kaitan dengan saya dan syauqi pula *malu-malu*, saya menjadi tidak keruan tiba-tiba. rasa cinta membuak-buak. iaitu, lagu-lagu yang kami suka, kami dengar sama (dulu), yang saya pernah dedicate untuk dia, etc. ehe..he. baik saya stop bercakap pasal dia sekarang, nanti over jiwang plak.

dan saya boleh memilih mana-mana mood yang saya suka jika saya mendengar lagu Avril Lavigne, saya seperti hidup. yeah. lagu avril lavigne macam dewan serbaguna di sekolah rendah saya. dewan itu memang serba guna, sebab kadang-kadang untuk perhimpunan, untuk party, untuk hari kantin, untuk pertandingan kuiz matematik. begitu la lagu avril lavigne kepada saya, serbaguna, saya boleh memilih mana-mana mood, dan lagunya akan berjaya menggalas mood itu. terbaek wok!~

ringkasnya, kalau saya dengar lagu

  1. lagu yang dulu glamour dan saya sering dengar pada masa dulu, saya akan berasa seperti kembali semula ke masa itu. (dan biasanya akan menangis kerana rindukan masa itu)
  2. lagu yang sekarang-sekarang tapi agak emo, saya akan menangis seperti ada kesedihan yang tertanam di dalam-dalam saya, kesedihan with happy-topping.
  3. lagu-lagu rancak yang seronok, saya rasa seperti hendak menari.
  4. dan begitu lah seterusnya. pelbagai lagu dengan pelbagai message (sepertinya untuk saya message itu)

dan jikalau kamu ingat entry itu dan itu . saya agak emo waktu itu, kerana baru saya sedar, waktu itu saya asyik mendengar lagu SIREN yang agak emo.

2 minggu selepas itu, saya asyik mendengar lagu gembira, mood gembira saya datang semula. mudahnya kan untuk saya putuskan terhadap perasaan saya. hanya perlu pilih playlist yang betul.

seperti sekarang, saya sedang dengar hitzfm, lagu THE CLIMB, tiba-tiba saya seperti bersemangat membuak-buak. tak tahu la semangat apa. maybe saya perlu sambung kerja saya sekarang dengan bersemangat (daripada memblog di ofis).  mungkin itu messagenya.

ok la. bye. saya sambung kerja. dengan penuh semangat. jumpa lagi di lain entry, harapnya entry lain itu nanti tidak seberapa mengarut seperti entry ini.

 

saya, (bukan kamu)

cinoiqilavigne

 

p/s:- sesiapa yang berjaya membuat rumusan mahupun kesimpulan atas cerita di atas, boleh kemukakan di ruang komen. sesiapa yang berjaya memberikan rumusan/kesimpulan yang agak betul, boleh tuntut hadiah.ok!

Friday, July 3, 2009

skill SALAH NUMBER sudah lapuk la wei. cant believe some people still using the old lame trick/skill.

kemarin, fon aku didatangi panggilan bodoh.
ada 2 cerita.2 stranger yang call.

stranger 1. lelaki.
kononnya dia nak kol kawan dia, and lupa number kawan dia 012 or 017 (number aku 017).
so, dah aku jawab, and aku bukan kawan dia, means dia salah number la kan. tapi tak sudah sudah lagi dia becakap. ni part of the conversation.

lelaki bodoh: ni kat mana?
aku: sabah.
lelaki bodoh: sabah?jauhnya.tipu la, macam kat KB je ni.

ha ha ha. macam mana dia tau bunyi suara aku macam di KB?? kota bharu?? apa bikin aku di sana oh. dah aku cakap bukan tu, bukan la. lagi mau tanya. (slang cakap dia macam ala2 pantai timur ok)

aku : sekarang ni siapa yang mau tnya ni, aku ka ko? kalo ko rasa ni di KB, ko xyah la tnya ni kat mana!
lelaki bodoh: oh. sory.mungkin saya salah number.
aku: memang pon ko salah number! aku dh cakap tadi kan!

hours later, dia kol lagi. aku tak jawab. few hours later, dia kol lagi. aku jawab.

lelaki bodoh: ni siapa?
aku: huh??ko tu siapa?ko salah number la.aku tak kenal ko.
lelaki bodoh: kalau camtu, jom la kita bekenalan.

!#$%^&* it was so lame ok!

aku: saya takmau berkenalan. bye!
lelaki bodoh: awak ni sombong la. bekenalan pun takmau ke.
aku: suka hati aku la apa aku mau, apa aku tak mau. eeeeee. aku banyak kerja la ni, bukan macam ko, takda kerja
lelaki bodoh: ala......

terus tak dengar suara dia lepas tu, sebab aku hang up d fon.
then dia kol lagi like few hundred times, aku tak jawab.then datang text message

"bagi la saya bercakap dgn awak"

ha ha ha!! bodoh! lawak of the day.
by the way, kawan-kawan, ni number fon dia
013 - 767 ****
(aku rasa macam nak bagi je full number dia, if ada request, tell me ok! i bagi u all his stupid number)

*****************************************

stranger 2. perempuan.

fon aku bunyi. number yang terpapar di skrin
012-700 ****

aku: hello
perempuan itu: sory. salah number.

n dia terus hang up d fon.
peliknya! macam mana dia tau dia salah number dengan hanya mendengar HELLO aku. aku terus suspicious ok.
1 saja kemungkinan, maybe dia nak kol lelaki, suara aku perempuan (obviously) hahaha, so dia hang up the fon. but what if dia betol, i mean, what if i yang tolong jawabkan fon lelaki itu, how can she be sure? she should atleast ask anything. n now, aku memang yakin, ada sesuatu. tapi apa? aku pun taktau.ha ha. tapi im sure its not a normal salah-number punya situasi. weird!

*****************************************
hmm. macam-macam la orang sekarang ni. ikutkan hati baran aku, mau aku maki saja lelaki bodoh di atas. tapi konon aku ingin bertindak bijak dan cool, no maki2. ha ha ha. baik sangat la aku konon. dah la kemarin, hari memang panas di luar. sangat-sangat. benci. dalam panas, luar panas. earth is not suppose to be hotter than i am! bye! *wink wink*

xoxo,
cinoiqilavigne


Wednesday, July 1, 2009

tempat aku lari berteriak

suka.lari ke sini.teriak kasitau.
sedih.lari ke sini.teriak kasitau.
gembira.lari ke sini.teriak kasitau.
terkejut.lari ke sini.teriak kasitau.
takut.lari ke sini.teriak kasitau.
cinta.lari ke sini.teriak kasitau.

semuanya.
lari ke sini.
teriak.
bagitahu.

tapi kebelakangan ni kurang teriakkan kan.
kenapa?
sebab mungkin tidak lari ke sini.
kenapa?
sebab mungkin taktau lari ke mana.pusing-pusing.
macam tidak jumpa jalan ke sini.
ok juga kan, bagi dia berehat sikit dari teriakkan ku. sebab sikit-sikit rasa ini itu, terus lari ke dia. kesian dia.

ya. dengan baiknya tidak bersuara. biarlah tidak lari ke sini pun. asalkan aku dengan erat mendakap positif. biarlah lari ke mana pun. tapi jangan risau. memang ini la juga tempatnya lari ku tu. cuma masanya bukan sekarang-sekarang ini. esok mungkin.

kamu tau kah tempat aku lari berteriak itu? di sini la!

xoxo,
cinoiqilavigne





how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....