Monday, July 20, 2009

kenaikan dan kejatuhan.

entry ini sejak berakhir bulan Jun lagi sudah ada di dalam draft.tiada masa untuk siapkan. mungkin hari ini adalah masanya.

sudah hampir penghujung bulan 7. separuh masa pertama 2009 sudah berakhir. apa yang sudah kita hasilkan selama 6bulan ini? apa yang sudah saya sendiri hasilkan??mari la kita semak sama-sama pencapaian/kenaikan kita. ini saya punya.

  1. saya sudah bisa membaca buku dalam kenderaan yang sedang bergerak. ya dulu saya pening sampai mau muntah, tapi sekarang tidak lagi.boleh baca buku dalam kereta youuu.
  2. saya telah berjaya terbang ke semenanjung sebanyak 3kali, ke sandakan beberapa kali, membeli tiket untuk terbang yang seterusnya (belum terbang lagi), membantu proses pengkayaan airasia, dan pengeringan poket diri sendiri dan orang sekeliling. serta kenaikan kadar hutang.
  3. sudah berjaya membawa syauqi balik ke kampung halaman di Sandakan (sepatutnya ini dikira pencapaian syauqi, tapi saya ambil sebagai pencapaian saya juga) dan diterima dengan alu-aluan yang hangat dari keluarga saya.
  4. saya sudah berjaya menghalalkan pemanduan saya. perasaan memandu secara halal sangat jauh berbeza dengan ketika memandu secara haram. tidak sangka saya berjaya lulus. terima kasih juga kepada Parit Raja, Batu Pahat kerana telah menjadi venue latihan memandu saya selama 4 tahun. sekarang ini saya berasa seperti ingin memegang lesen memandu tersebut di celah jari tengah dan jari telunjuk saya sambil memandu dengan senang hati. tanpa perlu rasa takut ada pak polisi, dan tanpa perlu bertukar tempat duduk dengan orang sebelah kerana ada roadblock di hadapan.
  5. saya sudah berjaya jumpa kawan-kawan saya yang selama ini saya hanya kenal melalui web sahaja. ada yang sejak tahun 2006 lagi. ada yang sejak 2008, n awal 2009. saya jumpa dan lihat performasi mereka di depan mata saya, pada tahun ini.
  6. saya berjaya jumpa kembali kawan-kawan saya semasa kecil (sek rendah) dahulu melalui facebook. thanx facebook. tapi syauqi cakap facebook yahudi, sebab tu dia takda facebook.
  7. saya berjaya berkeputusan untuk memotong rambut yang sudah biasa panjang, kepada keadaan yang pendek gila. dan bertahan dengan rambut pendek tersebut.tidak sangka saya berani. tidak sangka saya tergamak. tapi semua sudah terjadi dan terbukti. sedang menunggu masa, bilakah akan mula menunggu untuk dia panjang kembali.
  8. berjaya lupa di tengah-tengah karangan tentang apa yang saya ingin taipkan.so lenkali saya sambung lagi ya, kalau saya sudah ingat apa lagi kenaikan saya selama separuh masa pertama 2009 ini.

dikalangan kenaikan-kenaikan kecil ini (yaa, kita kan harus gembira dengan perkara yang kecil-kecil juga), terdapat juga kejatuhan-kejatuhan kecil dan BESAR. antaranya ialah (padahal ada 2 saja, yang ke2 adalah kejatuhan paling BESAR setakat ini, when i say THE BIGGEST, i mean the biggest)

  1. saya berjaya menjadi manggas/pokai/broke pada pertengahan setiap bulan (kadang-kadang belum tengah bulan dah broke gilos), dan menunggu meratap untuk hadir lagi hari gaji yang seterusnya dengan segera.
  2. kejatuhan yang paling BESAR –> saya telah jatuh di Kota Kinabalu International Airport Terminal 2, pada 12July2009 dan bersama-sama di sebelah saya adalah Syauqi yang tidak jatuh. sebab saya seorang saja yang jatuh, dan dia tidak selamatkan saya. kejatuhan itu berlaku ketika baru keluar pintu departure dan sedang berjalan ke arah kapal terbang tersebut. kejatuhan itu adalah secara sharp, smooth “zapp” dan terbaring. kepala, belakang, siku kiri dan kanan, punggung (atas sikit dari bontot kot), adalah menghempap ke simen dengan kuatnya. perasaan sakit yang amat dan malu adalah bercampur baur. sudah jatuh ditimpa sakit+malu. kesan jatuh adalah luka di siku kiri, bengkak di siku kanan, bengkak di bontot, dan garisan luka secara horizontal dari kiri ke kanan di punggung (atas sket,bhgn bawah pinggang), malu yang amat selama 15minit, dan pertengkaran kecil dengan Syauqi atas tuduhan tidak-selamatkan-saya-daripada-terjatuh.

sekian dahulu. terima kasih kerana membaca hingga ke hujungnya. jumpa lagi di lain entry. entry ini untuk renungan saya semata-mata. sama juga seperti entry lain, saya suka renung kembali ketika ada masa. kalau kamu mau renung sekali apa salahnya. bye.

*jauh lagi perjalanan*

DSC00457

xoxo,

Cinoiqilavigne

3 comments:

nieja said...

tp i smpai skrg kot
xleh baca buku time
kdraan bgrak..konpem
pning n rase nak muntah
haha..

Cinoi Lavigne said...

nieja, dulu i gitu la.pastu lately i cam paksa2.skrg dh bleh overcome d fear.hohoh.cuma xleh dibuat ketika perut lapar.hahaha

nieja said...

oh nant i try la buat cam u.
hopefully jadi la..

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....