Asslamualaikum
Kemarin pergi bawa c Pink mandi. Since bawa dia balik Sandakan haritu, gilaa kotor kamu mesti boleh imagine lepas long journey begitu kereta jadi kotor macam mana kan. Hew hew hew. Kesian bah dia, sudah la plate number pun beselotep seja hahaha. Iya berbulan lepas kami terlanggar kereta orang, plate no pecah, buat yang baru tapi jatuh balik sebab but depan tu kemek jadi plate number tu loose, so ai lilit ja dengan selotep. Paling canggih di dunia.
Jadi kemarin bawa ke carwash yang dekat office Jay , ya Jay suamiku (mana lah tahu ada orang taktahu Jay tu suamiku)
Sorang ja tukang cuci keretanya. Dia buat semua sendiri. Selepas setel dia tolong bersihkan kereta, masa aku bayar, aku berbual sama dia. Sejak buat Herbalife ni, aku suka berkenalan dengan orang strangers.
Saya: Tempat ni kau punya sendiri?
Dia: Iya sendiri punya
Saya: Tiada pekerja?
Dia: Dulu ada, sekarang tiada sudah
Saya: Kau umur berapa? Sudah kahwin?
Dia: 23, sudah, ada anak 1.
Saya: Di mana kau tinggal
Dia: Di kampung (aku tak dengar kampung apa dia sebut) di Sepanggar
Saya: Oh jadi peralatan carwash ni kau beli sendiri?
Dia: Iya. Dulu saya kerja carwash, masa tu saya kumpul sikit-sikit beli barang ni. Sudah lengkap saya sewa la tempat ni
Saya: Ohhh wow. Berapa sewa tempat ni?
Dia: 1500.
Saya: Oh ok, dek ni kad kakak, kak ni Personal Wellness Coach, kalau ada kawan atau ahli keluarga yang perlu turun atau naik berat atau mahu improve kesihatan, telefon kakak ya.
Then dia pula tanya aku balik pasal peluang kesihatan dan business Herbalife. tidak sampai 15minit bualan kami.
Tapi aku kagum la dengan dia, memang betul ah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku salute dia ada usaha mau buka bisnes sendiri, mau bekerja sendiri, sendiri boss sendiri staf. Sebab ada orang (tak semua orang la, tapi ada je) 23 tahun masih lagi mengharap sama orang tua, untuk enjoy pula tu. Semoga cerita ini jadi inspirasi buat kita.
Jadi sekarang, aku tiba-tiba mau makan di SALUT. Sebab tadi aku ada sebut perkaaan salute di perenggan atas ni, k . bye.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment