Wednesday, August 21, 2013

Siapa mahu buat tempahan kuih raya?

 

Boleh lah tempah dengan saya. Ecewahhhhh.

Dah habis raya berani la cakap. Padahal baru buat tiga (3) jenis kuih yang paling senang in the history of perkuihan.

Tiba-tiba sahaja ni, tiada rancangan awal. Awal-awal aku sudah tempah 3 jenis kuih sama Aunty, 2set for each kuih, untuk Teratak bonda sama untuk mertua.
Tiba-tiba bikin lagi 3 jenis, jadi kuih ku semua 6 jenis. Macik kayo kuih.

Aku bikin:-
jeng jeng jeng….

paling senang di dunia

Kornflakes madu, Batang Buruk (boleh sudah kamu ketawa sekarang), dann Chocolate Cookies ala-ala famous amos la sangat.

IMG_9169

Kornflakes madu di Teratak Bonda dapat dihidang sikit jak, yang lain habis oleh anak-anak buah ku. Suka pula dorang – feeling excited

Tapi sebenarnya famous amos ni aku ikut ja resipi dari internet plus ditolong oleh adik si Jay yang memang terer masak. Sebab kalau first time buat chocolate cookies ni, kau akan rasa adunan mu salah, melekit-lekit bah, jelek rupanya. Tapi rasaaaanyaaa, yums! (Sorry ah habis suda)

IMG_9208

Kami bkin kuih malam, sekali ja buat siang time puasa tak dapat rasa. Malam tu tahan ja la mengantuk. Senang pun.

Dan dibantu lagi oleh husband ku yang emsem rajin dan slim lagi, mudahan berkekalan hingga ke tahun-tahun yang seterusnya (tahun ini kan raya pertama kami dengan ikatan yang sahahahaha, ececeh lempang sebijik kang!)

IMG_9167IMG_9188

Dan setiap jenis kuih di atas, dibikin dua set container, macam biasa untuk rumah Mommy and rumah mertua. Sebab dari aku kecil aku biasa tengok kakak-kakak ku semua order kuih dua set, rumah dorang and rumah mertua, jadi benda tu jadi auto mode pula sama aku, mesti buat duaIMG_9197Gambar: Sebahagian dari kuih yang ada

Jadi total 12 balang kuih (6 order, 6 bikin). Bangga la aku dengan pencapaian comel ini, being me, im not this typed of person dulu. HAHA. Ada kemajuan banding raya tahun lepas.  Alhamdulillah tercapai juga niat ku mau bikin kuih.

Semua ketiga-tiga kuih sedap and I like! K. Bye. Tempah la tahun depan.

 

Love,

Cinoi xo.

 

*Makan kuih banyak, minum ALOE dan TEAMIX HERBALIFE banyak juga, kasi detox and cleansing segala butter oil gula etc. Call 0177000171 untuk mengorder.

5 comments:

Dayz J said...

Haha Noi sama konon perancangan kuih kita. Tapi Choco Chips ja aku sempat buat. Kahkahkah

Macam sedap oh kuih itu. *mata berkaca*

Cinoi said...

Dayah,
SEDAPPPP dayah haha aku pun rindu sudah kuih ku. Boleh begitu?

Dayz J said...

Nah Noi, kalau kau pun rindu sedaplah tu maknanya. Kalau habis sudah tu pun, sedap betul lah tu maknanya. Haha

Sheila said...

Aku pun mau blog kek lapis aku lah.. Hahaha

Cinoi said...

Sheila,
Nahh cepattt. Perlu direkodkan tu.

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....