Tuesday, March 19, 2013

Excuses and Decisions.

 

Bismillah.

Tajuk. Mesti lah dramatik kan. Sudah la tinggal blog begitu sahaja 2 minggu. Ini come back setelah 2 minggu.

Okey kita terus ke titik-  Ini pengalaman sendiri saja sharing. Eh, aku pernah sharing ka pasal ni? Hmm? Hmm?
Kalau rasa sudah boleh terus baca ke part KESIMPULAN di bawah sekali.

Dulu aku selalu fikir, kalau pakai tudung macam mana pakaian yang aku dah shopping bagai, dah takboleh pakai, camna kalau pergi gym bersenam joging. Tak ada yang sesuai. Alah sayang nya baju ni baju tu sudah tak boleh pakai. banyak baju terbazir ni.
Excuses. Biasa- hati belum mahu. Iman lemah sangat. Langsung tak macam mutiara.
Padahal takda orang tanya pun, bercakap dengan diri sendiri.

Lepas tu rasa nak bertudung mula datang.
Tergerak hati awal lagi, few weeks sebelum nikah.
Tapi tak buat, kenapa?
Diri memberi alasan,
-ala baju kahwin dah buat yang tak sesuai bertudung punya, tapi betul-betul nak, tapi ada excuse.
-ala kalau pergi holiday annti takboleh pakai baju macam holiday (ha ha baju macam holiday hamek kau)
So macam – okey sebenarnya perasan perasan nak saja, sebnarnya jauh di lubuk hati belum mahu, sebab still with EXCUSES kan.

Lepas kahwin. Lepas cuti kahwin, balik semula ke hiruk piruk kota- Kota Kinabalu.
Esok kerja ni. Harini cuti lagi. Ajak suami beli tudung. Tiba-tiba.
Serius satu tudung pun tak ada. Eh ada, tapi shawl, gua tak reti nak pakai shawl lagi bai. Jadi - Pergi segama, beli tiga (3) tudung instant berawning keras. hah kau pandai dah sebut awning bagai. Dengan serkup sekali, macam masa sekolah.
Esok sudah mula bekerja, takkan nak datang sebagai orang yang sama. I am a married woman woohoooo! Kesian suamiku. Kali ni rasa ingin betul tak sabar dah. I finally DECIDE for hijrah.

Hari pertama kerja lepas bercuti, pakailah tudung instant. Pejabat jadi kecoh *panik* okay calm down, kekecohan ini pasti sementara saja.

Untuk orang yang macam aku, yang kenal aku benar-benar pasti tahu, aku sendiri tak tersangkakan, aku akan pakai tudung begini cepat. Aku ingat lepas dua tiga anak baru lah aku nak pakai tudung kot. This is a HUGE change la for me. HUGE sangat-sangat tapi rasa mudah nak buat bila dah buat. Faham tak? Sebab – MAHU.

Something is not easy until you do it.  

Hari-hari berlalu, terus jadi macam habit, nak keluar senang saja pakai tudung. Minggu pertama order tudung banyak-banyak dari online. Tiba-tiba dah jadi macam dah lama pakai tudung, haha, ada juga pengalaman sekolah kan, sekarang enhance skill lilit tudung saja. I mean, macam tak rasa susah tak rasa berat pun sebelum keluar kena bersiap dengan tudung. Kenapa dulu rasa berat, sebab tak mahu, tak DECIDE.

Bila dah mahu, tak da masalah pun. Baju yang ada boleh pakai, mix and match. Yang betul-betul takboleh pakai biarkanlah, dalam almari. Rasa tak terbeban langsung, tiada memikirkan pun sayang baju tak dipakai. Macam tak ada masalah, semuanya mudah (walaupun ada masalah gatal kepala pada awalnya). Ala tak apa boleh pakai dalam bilik, dalam rumah. yang masih baru – boleh jual as pre-loved, tapi tak jual jual lagi HA HA HA. Nanti lah ada masa aku let go. Tak janji.

Tapi aku masih dalam proses belajar , belajar tutup aurat dengan sempurna. Part sempurna aku masih lemah. Yang penting baju panjang. Kalau nak tuck in baju dalam seluar, fikir dua tiga kali, sesuai ka dengan tudung ni, okey tak jadi tak apa lah tak tuck in pun , no problem. Ada apa dengan tuck in – HA HA TIBA TIBA. Kalau kamu jumpa aku jalan tuck in baju bagitahu aku balik apa yang aku sudah cakap ini ok. Tolong ingatkan aku..(macam lagu Ana Raffali)


Tapi memang banyak benda do and don’ts la yang aku belajar. Dan berusaha dan berdoa supaya istiqamah. Mau shopping baju kerja yang cover belakang la. Kah kah.

Kesimpulan.

  1. Aku tahu kalau mahu benda tu boleh buat, aku tahu KEMAHUAN dan KEPUTUSAN itu adalah perkara utama dan penting. Dan aku dapat baca, kalau orang with excuses ni sebenarnya dia tak mahu. Kalau kita MAHU , EXCUSES akan hilang, dan perkara menjadi mudah untuk kita lakukan. Sebab itu bila ada orang datang, minta HERBALIFE dekat aku katanya mahu LOSE WEIGHT, aku akan tanya “ARE YOU SERIOUS TO LOSE WEIGHT?” Sebab kalau tak mahu, tak serius, nanti bila di coach ini dan itu mula memberi alasan (read: pengalaman). Maksudnya tiba-tiba tak mahu kot. Kalau ada orang yang datang “AKU NAK BUAT LAH BISNES HERBALIFE, MACAM KAU?” aku tanya lagi “ARE YOU SERIOUS U REALLY WANT TO DO THIS?” Biasa aku biar mereka DECIDE, then baru boleh aku tolong, takut nanti mula memberi alasan bila aku sudah mula buat part aku. Macam tu lah lebih kurang. MAHU atau TIDAK MAHU sahaja. Senang.
  2. Proses pembelajaran sampai bila-bila. Usaha dan doa supaya Istiqamah dan pakaian dan perangai semakin sempurna. Siapa tak nak jadi muslimah yang muslimah kan? Faham tak. Dulu iman lemah. Semakin lama In Shaa Allah kurang lemah, thank you Allah. Mudahan lama-lama jadi kuat bagai juara.

Lain-lain bah perasaan ku sekarang. Macam lebih gembira.

Ok. Berdoa -Mudahan tak jadi riak la entry ni. Cuma nak sharing saja.

Di pertengahan tadi, aku tak pasti mana hala tuju entry ni. Tapi I do what I do. Thanks for reading.

Kemungkinan besar ada sambungan ini entry tentang EXCUSES and DECISIONS, cerita bertudung di atas cuma satu contoh sahaja.

 

Love,

Cinoi Kassim

2 comments:

Anonymous said...

Hi theгe to eѵery onе, sіnce I аm tгuly eager of гeading thiѕ weblοg's post to be updated regularly. It contains good stuff.

Feel free to surf to my homepage: funny Dating advice for guys

Anonymous said...

We stumbled over here frоm a ԁiffеrent
pagе and thought I might aѕ well сheсk things
out. I like whаt I sеe ѕo
now і am folloωіng yοu. Looκ forward tο looking at yοur web pаge fоr а ѕecond
time.

Неre is my webpage - paleo diet recipe book

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....