Friday, January 18, 2013

Cinoi Memasak Makanan Televisyen Untuk Jay

 

Bismillahirrahmanirrahim

Tajuk macam nak laman gossip kan. Entah retis masak pon kau nak kepochi kan carik berita best sikit ah!
Cinoi juga berkata, memasak tak ikut buku hentam sahaja mengikut naluri seorang isteri walaupun kekangan masa penggambaran dan jemputan show di sana sini, abpbh juara lagu majlis perkahwinan penjaga gol dan sebagainya. kepala hotak kau cinoi. BAHAHAAHAH.

Ok.

Pernahkah anda terfikir saya akan rajin dan suka masak-masak? Atau pernahkah saya sendiri terfikir diri saya akan menjadi chef at home. Ecewah.

Lewat ini, memang sangat kerap tengok rancangan makanan/masakan di tv! Be it masterchef ka, malaysia ka us ka, hells kitchen ka, apa-apa lah especially di FOOD NETWORK.

Paling suka Giada At Home, 30minutes with Rachel Ray, sama Barefoot Contessa. Tapi semuaa pun aku tengok apa-apa lah rancangan yang ada di food channel, except bila dia masak babi la aku tengok tempat lain sikit hahahahaha.

Sambil tengok sambil angan-angan. Terus tiba-tiba “mahu beli oven la!” Biasa bagitau Jay, then bagitau kakak di whatsapp group THE KASSIM (kami adik beradik). Kak Nani cakap pakai saja oven dia. Dia ada DUA (2) oven kau! Okey pergi rumah dia ambil oven. Oven je.
Ok tipu. Selain oven ambil bahan lain juga di rumah dia seperti cream cheese Winking smile

Siapa follow instagram aku, last week ada gambar dinner ala-ala masterchef. Alhamdulillah I managed to materialized my idea, hasil dari menonton food channel.

Yang paling excited aku buat mashed potato tu.

MASHED POTATO

  1. Rebus potato
  2. Lenyek atas pan, buka api sikit kecil sahaja, just untuk keringkan lebihan air (sebab itu last week beli potato masher di Kitchen)IMG-20130112-03131IMG-20130109-03067
  3. Campur sedikit butter, cream cheese, blackpepper, fresh milkIMG-20130112-03137
  4. SIAP! The best mashed potato I have ever eat!!! Seriously!

IKAN


Sebenarnya pergi beli ikan SALMON di GIANT, tapi ada lagi FISH FILLET dalam fridge, so siapa masuk fridge dulu, kita guna dia dulu, ikan dory kot. Tak sure.

IMG-20130112-03134
  1. bersihkan ikan, letak sedikit olive oil, ginger powder, salt, blackpepper
  2. masuk dalam oven 20mins

MUSHROOM CREAM

Yang hampir tak menjadi, sebab bila aku suruh suami rasa dia cakap kurang manis padahal aku memang tak taru gula pun, dia pi letak gula entah berapa sudu jadi manis gilaa macam masakan kelate nasib baik dapat repair phewww

  1. Cincang bawang putih, tumis dengan SEDIKIT olive oil sampai ada karamel, masukkan MUSHROOM
  2. Tumis mushroom sekejap, masuk fresh milk, air, tepung jagung, blackpepper, garam, kalau nak masuk kiub pati ayam pun boleh.
  3. SIAP

SALAD

  1. Tomato, lettuce, broccoli, (aku cari tomato ceri tapi takda di GIANT mahupun CKS)IMG-20130112-03132
  2. Broccoli celur dalam air mendidih yang bergaram SEKEJAP sahaja, lepas tu keluarkan dan terus masukkan dalam besen berisi AIR SEJUK dan ICE, supaya dia tak overcook dan sentiasa segar.
  3. Campurkan tomato dan broccoli di aatas lettuce, boleh letak sedikit garam, blackpepper dan olive oil untuk rasa. Tak letak pun takpa sebab aku tak letak apa-apa.
  4. Sayur-sayuran tidak dimasak (ulam) adalah bagus untuk awet muda. Dan aku emmang selalu makan tomato begitu sahaja, gigit macam gigit apple. (hah tu pun nak kena explain)

Dan setiap penyediaan di atas disertakan dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi sebab niat nak prepare untuk suami, sambil berselawat semasa masak. Dan peluh-peluh di dahi. Terus aku rasa macam Barefoot Contessa tu and Rachel Ray tu macam tipu je takda peluh-peluh pun masa masak menyampah ai tau!

 

Tadaaaaa.
Skill Plating kena berlatih lagi.

182097_10151216544897916_410889185_n

Hmmmm sedap kan sedap kan. Memang sedap!! Camna eh mahu gambarkan.
Macam, aaaaaaaa ( nyanyian opera suprano high pitch),mata tengok atas separa tertutup, cahaya menyuluh dari atas (sekeliling gelap gelita) . hah macam tu lebih kurang description kesedapan menu ini.

Hidangan seimbang ada karbohidrat, protein, sayur. Hihi

 

The next day, suami pula balas, tunjukkan skill dia menggunakan ikan SALMON yang dibeli kemarin itu.IMG-20130113-03140

Ikan itu menggunakan teknik kukus grill panggang kukus grill panngang, kukus!


hahaha okay tipu, suami gorang ikan itu dengan minyak sedikit (hah amek eja goreng pun jadi gorang malas nak betulkan taip baru lagi bagoss haha), sebab kami cuba amalkan untuk elak makanan bergoreng, tapi sekali sekala memang kepingin, jadi lepas goreng letak di white paper yang serap minyak tu perah sikit minyak dia hahaa. jangan amalkan makanan bergoreng okay.

Dan suami juga masak mushroom cream versi dia! Perhatikan mushroom yang diletak di celah ikan salmon yang sedap itu. Yummeh!! Thank you Jay-kun!

Until next recipe!

 

Love,

Cinoi xo

5 comments:

Dayz J said...

Ehem Noi, kalau kau masuk masterchef lawan jay, pasti dia menang. plating dia cantik, nampak sedap. kahkahkah jujur ni aku komen ya, memula aku ingat ikan kau tu pisang goreng. my bad. kbai.

beaty said...

wow... sedap woh

Unknown said...

waaa bestnya..u masak, dia pun masak. sweet ehehe...

Cinoi Lavigne said...

Dayah,
Sebab jenis ikan kami lain.

Beaty,
Sangat sedap okeh bahahahaa

Mich,
Dia suka masak ni, senang saya.

Nurul Says said...

ya ampun!! tunggu makan berdua baru sempat hias2 bgni nih..

tapi aku suka tu konsep pinjam brg dan ambil sedikit barang di dpr tu kah3x...

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....