Bismillah…
Kita terus ke titik, sharing pengalaman cuti-cuti Malaysia. Jadi boleh bikin bahan rujukan aku kelak “eh dulu aku ke sana berapa haribulan ya? berapa kos nya?” Ohh terus rujuk blog Yaa senang begitu.
Day 0 (9/11/12 KK-KL)
Few hours before flight aku sempat beli kasut (yang aku pakai sepanjang jalanjalan ni), husband sempat beli bagpack, and sempat pergi saloon cuci rambut. Aku panggil ini hari ke-0 sebab itu hari perjalanan yang flight 9.15pm delay ke 12.05am. Jadi sampai di LCCT 3.30 pagi. Rancangannya naik bus LCCT-Kl Sentral dan sampai di sana Sis Lyne ambil. Tapi busnya kan cuma available hingga 2.45am. Terus tidak mahu susahkan kakak ku, lagi malas menunggu perjalanannya dari Cheras, ya ambil taxi terus RM111 waktu itu ke Kl Sentral, apa boleh buat, tabrak saja.
Day 1 (10/11/12 KL-JB-Legoland)
Rancangan asal gerak ke JB 6:00am. Ya tapi kan semalam sampainya juga pukul 3.30 pagi, pukul5 baru tidur, bangun pukul 8.30am. begini begitu almost tenghari juga baru gerak, campur sedikit sesat lagi di Kuala Lumpur. Ah ah ah. Pukul 3.30pm sampai Nusajaya. Terus tabrak ke LEGOLAND.
Tiket : RM140 per pax (kalau beli online 7 hari sebelum tarikh cuma RM105, tapi haruslah confirm dengan tarikh itu tidak boleh ditukar lagi)
Nah oleh sebab aku sudah beli awal tiketnya, walau pukul 4 petang masuk saja. Hari itu LEGOLAND tutup pukul 8pm.
Tiada orang ketiga. tiada masalah, self capture sahaja.
Memang pilih untuk tidak bermekap sebab confirm berpeluh melekit bagai, which is true. Cuma pakai sunblock saja sebab plan asal kan sampai pagi, paling koman pun tengahari lah confirm panas, siap pakai sunlock awal-awal pagi. Ceh padahal sampai pukul 4 punn!!
We walk around taman mini yang semua buat dari LEGO. Banyak bangunan trademark di seluruh malaysia. dan bangunan bangunan trademark luar negara macam angkor wat, taj mahal, etc. (hahaha sikit gila contoh. Kena pergi sendiri la tahu)
Yang bawah ni one of the games, macam ala-ala di Sunway Lagoon punya ni naik sampan then terjun laju. Basa-basah so kami taknak try.
Kami pergi tengok 4D movies. Ehhe. 20 minutes saja tapi keluar basah! Lol.
Then kami pergi naik watch tower kah apa nama dia ni tower tower la. Kalau naik tu sambil dia pusing-pusing so we can see the view of Legoland from above, about 50meter high.
View of Legoland dari atas.
Lepas tu lapar so we had pizza. Banyak sangat tempat makan d dalam ni around 6 restaurant yang comel comel macam tu. Pelbagai jenis. So we opt for pizza, sebab paling senang dimakan.
Sambung lagi jalan-jalan dan ambil gambar sebab banyak sangat view comel comel. Mesti habiskan snap semua.
Kalau tengok gambar-gambar dalam kamera, banyak betul gaya bebas kuak lentang aku dari sampai tu sampai lah hari gelap.
Yang ni favourite place husband. Dia kan suka main pilot pilot bawa kapal terbang, so mini KLIA made from Lego ni lamaaa dia duduk situ perhati, siap complain “Eh runway ni pendek, mana cukup untuk kapal take off” Errr tu hiasan ja laaa kau ni. Laugh now I take ur picture!
Yang bawah ni paling cantik view masa ni masuk masuk maghrib kan, taj mahal kecil yang comel. Tekun betul lah orang yang buat semua bangunan kecil ni pakai lego. Sangat very detail siap dengan orang orang kecil. Lebih susah la dari kerja construction normal rasanya.
Lastly kami masuk Lego city kah big city ntah apa nama dia. One of the biggest lego store dekat situ where you can buy lego or souvenir.
Habis. Lepas tu keluar dari legoland we head to Skudai-JB. Dengan tiada pre-book hotel baru sibuk nak mencari dan masa tu cuti sekolah pula kan semua hotel penuh bijaknye! Itu sambung cerita di lain entry okay.
Alhamdulillah despite tidur cuma 3jam sahaja. Then drive from Kl to Jb almost 4hours siap sesat bagai dekat KL ah ah ah, yang lain lain okay sahaja. Rasa yang seronok seronok sahaja bila kita fokus dengan apa yang kita ada instead of fokus pada apa yang kita kurang. Dan segar bertenaga sebab berbekalkan nutrisi Herbalife Teamix and Shake, we have energy that we needed, thank you Allah. Bila kita berusaha supaya tak penat tak sakit, jaga diri, InsyaAllah tak mungkin Allah tak tolong lancarkan perjalanan kita.
Makanan paling mudah disediakan dan complete. tiada alasan busy kah outstation susah nak bawa. Sebab inilah alternatifnya, simple mudah dan lengkap bekalan kami berdua di sana masa berjalan-jalan 1Malaysia. Nak cuba makanan yang bersifat MOBILE ini?? Iyaaa contact saja 017-7000171 | email: cinoi17@yahoo.com :)
Love,
Cinoi xo.
p/s: banyak lagi gambar gambar view view comel comel tapi takmaulah upload semua dekat sini okay. kbye.
7 comments:
testing
wow noi p legoland... siok
Beaty,
Besttt betulll. U shud go with ur kids.
Woo..Bestnya pi Legoland...
wah bestnya..saya blm lg pernah p sana
Huhu best! Yg tower2 tu yg nama dia observation tower. Yg main main pilot2 tu yg nama dia flight simulator huhu! Pasal herbalife, alasan xda masa ka, outstation ka x dpt trima la sbb Herbalife is made for busy people... tp duk kantin, duk restoran ada masa plak tunggu mknn yg di order. Klu buat shake sementara tunggu masakan siap boleh smpi 4 5 botol shake siap.. Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. It's in your mind. Mahu d mulut, mahu di otak, mahu di hati.
Huhu best! Yg tower2 tu yg nama dia observation tower. Yg main main pilot2 tu yg nama dia flight simulator huhu! Pasal herbalife, alasan xda masa ka, outstation ka x dpt trima la sbb Herbalife is made for busy people... tp duk kantin, duk restoran ada masa plak tunggu mknn yg di order. Klu buat shake sementara tunggu masakan siap boleh smpi 4 5 botol shake siap.. Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih. It's in your mind. Mahu d mulut, mahu di otak, mahu di hati.
Post a Comment