Thursday, December 15, 2011

Survivor

 

Di saat-saat bulan tua begini, aku yakin ramai yang terus on, atau auto-on mode survivor masing-masing. Melihatkan twitter saja, ramai yang mengalami musim luruh wallet sekarang ni. Aku pun sama juga. No more shopping. Eh, sudah bulan tua begini malah ingat shopping lagi! Sekarang cuma fikir untuk makan dan minyak kereta.

Bila di bulan tua, duit harus dicatu supaya sampai hingga ke tarikh gaji yang seterusnya. Kalau ikut pembesaran bayi, ini macam proses merangkak sudah la. Atau mula berjalan perlahan sambil berpaut di sofa dan ada terjatuh sikit-sikit. Tengok online shopping, telan liur. Dengar kabar MNG sales, diruntun pilu. Elak shopping.

Tapi 2 perkara ini memang tidak boleh elak:

1. Makan

Aku memanglah tinggal dengan family (kakak), tapi my housemate pun most of the time ialah kerja, dan malam usuallny makan di luar. Aku selalu makan dengan tunang, di rumahnya pun jarang sekali masak (ada lah adik-adiknya masak kadang-kadang), jadi hasilnya makan di luar juga, cuma catuan bermula. Contohnya, kalau selalu makan di luar order bandung special lah, soda gembira lah, bila survivor mode on, suda mula minum air kosong saja. Baru ingat minuman manis tidak bagus untuk diet seimbang. Baru ingat minum banyak air kosong tu bagus. Atau makan makam chicken wing saja (bersyukur la kau nak makan chicken wing), makan sup, tidak makan nasi. Baru sedar makan malam dengan nasi tidak bagus untuk diet. Dalam mode survivor kita sedar perkara-perka ayang selalu kita abai semasa senang. No more KFC, ka McD kah, Upperstar kah. Tiada. Atau sudah pandai masak nasi di rumah, then beli lauk yang senang dimasak atau sudah di masak. Atau buka saja peti sejuk kakak macam tidak biasa. Kakak pun faham, kalau malam duduk saja di rumah budak ni mesti sedang on survivor mode ni. Thanks kakak.

2. Minyak kereta

Semasa bulan tua sudah jarang ke hulu ke hilir. Tapi expenses untuk minyak kereta ni memang tidak terjangka, dan harus lebih diutamakan berbanding makan.  Sebab pergi kerja guna kereta. Dulu aku dan tunang kongsi kereta ke kerja, jimat lagi. Tapi sekarang kan aku kerja di jauh, Kimanis. Kereta company tu aku kena re-fuel guna duit aku dulu end of month baru claim. Jadi di situ expenses meningkat ya kimanis bukan dekat ulang alik setiap hari. Di sini, kad kredit diperlukan. Tapi 2 bulan kebelakangan ni, aku sudah beku kan kad kredit aku dalam ais di peti sejuk. Mahu tidak mahu kena juga guna cash money sendiri T.T

 

Paling elak ialah keluar. Sebab once kau mula melangkah keluar, di situ expenses bermula. Eh keluar turun tangga pakai kasut tu tidak lah. Once kau start enjin kereta, expenses pun bermula. Minyak. Even mau window shopping pun taboleh. Sebab masuk mall kena juga bayar parking, minimum RM2. Jalan-jalan window shopping tiba-tiba mau minum Yoyo pula. Lepas tu mesti makan di luar lah, lepak minum lah. Atau beli apa-apa saja benda kechil pun, kalau selalu begitu jadi expenses yang hangus tidak terkira tapi sebenarnya banyak juga tu. Belum masuk masuk tandas RM1 di 1B dan berurut di kerusi urut RM1 untuk 3 minit tu.

Survivor harus diam-diam di rumah. Elak keluar sama sekali. Makan apa saja stok yang ada dalam peti sejuk. Tengok TV. Lepas tu tidur. Esok pergi kerja seperti biasa, jangan lupa bawa bekal air, ambil route terdekat dan tidak menyinggah di mana-mana selepas balik kerja. Balik petang cepat-cepat dan tonton Tentang Dhia. Dan diam-diam di rumah, JANGAN browse online shopping. Ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil. Cuma diam di rumah dan bertahan, tweet sikit-sikit (sebab tweet percuma, comes with maxis BIS package), dan buat perkara-perkara percuma yang lain-lain. Atau sebenarnya tidak percuma, cuma kosnya tidak nampak.

Dan perkara yang menggembirakan ialah semasa mahu buat laundry, sebelum masuk baju dan seluar ke washing machine, cek poket, jumpa kertas bergumpal-gumpal. Jyeah! Kemas-kemas wallet, jumpa kertas berlipat-lipat di celah-celah cards compartment, ahh heaven! Kumpul-kumpul cukup RM50, kadang lebih. Nah, boleh isi minyak. Haypp! Belum boleh shopping lagi! Sangat gembira bila jumpa kertas biru, hijau atau merah ada muka agung terlipat-lipat di celahan handbag, buku nota, mahupun baju. Rezeki! Lagi rezeki kalau tunang tanya “Ada duit lagi ka?” Ah ah ah!!

Dilarang mengorek simpanan, kerana itu untuk betul-betul emergency seperti sakit, kereta rosak, dan sebagainya. Sales 13-18hb (sahaja) di MNG bukan emergency ya. Ingat!

Ok la. Survivor mahu sambung kerja. Harini ada staf meeting.

Bye bloghearts. Chewah.

 

Love,

Cinoi xo

8 comments:

Dayz J said...

Hahaha semalam aku baca di twitter yang begagar tu ketawa aku. aku hairan lah kenapa mereka buat sales masa bulan tua kan?

Chii said...

sabar2...bsuk gaji. aku pun menahan napsu jak ni. di kepala penuh dgn baju, seluar, kasut, beg, mekap, etc. makanan sedap2 jg..

Cinoi Lavigne said...

Days,
ya bah sampai bgegear. sikit lg sawan

chii,
btul bah sok. btul bahhh

beaty said...

ha noi...ko jangan sa pun ni mengelak rumah ni..ah. ah..kami lum gaji lagi ni..ha ha ko tau lah krismas banyak keluar duit ni noi...deiii'

Anonymous said...

aku paling suka bab tunang ko tnya 'ada duit ke tak'....mcm aku je,hehe,ringan mulut aku jwb adala skit dgn wt muka kesian..:)

-rosni-

Anonymous said...

aku paling suka bab tunang ko tnya 'ada duit ke tak'....mcm aku je,hehe,ringan mulut aku jwb adala skit dgn wt muka kesian..:)

-rosni-

nGiau said...

sabar ja la kak cinoi..sya pun gatal tangan sdh ni mau shoppping saja

Jay said...

ingat2 jgk yg thn depan... biar ahead tu S Curve ye...

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....