Wednesday, August 24, 2011

I was pink-ed by Pink Colour

I tend to choose any product in PINK colour if I find it hard to decide or do not know which to choose. Entah it is some kind penyakit or what. But Pink really settle my confusion.

Contoh 1: Saya mahu beli leave-on hair moisturizer Sunsilk punya brand. You know they have variety of it, yang warna gold, blue, pink la. Oleh sebab tidak tahu which one is good for my hair, saya just pick yang pink and pay (wow pick,pink,pay), because it's Pink.

Contoh 2: Saya mahu beli kereta, tapi tidak tahu mana lagi best. So, saya pilih Pink, sebab dia pink. Ah ah ah.

Mudah kan membuat keputusan, just follow your colour (besides coin toss ha ha)

Oh itu dua saja contoh. Dan harap-harap ia bukan penyakit. Palis-palis

Till then.

Love,
Cinoi xo

*But if I know what I want, what to choose, I will go for it, not necessarily pink.

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, August 23, 2011

Paling Penting Ialah Base.

 

 

Antara perkara terpenting aku selepas moisturizer setiap hari ialah, makeup base, foundation/bb cream.

 

bb creamSelama lebih 1 tahun, saya telah menggunakan makeup base Miracle Multiplex BB Cream SPF 25 PA+ from Elianto. Gila lambat 1 tiub ni mau habis. Almost 2 years juga kali, not sure. The colour suits me well (#03 Sand Beige). Muka memang flawless. Memang sun protection, senyum tak perlu pakai sunblock. Lebih ringan daripada foundation yang sebelumnya aku pakai, iaitu REVLON botol bentuk silinder mulutnya luas tu. Revlon tu memang perfect, muka flawless gila-gila, tapi berat. Bila berat muka pun penat. This Elianto BB Cream adalah affordable (lebih murah dari tu Revlon) dan bertindak sebagai sun protection selain memelihara kulit, jauh lebih ringan Elianto ni compare to the Revlon one.

 

kemudian, 9 bulan lepasjapan bb creamKazen aku beli MISSHA Perfect Cover BB Cream SPF 40 PA+++ (No. 23, colour light sedikit dari warna kulit aku). Missha ni kazen aku beli di Jepun. Masa 9 bulan lepas, BB Cream Elianto tu masih ada lagi. So aku ikut mood, harini pakai MISSHA, esok pakai ELIANTO. Both works for me. MISSHA ni lagi power sebenarnya sebab SPF 40, lebih tinggi dari the Elianto one SPF 25. Dalam masa 9 bulan saja ni habis, sebab tiubnya lebih kecil dari the Elianto one.

Tapi once this MISSHA habis, aku memang susah cari di kedai-kedai, even SASA pun tiada bah barangkali. Mau suruh kazen aku beli lagi, tiada lah pula dia balik Malaysia recently. Maybe in December which is lama lagi. Dan kebetulan the Elianto pun habis. Sama-sama pula dorang habis. Ada sikit-sikit saja lagi, kalau ketuk-ketuk dengan bersungguh-sungguh, masih la keluar isi dia sikit-sikit boleh taru di muka.

Last Sunday, aku rasa sudah penat mengetuk, and I wanna get myself a new BB Cream yeay! Tapi tidak mau guna Elianto lagi, sebab sudah pernah coba.

Pergi SASA, and I bought thisdr young bb cream from sasa Dr. Young 2p Pearl Brightening Balm BB SPF 35 PA++. So far aku rasa ok saja. Ha ha. Jangan heran, kulit ku ni pakai produk apa pun aku rasa ok saja. Sama ada aku memang positif, atau kulit aku memang tidak sensitif. Di kotaknya tertulis. Protect: Efficiently protects your skin from UVB & UVA rays (ini sure la sun protection kan). Prevent: Prevent your skin from dull look with Pearl Powder, Vitamin C and White Flower complex BB (Nah bila prevent dull to means dia bagi radiance and glossy look, hopefully). Present natural skin tone with light feeling. Ada sale ni di Sasa sekarang, Normal Price: RM49, saya dapat RM44 kalau tidak silap.

Dan juga terbeli ini.mascara Super Dolly Powerful Mascara from Sasatinnie. Ini adalah PWP (Purchase with Purchase). Normal Price: RM49.90. Saya dapat RM19.90, selepas membeli BB cream di atas. Padahal tiada niat pun mau mascara. Tapi bila orang tu offer 3D effect la apa la, ehehe, terus beli la kan alang-alang. Lagipun packaging dia hitam pink, sangat attractive for me.

Kamu pula? Pakai base apa? Feel free to share ;) Till then guys.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, August 22, 2011

Melanggar & Menampar

 

Assalamualaikum and morning my lovely readers.

Pagi ni dalam perjalanan ke tempat kerja, telah witnessed satu kemalangan. Actually I didn’t really saw it, Jay saw it, I was busy doing my makeup.

Lepas dengar bunyi seretan dan jatuhan, baru saya angkat kepala, tengok ada motosikal dan penunggangnya jatuh, dan seorang pejalan kaki baru bangun dari jatuh. It was on the emergency lane at the left okay. Tunang said, the motorist yang langgar the pedestrian, a kid, maybe belasan tahun.

Tapiiii, bangun saja the motorist dari kejatuhannya, dia terus menuju ke arah pejalan kaki yang dia langgar tadi, dan menampar bertubi-tubi. Saya tengok dari side mirror, kami sudah agak jauh pun, masih lagi dia menampar.

Sangat horror. I was shocked, seriously shocked and scared sampai bergegar-gegar saya tengok. We passed by slowly, sebab jammed sedikit kan. Sangat menakutkan. Sampai saya tidak terfikir untuk ambil gambar. Lupa pula kan. Huhuhu/ Motorist tu yang salah, dia langgar pejalan kaki yang berjalan di emergency lane. Lepas tu dia pula yang pergi tampar orang yang dia langgar tu.

Sudah lah melanggar, menampar lagi! Sangat tidak patut, tidak civilised punya tindakan. I wish I can do something but, I do nothing. I was still shocked sampai office. Pagi-pagi sudah tengok benda yang stupid dan negatif.

Apa lah dunia sekarang. Penuh pancaroba, sekali lagi.

Sunday, August 21, 2011

Adakah ini trend atau apa?

 

 

simbah asid

  1. Adakah ini trend? Dan mereka rasa sangat in kalau buat benda simbah asid ni. Kamon lah.
  2. Adakah ini random, atau penjahat tersebut memang aim mangsanya ni atas sebab dendam or anything?
  3. Kalau ini random, kita/saya patut rasa takut
  4. How to avoid benda macam ni, kalau tiba-tiba di mana-mana orang boleh buat, tidak kan kita berkurung dalam rumah, even dalam kereta sendiri pun bahaya sebab lepas sampai destination mesti lah kita kena keluar juga dari kereta
  5. Apa lah dunia sekarang ni, menakutkan di mana-mana
  6. The least we can do is, berjaga-jaga, atau jangan bersendirian, sentiasa berdua atau bersama kawan, atau lagi selamat sikit, lelaki la. Macam aku sekarang ke mana-mana bersama tunang. So kurang rasa takut sikit. Haih sampai bila untuk hidup dengan rasa takut begini. We need a peaceful world.
  7. Aku pernah tunggu tunang, dalam kereta, dia pergi kedai. Tiba-tiba ada orang cuba buka pintu driver seat. Aku tarik dari dalam, dia tarik balik. Aku sekuat hati tarik pintu sampai tertutup rapat then kunci laju-laju dengan degupan jantung yang deras sampai mau tercabut jantungku. Lepas tu aku sentiasa ingat LOCK pintu kereta kalau seorang diri. Scarryyyyyy~~ Sad smile
  8. Atau kawan aku cakap, kita sedia alkali, untuk meneutralkan (it’s a joke), tanya dulu tu penjahat “Ehh berapa Ph asid kau guna tu”
  9. Kalau tertangkap orang tu, denda atau penjara macam tidak cukup. Lebih bagus simbah dia dengan asid balik, then tanya “Apa kau rasa? Oren?”
  10. Orang-orang bah, jangan bah jahat sama orang lain. Jahat bah kamu nehhh
  11. Berhati-hati la kita, dunia sekarang semakin penuh pancaroba.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, August 19, 2011

Pening kepala.

Okbye.


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, August 18, 2011

It’s His Birthday

 

It’s Mr.FiancĂ©'s birthday today. I always wanted to organize  a big event for his birthday. After all these years (even though we’ve been friends since 2003, it was such a long story I tell you), this is his first birthday with me, I mean, us, an item. I even forgot his birthday last year, he called to remind me anyway ;) We were just BFF at that time though. But still, I forgot his birthday.

fiance 2 My best friend for life \m/

So I want to make it up to him this year. Aku selalu impikan mengadakan party harijadi untuk tunang dengan sunyi sepi tiba-tiba kejutan dengan teriakan kawan-kawan HAPPYY BIRTHHDAYYY, belon, dan semua pakai topi party dan cermin mata kertas party (bet you can imagine), big cake, blowing candles, loads of foods, colourful candies and macarons, friends, music, party, you know. Walaupun tidak as I imagine tapi close to it pun boleh la. Tapi nampaknya tidak akan terjadi lah. I want it to be surprise, tapi you know Pink masih di workshop Perodua, macam mana mau gerak sendiri tanpa kereta. Tidak kan lah aku suruh tunang drive untuk buat persiapan party harijadi terkejut dia. Sungguh lame. I don’t want to be a lame fiancĂ©e.

But, as much as i thought about it, I came to think that, a birthday party wasn’t the most important thing. What is important is him, he’s there for me Alhamdulillah, and me, how I thank Allah so much for Tunang was born.

The best gift I can give him is to be present (menjadi hadiah ikat badan dengan reben ah comelnya) NO! Tolong serius semula. I want to be present anywhere anytime beside him, tru thick and thin.

 

I want to fly with him

fiance 4 *Gambar semasa flight balik ke Sandakan untuk pertunangan, 2 hari sebelum majlis.

 

I want to be with him

 

Dari konsert

fiance 3*Gambar semasa konsert Aizat, 1 week before the engagement

 

Hingga ke taman buaya

fiance 1 

*Gambar di taman buaya, 1 day after the engagement

 

 

Begitulah lebih kurang, maksudnya, di mana-mana lah keberadaannya yang mana dia memerlukan aku, maka aku mahu di sebelah. InsyaAllah.

Anyway, entry panjang-panjang ni cuma mahu wish Encik Mohd Farid Madi also known as Encik Jay,

 

Happy 26th Birthday Tunang!!!

18.08.85

Mari menjadi tua bersama-sama

fiance 5Terima kasih kerana telah menjumpai saya di crossroad.

 

 

Tunang awak,

Cinoi.

 

*p/s: aku sudah cuba sedaya upaya supaya entry ini sependek boleh. Tapi gagal. Maafkan saya penunggu gua. bagilah saya peluang sekali sekala (one je one je), sudah sekian lama saya tidak tulis entry lovey-dovey begini. Kbye.

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday [11]

 

 

kuih makmur

Tuesday, August 16, 2011

Memang...

Sementara menunggu waktu berbuka, tidak boleh la makan walau tidak puasa. Tunggu juga waktu.

Tapiiii adaaa sebuah lagu yang terngiang-ngiang di minda dan telinga ku. Huarghhhhh.

"Memang tak ada lelaki, seperti aku.. Tapi yang lebih baik., banyak!"

"Memang tak ada lelaki sehebat aku.. Tapi yang lebih..hebat, banyak!"

"Memang tak ada lelaki, seseksi aku.. Tapi yang lebih..seksi, banyak!"

Argh argh aliff satar jaga kau!



Memang..
(Arghhhhh)

Kbye.




Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, August 15, 2011

12 Ramadhon

 

 

Last Friday……

IMG02432-20110812-0810 Ini gambar last Friday

Kami sungkai di Red Onion, Jalan Pintas

red onion kkSorry I don’t have a proper picture of the restaurant.

I just have our picture. Yang disinari cahaya matahari petang sebab awal betul kami duduk bersedia untuk bersungkai48078f60d5ca4727c6d34dd1b2f8828bItu si Bibah, adik tunang I.Hehehe. Hai Bibah.

 

RM12.90 per pax. Menunya is masakan kampung semenanjung. Biasa saja pun. Kalau rindu masakan kampung semenanjung boleh pergi sini, tapi bagi aku, tidak complete pun =_=’

Aku coba pun sebab pening otak sudah fikir mau makan di mana and teringat seorang blogger http://yantipadli.blogspot.com/ ni blog pasal Red Onion, so mau give a try la konon.

Nah half month to go. Selamat menikmati baki puasa 2 minggu lagi sebelum Syawal, semoga ini bukan Ramadhan terakhir kita.

Assalamualaikum.

 

Love,

Cinoi xo

 

Saturday, August 13, 2011

A boring entry about work

 

Salam and selamat hari Sabtu cinoi.com readers wewwwit ;)

Seperti biasa, hari Sabtu aku kerja dan datang lambat. Hari ni lambat sejam dan masih steady.

Hai kawan-kawan ;)DSC_0002Eh, ini bukan gambar hari ni pun. Ni gambar minggu lepas.

Alhamdulillah, hari ni, sudah mendapat pengganti untuk post aku d company ni. Clap clap. Kebetulan pengganti tu was my junior back in high school. Terlepas sikit beban aku rasa sebab setel lagi 1 hal yang perlu disetelkan. Hundreds hal to go, trettttt.

Mulai bulan depan, aku sudah tidak perlu terhegeh-hegeh bangun awal Sabtu pagi dan bersiap ke kerja. Di tempat baru hari Sabtu ialah hari cuti. Setelah 3 kali bertukar kerja, tempat kerja yang ke4 ini lah yang pertama aku tidak kerja hari Sabtu. Yahooo dot com! Let’s celebrate ketidakkerjaan pada hari Sabtu. Pencapaian yang bikin high buat aku. *highfive!*

Mendapat satu benda baik, mungkin akan terlepas satu benda baik yang lainnya. Begitu juga sebaliknya. Aku terima kita tidak boleh dapat semuanya sekaligus. Jangan tamak (ceh aku rasa ayat bulan Ramadhan memang tawaduk sikit bunyinya). Sebab oleh kerana telah memberi notis 1 bulan minggu lalu, aku bakal kehilangan bonus raya. MUNGKIN. Belum dapat maklumat apa-apa. AKu cuma tidak mahu mengharap. Tapi doa-doa la ya aku dapat bonus raya, sebab aku dengar bonus ni ialah hasil yang kita sudah kerjakan di masa lalu, so tiada kaitan dengan masa depan (yang mana aku akan berhenti dari sini hehe)

Apapun, aku kena setel perkara di sini, and tidy up everything, both my desk. Update everything supaya tidak menyusahkan pengganti kelak. Dan berasa sangat teruja untuk berada di company baru yang lebih mencabar, aku tidak sabar tengok tahap kebolehan aku sebagai kuli batak.

Ok lah. Selamat berhujung minggu puas-puas sebab esok sudah Ahad, dan hari terakhir untuk hujung minggu, then the next day is already Monday HA HA HA HA dekat sungguh weekend dengan MONDAY kan jangan marah nanti kena jual di bazar. Babai.

 

Love,

Cinoi xo

 

NESCAFE

 

 

Thursday, August 11, 2011

What eyeliner can do for you?

 

Morning dolls!!!

Semasa dalam perjalanan ke kerja tadi, which is so early in the morning (mind you I sampai pukul 7.40 hari ni ok and it’s something I should be proud of, sebab since mau quit ni I never sampai office before 8, and I was very constant in the history of late-to-work for already a few months), saya menggunakan bakat yang semakin hari semakin diasah iaitu bermekap di kereta, sama ada sedang memandu ataupun tidak ;)

The 1st picture below show my face with only lip gloss on my lips. Makeup-less.

make-up-less

.

.

.

 

Then after applying foundation, powder, blusher, another lip gloss, and most importantly EYELINER, the result is as below.

.

.

Simpe work make up

  1. Mata yang sepet, lebam dan bengkak dapat di hide’kan
  2. Muka yang menakutkan jadi kurang menakutkan
  3. Muka malass jadi muka rajin-sikit.

Begitulah setiap hari ke kerja. Kalau agak-agak mau ponteng, bagi alasan sakit atau ambil MC, caranya mudah saja. Jangan pakai bedak, eyeliner, blusher dan lip gloss tersebut. Majikan pasti percaya. Percayalah, saya sudah lakukan pembuktian bagi teori tersebut ;)

It’s the power of eye..(wait for it)..liner!!

Have a lovely Thursday dollies.

*Gambar di atas di snap menggunakan telefon bimbit cuma, no quality and no editing.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday [10]

 

 

purple black

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Day 7

 

Salam and good morning hello poeple!

Masa puasa ke 7 haritu, pertama iftar besar-besaran dengan kawan-kawan. Eh sebenarnya minggu lepas ada juga berbuka dengan kawan-kawan di luar iaitu Puan Mimi dan suami, tapi tiada pun dia belog kan. Dia ada ambil gambar lauk pauk kami yang berbagai jenis untuk dihabiskan ;) Kalau berbuka dengan Tunang ni tapayah cakap, hari-hari pun =_=

Ahad, puasa ke 7, kami berbuka di Windbell Seafood Restaurant Tg. Aru. Biarlah gambar bercerita banyak ya.DSC_0011

Muka eksaited mahu sungkai!DSC_0016

Sudah mula telan liur DSC_0019Windbell Seafood KKMakanan yang aku dan tunang ambil, baru 1st round ni.

Part yang best makan steamboat ni ialah part berebut dan berlanggar-langgar siku, makin tambah selera aku! Cuma yang tidak best steamboat Windbell ni, dia tiada tempat untuk bakar-bakar di sekelilingnya. huhu. Kalau tidak, confirm aku ambil kambing duluan! Air bandung adalah provided dan boleh refill sampai pukul 7 sahaja.Windbell Seafood KK 8

Itu dia muka-muka kekenyangan setelah selesai semua. Aku seperti biasa (rujuk gambar), sentiasa ada sesuatu untuk dicakapkan. I wonder, apa lah aku cuba cakap semasa gambar ni di snap. Windbell Seafood KK 6

 

Akhir sekali, saya tinggalkan kamu dengan gambar cinoi.com dan tunang ;)

Aku suka gambar ni ;) spot the ring! spot the ring!DSC_0076 Tapi oleh kerana Encik Tunang dalam keadaan tidak bersedia (selalu pun dia gitu), supaya adil dan saksama, aku bagi lagi 1 gambar lain okey.

DSC_0050Nahh paling azab ni gambar. Lengan ku paling menang la lemaknya. Siap ada kerang ternganga lagi depanku. 

Anyway, makan di tempat di atas cuma around RM25 per pax. Pergi lah cuba.

*More pictures will be uploaded to FB soon.

Ok. Kamu? Di mana berbuka? Share la tempat best berbuka okeyy!

 

Love,

Cinoi xo

Monday, August 8, 2011

Ada orang yang lebih susah dari kita

 

Salam Ramadhan ke 8 my fellow readers yang cute dan rajin gila sebab datang sini dan sedang membaca ini sekarang. *wink

Hari tu, actually lama sudah, saya dan tunang pergi Maybank Alamesra. saya tunggu di kereta, Jay pergi bank, saya nampak ada budak pakai songkok bercakap dengan Jay, depan bank.

So, aku tanya Jay “Apa budak tu mau?”

“Ohh budak tu jual barang untuk minta derma, sort of”

“Ohh kesiannyaaa”

Jay bagi budak tu sejumlah duit ,tidak banyak pun sikit saja dia bagi, asal ada sebab tidak sampai hati tengok budak tu situ, tapi Jay tidak ambil pun barang yang budak tu jual. Sepatutnya Jay pesan sama budak tu “Ini duit untuk kau ya, bukan untuk institusi yang suru kau berdiri di sini ber jam-jam cari customer” Ada kah badan kebajikan sepatutnya suruh budak-budak ni berdiri di depan bank dan kedai-kedai untuk berjualan atau minta sedekah?

Bukankah sepatutnya budak-budak ni berada di sekolah? Terus rasa bersyukur sangat dengan apa yang dimiliki dan keluarga. Jay pun marah-marah, sebab kenapa budak-budak ramai disuruh kutip derma atau jual barang instead of berada di sekolah ambil PMR, SPM, masuk U. Kesian dorang. Sekolah entah ke mana, sibuk berdiri depan bank tunggu orang lalu-lalang yang kadang-kadang tidak pandang dorang pun. Nahh sekarang kamu semua tu, berhenti lah mengeluh di FB sana, ada yang lagi kesian, tidak dapat sekolah tapi terpaksa berdiri ber jam-jam mengutip derma.

Parti yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan to these children by making them go around asking for donations under the names of unknown schools or orphanage. That is wrong and abnormal.

Based on Daily express last week, perbuatan ini adalah di bawah Child Act 2001. Boleh didenda hingga Rm5,000 atau 2 tahun penjara ok. So kalau kita nampak tu, prihatin la sikit, tanya where are they come from, which institution. So boleh kita buat report ka apa, atleast terbela juga nasib dorang.

Sudah lah tidak pergi sekolah, entah keluarga dorang tahu ka tidak, especially yang anak yatim piatu tu. So kamu kamu kamu dan saya, sila bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang!

Ok. Itu saja. Spread the love people!

 

Love,

Cinoi xo

Saturday, August 6, 2011

HB2U

 

Nahh apa tu HB2U??

Mesti ramai yang tahu kan, dan mungkin juga ramai yang baru tahu macam aku,  ini maknanya Happy Birthday To You! Aku jumpa ni few times already di Facebook, di wall orang yang sedang harijadi.

Agak-agak la kan kalau mau short form tu. Ni kan kau wish orang. Agak-agak la weh. Apa susah nak taip Happy Birthday To You untuk seseorang, setahun sekali saja kau kena taip tu untuk orang tu.

Aku bagitau awal-awal, nanti harijadi aku bulan November, 1hb, (cewah ni sebenarnya nak bagitau harijadi ka apa ni?) kalau mau wish HB2U, tidak perlu lah wish terus ok, senang cerita. Tidak malu kah wish macam tu (HB2U) dekat orang? NBLSMDOW!!! (hah kau teka lah apa aku cakap tu short form tu pakai huruf depan saja tu!)

Kalau setakat short form pada text messages di phone, untuk perbualan biasa, itu aku boleh diterima. Ini wish harijadi orang kot, agak-agak la kalau nak short form pon. Apalah susahnya taip penuh untuk wish. Apalah kedekutnya haish. Pemurah la sikit. Sikit je sikit je. SIkit sikit lama lama jadi bukit.

Tu saja. CUba fikir lah hokay? Anyway, Aku bosan ni kerja hari Sabtu. Entah apa yang aku sumbangkan. Aku cuba juga la sumbangkan sesuatu iaitu dengan menaip entri ni agagagagagagaga.

K.Bai.

 

Anti short form forever,

Cinoi xo

 

*Anyway, mau cuba sesuatu yang baru, dan pergi beli harini. Hopefully sesuai la dengan aku.

Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan dari perantauan

 

Assalamualaikum w.b.t

Membaca entri Ramadhan Ona & Sheila, aku pun mau buat satu! Belum terlambat bah kan, hari ni pun baru 5 Ramadhan ;) ALhamdulillah dapat lagi rasa Ramadhan tahun ini.

Sahur

Masa kecil Daddy memang wajibkan sahur. Tiada alasan untuk tidak bangun sahur. Biarlah dalam keadaan mengantuk macam mana pun, aksi tarik-tarik hingus dan kesat taik mata itu biasa. Tapi pergerakan mesti pandai untuk cover dari Daddy. Kegarangan Daddy tahap tarik hingus berulang kali semasa makan pun adalah kesalahan besar ya. puasa dengan daddy Mummy mesti masak lauk-pauk macam makan malam. Sudah selesai makan nasi, wajib minum hot drinks macam breakfast atau minum petang, bersama bread atau pisang goreng, wajib ya. Oh makan buah pun mesti. Dan minum air banyak-banyak. Itu peraturan Daddy. Semasa proses sahur tu Daddy akan buka radio aku tidak tau channel apa ada masa tu di Sandakan, selalu keluar suara perempuan nyanyi lagu “bulan puasa~ bulan puasa” (Aku cari jap nanti di youtube ok)

Bila sudah besar, umur 13tahun aku sekolah asrama, sahur memang malas gila. Sebab kena siap lengkap bertudung dan pergi dewan makan untuk sahur. Which is bagi aku kerja berat sangat. Muka dah la muka yang paling buruk pernah wujud di dunia baru-bangun, kena berpakaian lengkap dan jalan ke dewan makan lagi. Bye-bye to sahur.

Bila masuk U, 1st year duduk asrama, sama juga cerita. Aku tidak bersahur, sihat, sampai berbuka, sihat lagi, tiba-tiba pukul10 malam cirit-birit diikuti muntah yang berlanjutan sampai pukul4 pagi, pergi klinik kesihatan universiti, drip (masuk air) sampai pukul7 pagi, still worst, so pukul7 pagi kena naik ambulance siap bunyi neno neno lagi ke hospital Batu Pahat. Total 7 pine air masuk dalam badan, urat di tangan sampai bengkak kaler hijau. Sudah 2nd year dan seterusnya, duduk di rumah sewa, ramai kawan-kawan, ada kereta, baru lah rajin bersahur.

Dan untuk kali ini setakat 5 Ramadhan, tiada sahur aku tertinggal. Kak Nani masak. kalau aku duk di rumah kedua, paling malas pun pergi tapau makan. Minum susu. Makan kurma (kalau masih ada baki kurma berbuka)

 

Sungkai / Berbuka

Masa kecil, masa masih tinggal dengan keluarga, tiada istilah ke bazar. Semua Daddy yang beli, Mummy yang masak. Daddy akan sediakan macam air buah yang dia cipta sendiri, macam cocktail gitu, air bandung dan sumbat pelbagai jenis buah dipotong dadu dalamnya. Berbuka ramai-ramai di rumah. Masa tu semua orang ada di Sandakan lagi. Rindunyaaaa T___T

Masa sekolah, makan saja apa yang dewan makan bagi. Alhamdulillah survive juga, masih hidup sampai sekarang.

MAsa matrik sudah pandai ke bazar. Masa di universiti lagi lah, hari-hari pergi bazar dan jadi kawan syaitan (walaupun syaitan dipenjara masa tu) sebab bazir-bazir beli itu ini. Bazar Parit Raja memang superb. Aku siap label area station kat BAzar tu supaya kalau nak cari kawan, atau ada member yang nak bagitau gerai best, boleh guna petunjuk area yang aku bagi, supaya senang cari. Dan hampir setiap hari mesti makan Laksa Penang.

Kemarin aku jumpa Laksa Penang di Bazar sembulan, orang semenanjung yang jual, so aku percaya la. Balik rumah, sungkai, hampa. Rasa nya tiada kick.

Dan selepas 4 hari berbuka dengan nasi dan lauk pauk yang banyak, aku ambil keputusan supaya menghadkan pembelian di bazar, untuk jimat duit dan tidak terlalu kenyang gila lepas berbuka.Ya, setiap kali buka rasa hamil 2 bulan (bak kata Totin), perut senak, mata mengantuk, bangun dari duduk pun malas. So kemarin, sudah mula besederhana. Kemarin di Bazar sembulan cuma belanja RM13 untuk ABC, Laksa Penang, Kebab, dan Murtabak Jawa.

*********************

Kalau ikutkan banyak kenangan Ramadhan dari kechil sampai besar, kalau ingat buat menitis air mata. Aku pernah masa tahun akhir di U, masa bulan Ramadhan aku pakai tudung. Mau try mana tau boleh terus. Tapi tretttt! gagal, pakai masa bulan Ramadhan saja.

Dan ramai kawan –kawan yang non muslim pun boleh join sahur dan berbuka, since aku sekolah sampai ke universiti. They rock it.

Di asrama masa sekolah di Lahad Datu, hari-hari lagu nasyid dipasang kuat-kuat di speaker asrama. Rindunyaaa. Malam-malam p tarawikh. Pastu mengaji.

Puasa tahun lalu paling worst in my life rasanya sebab masa tu kerja di Bintulu, ada shutdown kalau tidak silap. Hari ni puasa, besok tidak, kadang puasa kadang tidak, masa tu memang teruk sekali, pergi bazar nmbor 1. 

Jadi tahun ni sudah tidak boleh macam tu. Hampir tewas dengan KFC hari Rabu lepas, budak office beli siap bagi aku sekotak lagi. Terus Whatsapp Encik Jay cepat-cepat “Tolongggg, bau KFC menusuk hidung” dia pun psiko-psiko supaya aku tidak berbuka. Ha ha tahan juga sampai petang! Bravo saya! (sambil tepuk dada tanya selera macam-macam selera sekarang bahu sendiri)

Hari pertama puasa aku memang penat gila, sebab malam sebelumnya baru sampai KK, dari Sandakan, dan agak lewat juga. Bangun sahur lagi. Pagi memang tidak larat bangun ke kerja, aku skip kerja, ambik emergency leave. Tidur sampai tengahari. Ha ha fail! Hari pertama puasa sudah tidur sampi tengahari. Tarawikh InsyaAllah aku start minggu depan. Ehhe, ada lagi begitu kan?

*******************

Apa pun, kemungkinan besar, kali ini puasa terakhir aku sebagai single, InsyaAllah. Cewah. Mungkin banyak perubahan untuk puasa tahun depan nanti kan. Teeeheeee.

Dan aku akan elak post gambar makanan di blog ataupun FB, kerana khuatir kalau-kalau aku buka blog sendiri masa siang-siang hari, aku terus terliur. Juga aku akan banned pada siang hari sehingga habis bulan Ramadhan, mana-mana blog yang letak gambar makanan-makanan sedap!

Salam Ramadhan to all my readers. Semoga kita semua dapat keberkatannya. Sikit hari lagi, hari raya.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday [9] – E-Day with Girlfriends

 

 

Engagement Day with girlfrens

 

p/s: Ada update di http://jaycinoi.blogspot.com/. Kalau bosan dengan cerita tunang saya, jangan lawat ;)

Tuesday, August 2, 2011

Dipetik Bunga Di Teratak Bonda

 

Salam and good morning hello. Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, saya berjaya bertunang pada 30hb July 2011 di Teratak Bonda. Teeeheeee. Syukur majlis berjalan lancar ya.

we are engaged

Untuk yang tidak tahu, saya bertunang dengan best friend for life, and after life saya (InsyaAllah), Encik Jay. Ehehehe. Ya, si Farid Jay Madi la ni kawan saya tunang.

Sedikit sebanyak persiapan ada saya blog kan di satu blog private sebelum ni. Starting today saya tukar setting dia kepada public ok, so kamu boleh la visit http://jaycinoi.blogspot.com/

Pagi-pagi kemarin saya menangis sebab tengok tidak banyak pun gambar kami yang di snap. Tiada pun gambar berdua berdiri dengan Encik Tunang (cewahhh, ehehehe). Tapi lepas puas menangis saya fikir tidak apa lah, save the best for the last. Nanti time kahwin (cewah lagi), InsyaAllah kita begambar sampai lemas.

Apapun, thanks to all friends yang hadir especially. To all friends yang mendoakan yang baik-baik, saya tahu walaupun kamu tidak datang, sokongan kamu sentiasa bersama kami. Kann. Jadi yang tidak datang time tunang tu, kena la datang time kahwin nanti ya.

Thanks juga to all my family members, yang menjayakan majlis ni

Special thanks to Encik Jay, sebab menunangi saya ;)  kamu paling batu! (Kamu paling rock). Saya masih berdebar-debar lagi setiap kali tengok cincin ni. Rasanaklempang muka sendiri baru percaya. Nanti lama-lama saya biasa la ni dengan cincin ni. Sekarang belum biasa lagi, jadi balik-balik tengok ke arah jari dan senyum-senyum sendiri ha ha.

Cerita in details boleh visit blog yang lagi satu ya, saya akan update dari semasa ke semasa.

Once again, I’m officially engaged \m/4

Love,

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....