Thursday, July 21, 2011

Kemalangan Paling Ngeri Aku Pernah Rasa

 

 

Aku memandu seperti biasa. My best friend duduk di sebelah. Both pakai seat belt. Sronok-seronok memandu aku terlanggar kereta depan. Haiya. Setel.

Kemudian, bff aku pula yang drive, aku duduk sebelah. Tiba-tiba, sampai di satu traffic light, ada lori dan treller sedang kemalangan yang dahsyat depan mata aku. Aku pun jerit kuat-kuat dekat bff aku “Berenti!! Berenti! Berenti!! Elak! ELak!”

Dia pun break, kemalangan tu di depan kami. Kami ingat kami sudah selamat. Tiba-tiba lori yang tergolek naik atas treller berpusing-pusing menuju ke arah kami yang berhenti, lalu terkena Miss Pink. Miss Pink terpelanting ke tiang lampu berdekatan dan kemek, renyuk dan terbelah. Betul-betul macam fast and furious.

Dalam keadaan kereta terbalik, aku masih lagi terlekat pada kerusi sebab pakai seat belt. Aku nampak bff aku terbaring tengah jalan “Kau ok??” dia jawab “Ok ok”. Aku pun tanggalkan seat belt, dan pergi ke arah bff aku. Kemalangan tu berdekatan satu rumah ni.

Aunty cina dalam rumah tu keluar dan bawa kami masuk ke dalam rumahnya, tiba-tiba. Macam membantu gitu. Dia cakap dia uruskan Miss Pink. Bila sudah lama sikit, aku jenguk ke luar tingkap rumah tu, Miss Pink sudah tiada di tepi jalan. Tow truck aunty cina tu sudah bawa pergi.

Masa dalam rumahnya, aku nampak dia jemput orang lain juga masuk. Orang lain yang kemalangan di tempat yang sama, kereta mereka juga sudah ditarik oleh tow truck aunty cina ni. Ramai la pulak dalam rumah tu yang dia tolong.

AKu sudah syak wasangka dan rasa tidak sedap hati. Aku bajet, mesti aunty cina ni yang buat accident semua ni terjadi, jadi boleh dapat untung dapat banyak kereta masuk workshop dia. Yang peliknya, kenapa dia nak simpan orang-orang yang accident tu sekali dalam rumah dia. Macam dipukau.

Aku pun bisik bff aku ajak dia cabut dari situ. Masa perlahan-lahan cuba untuk keluar dari rumah tu, aunty cina tu tersedar, dengan  sepantas kilat tapak kaki dia sampai di dadaku sambil jerit “Lu mau pigi mana ah??”

Sakitnya dadaku, sampai susah mau bernafas. Rasa nak jerit. Tiba-tiba aku tersedar, sambil menjerit kechil. Astaghfirullahalazim. Aku mimpi rupanya. Jelas sekali mimpi tu. Sungguh aneh sekali.

Baca doa dan cuba untuk tidur balik laju-laju sebab masa untuk tidur sudah tinggal sedikit, pagi-pagi kena bangun pergi kerja pula.

Dan sekarang di tempat kerja, aku tengah buat BQ (bill of Quantity), kena siapkan untuk dua projek, both projek buat jalan raya. Aku mengantuk gila tableh blah, so aku blogging lah pasal mimpi semalam yang menyebabkan masa untuk tidur aku tinggal sedikit dan membawa kepada kemengantukan yang amat sekarang.

Terima kasih kepada yang membaca hingga ke akhirnya, kamu memang batu. Sekarang rasa mengantuk sudah hilang sedikit dan saya mahu sambung buat BQ.

 

Love,

Cinoi xo

10 comments:

Unknown said...

uii.. igt kn betul..
nasib mimpi jak..
huh, palis2 sis..

Chii said...

aku pun mengantuk ni. menengok secret garden sampai pukul 2 pagi. =_=

[ a D D y ] said...

macam drama melayu siot mimpi2 ni..

BERT said...

fuhh legeeee mimpi upenye..

Misya Mialen said...

hahahhaa..noi, terus aku pelik, takkanlah miss pink kena bawa gitu jak tp ko x ada perasaan sedih?hihihi.terus curious ni.betul ka x.rupanya mimpi;D

-Jerry- said...

the 50 comment part is genius.. lol lol lol

Unknown said...

Sungguh ngeri ni Cinoi.. Muahua3!

Baik kau + berhati2 sebab mimpi ni biasanya juga bukan sekadar mainan tidur..

Aku paling 'tertarik' dengan adegan aunty cina yang tendang dada kau tu.. Emmm...

Jemput Baca:
GAMBAR [15SG]: KHINZIR DISEKSA

-ilyannur- said...

nasib baik mimpi saja. kalau x mesti itu pink suda di workshop si auntie pemukau tu haha

Fadzmie said...

Mula-mula cerita ko ni macam Final Destination oh. Tapi terus bertukar jadi psiko-thriller. Haha. Nice!

maymelysa said...

ehemm...aku tebaca profile fb ko n pastu aku terbaca bolg ni...mcm ada kaitan. ko suda mimpi apa yg akan berlaku...oOoooo...@@

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....