Last post is on Monday May 9th. Saya mengalami writers block. Atau yang lebih tepat lagi saya tiada mood untuk blogging. Mungkin blogging pun tiada mood dengan saya kan.
Setelah membuat observation ke atas diri sendiri, saya mendapati saya akan kehilangan mood untuk blogging setiap kali menunggu hari-hari gaji, oh sungguh lambat betul percayalah, company ini patut masuk ripley’s believe it or not. Sebab tu last sekali post entry pada hari Isnin lepas. Mood saya pergi jalan-jalan window shopping, tiada bersama saya.
Hari ini mood kembali pulih! Jeng jeng! Maknanya apa? Siapa dapat jawab memang hebat dan batu! Saya akan review kamu di entry-entry yang akan datang teeheeee.
Selama hari-hari yang saya tiada mood blogging, saya ada juga blogwalking seperti biasa. Supaya tidak rasa terputus dengan dunia luar. Adakah kamu rasa yang sama, iaitu, kalau tiada berjumpa internet, rasa macam katak bawah tempurung di dalam gua lagi, terputus dengan dunia luar. Ngerinya. So mesti mau online juga, facebook kah, blog kah. Ceh, padahal penyebok. Rasa tidak dapat menyebok dengan dunia luar. Kebelakangan ini, memang Streamyx ada masalah juga lagipun. Setiap kali call 100, operator akan jawab siap-siap ada gangguan talian internet sebab masalah kabel yang terjejas akibat gempa bumi di Jepun, masih dalam pembaikan barangkali.
Berbalik kepada cerita blogwalking, banyak lah blog entry yang saya baca, ada yang cerita handbag baru, cerita jahitan, masakan, peperiksaan, kerja, cerita lawak, cerita serius, ulas berita, shopping. Yang terkena di hati saya, ialah membaca entry blog yang bercerita pasal dunia blogging. Macam-macam isu, isu trafik ke blog, isi kualiti entry dengan kuantiti, macam-macam.
Bagi saya, blogging ni benda simple saja. Jangan terlalu fikir berat-berat. Ada yang cakap kalau kuantiti blog adalah besar, contohnya setiap hari ada 2 atau 3 entry sampai, kualitinya maknanya adalah rendah. Ada yang cakap kalau jarang update blog pula, kadar trafik akan menurun. Haih para so-called blogger sekalian, kenapa mahu fikir berat-berat. Buat ikut hati. Buat sepenuh hati.
Kalau kamu betul-betul ada passion untuk blogging, kamu tidak akan bersusah-payah “haihh apa aku nak update hari ni, mau blog apa?” Kalau tiada idea, jangan update/blog. Senang cerita. Tapi kalau kamu ada passion untuk blogging, contohnya kamu observe satu-satu perkara, atau pergi jalan-jalan dan nampak sesuatu, terus akan keluar lampu mentol di kepala kamu “Ting!” dan kamu akan terus fikir dalam hati “i have to blog this!” dengan penuh semangat, that is passion. Tidak kisahlah entry kamu ada banyak kah, setiap hari kah, kalau kamu betul-betul buat dari hati, kualitinya akan datang sendiri (ceh macam pantun). Siapa yang define kualiti ka tidak ni? Saya pun tidak pasti. Yang saya pasti, saya mesti pastikan diri saya sendiri puas dulu. Baca berulang kali sebelum publish. Selepas publish baca berulang kali lagi. Dan edit semula beberapa kali sampai puas hati, cek semua spelling error dan edit semula lagi. Kamu pikir saya taip sekali, terus publish sekali? Kamu silap di situ. Tidak sama sekali. Berkali-kali edit semula dan publish semula.
Tidak semestinya ada update yang banyak itu akan menghasilkan kualiti yang tidak kualiti. He he. Tapi kalau niat kamu blogging awal-awal sudah salah di situ, idea itu memang susah mau datang. Contoh niat yang tidak berapa betul: niat blogging sebab mau dapatkan duit, tengok orang lain boleh dapat duit dari blogging, kamu pun mau blogging. Tengok orang lain borak-borak pasal blogging, kamu pun mau lah. Aiya. Boleh begitu, tiada masalah. Cuma pastikan betul-betul minat. Buat tanpa minat ni susah mau maju, maka lahirlah entry yang tidak seberapa. Saya percaya, saya pun selalu ada entry yang tidak seberapa, tapi saya pasti, saya blogging dengan sepenuh hati dan perasaan. Kalau tiada idea, tiada masalah, tidak payah blog! So begini lah jadinya, saya diam-diam 2 3 hari tanpa update blog.
Heh. Entry comeback selepas hampir 4 hari tidak update ni menjadi panjang pula. Ok lah. Terima kasih sebab baca sampai habis. Tapi kalau kamu baca sampai sini saja, itu belum habis.Ada lagi 1 perenggan di bawah.
Oleh kerana mood blogging saya sudah kembali dari percutiannya dan jalan-jalan window shopping, maka idea pun datang mencurah-curah ke ladang gandum. Selepas ini (entry yang akan datang) saya akan tulis tentang:
- Movie Thor yang saya tonton Jumaat minggu lepas. heh. Lama sudah kan
- Isu trafik ke blog. Don’t you think it’s lame?
- Review tv series, Pretty Little Liars
Kthnxbai.
Love,
Cinoi xo
10 comments:
sy tunggu yg nomor 3! suda kakak abis menengok? XD
post title satu ancaman yg dusta (??)
saye setuju, kalo ade idea dan entry tu best baru la up entry. ni kafang2 entry mcm takde pape info pon nak smpai kan,. hehe
TQa,
Sudahhh. Season 1 habis sudahh kann
Ezan,
Tiada masalah tiada info pun. Selalu personal blog mmg jarang ada info yg umum. Tp biarlah entry tu proper kan. Jangan main hentam saja. MAcam tidak ikhlas lah orang ckp cmtu.
setuju 234567 juta kali..haha..
sa punya blog pun cikai ja..
taip2 apa yg mau ja..
haha.. ;)
waa..mcm durang gaji sdh..ngeh3
Echa,
Hahaha Ssshhhh. Xpala blog cikai pun, jgn balik2 taip "ehh apa mau blog ni, tiada idea laa" tp publish pula tu entry.
Saya punya mentol kepala ni pandai tiba-tiba pecah ni. Ndatau kenapa. Balik-balik membeli mentol baru. Adeh. Bukan pandai menyala ni mentol saya ni. Huu.
sy pn mau jga rasa kaya mlalui bloggng tp sy rasa sy xmampu..so sy bloggng utk suka2 sja..rlease tnsion..sy suka lepas tekanan mlalui tulisan..hahaha (luahan perasaan)
:p
cudn't agree more.
p/s: suda ada series baru drop dead diva dlm masa akan dtg. stay tuned.
buat ikut suka jer..tak payah sangat nak fikir pasal trafik..kui3
aku mo komen, tapi nda tau mau tulis apa.. 2 kali sudah aku delete yg aku sudah tulis. kalau aku, blog suka-suka lagi best. sebab bila aku sudah tua nanti, mesti aku mau mengingat kembali mcm mana aku masa muda2 dulu. kalau aku pigi blog pasal yg bukan berkenaan dgn aku, jarang pulak. aku cerita pasal aku ja..muahaha..
Entry akan datang.. Saya dan ceramah-setangah-hari-punya-handbag..
Post a Comment