Wednesday, March 16, 2011

Cerita Dongeng

Di suatu bandar besar yang maju pada masa kini (ini cerita tentang sekarang), ada sepasang pasangan yang berpasangan. Aku namakan lelaki ni Danish (bukan mama sebenar) dan Siti (bukan nama sebenar). Perjalanan mereka menuju cinta sangat laju, Siti bagi number phone, Danish terima, few dates, then there you go, a sweet loving couple.

Danish ni pernah bekerja, lalu berhenti untuk mengikuti kursus. Sekarang sedang mencari kerja yang lebih hebat. Kita terus ke titik la ok. Danish ni punya diploma. Ya, sekarang siapa-siapa pun boleh punya Diploma kan. Danish juga berpengalaman kerja selama beberapa tahun. Keluarga Siti mengharapkan lelaki yang ada degree buat Siti, yang dirasa layak buat Siti, sebab Siti ada degree, point nya aku tidak pasti, mungkin untuk menjamin masa depan anak dorang si Siti ni, haruslah kann.

Which is (my personal opinion and it might be bias), kenapa kelayakan jadi menantu kena ada degree. itu kan tidak menjanjikan apa-apa. Sudah terbukti, kawan aku sekarang bahagia dan hampir melahirkan anak pun bersama suami yang sederhana orangnya, lebih dari cukup makan dan lebih lagi, masih bahagia dan gembira lagi. Memang la zaman sekarang degree tu basic thing kena ada, but tidak la semestinya kan. Tak semestinya tiada degree seseorang person itu tidak boleh berjaya dalam hidup.

Sampai tahap ketika merisik, pihak keluarga Siti bertanya Danish perihal pointernya semasa belajar dulu! Ha ha. Sila ketawa sekarang. Pointer ya tuan-tuan dan puan-puan, ditanya semasa merisik. Ada juga orang begini zaman sekarang. Atas dasar apa?? Sedangkan si Siti bukan lulusan Doktor pun, mahupun kursus-kursus kritikal yang lain. Dia bekerja di syarikat pelaburan swasta. Kalau aku jadi Danish pasti malu ditanya pointer semasa merisik. Tapi tidak mengapa, anggap itu sebagai cabaran untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan bermaruah. Bonda Danish pastinya berasa anaknya harus diletak di tempat yang lebih tinggi maruahnya, Bonda Danish minta Danish mempertimbangkan semula pilihannya. Yang mana, apapun tetap juga disokongnya.

Ya, barangkali jikalau Danish datang sebagai Directing Manager (yang tiada degree), atau bos besar atau seorang yang sudah punya kestabilan kewangan yang hebat, dan bukannya berkereta kura-kura yang kuat bunyinya dan tidak selesa yang Siti tidak berkenan dengan ride nya, adakah keluarga Siti akan terus menerimanya dengan senang??

Ya, kenapa Danish merisik sedangkan sudah ditahu degree yang dimahu. Permintaan Siti, untuk pasukan risikan datang, dan minta dihebahkan ke teman-teman. Juga dituruti Danish, sebab, sayang barangkali.

Yang tiba-tibanya sekarang Siti berhenti. Berhenti sayang. Sama ada tidak sanggup menunggu Danish mendapatkan degree, ka apa? Juga tidak pasti. Menurut Danish, Danish banyak kekurangan ciri-ciri yang diperlukan Siti sampai mereka terpaksa berhenti berkasih lalu Siti mendapat ganti dengan instant sekali.

Haih, jadi Siti, kamu kan sudah tahu sedari awal Danish tidak punya degree, kenapa dipaksakan pasukan risikan datang? Dan dihebahkan ke teman-teman. Kan sudah tidak jadi begini. Di mana malu Danish ditapuk. Di mana cinta Danish dibuang. Sayang Danish disiakan. (cewah macam novel kan, trip trip menulis novel plakkk si Cinoi nii aiyakkk)

  1. Pelajaran sentiasa ditimba dari semasa ke semasa, bukan diukur melalui degree semata. Orang yang tiada degree tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam hidup.
  2. Kenapa dipaksakan cinta, kan cinta itu datang sendiri, you dont choose love, love chooses you.
  3. Perihal begini tidak harus dihebahkan terlebih dahulu, kan semasa kahwin nanti boleh kecoh sekampung. Jadi jika sudah putus begini, tidakkah mengaibkan. Atau malu.
  4. Ada lagi orang begini zaman sekarang eyhh???

Perihal ini diceritakan kepada kita oleh kawan Danish, Melody. Yang mana Danish sudah mengadu ke Melody perihal ini dan Melody rasa panas hati sahabatnya diperlakukan begini. Kerana Melody menganggap cinta Siti sampai ke langit. Ya manakan tidak, Melody sampai diwarning Siti untuk tidak menulis di wall fb Danish. Tapi tengok sekarang siapa yang give up cintanya? Sedangkan Melody mean no harm to anybody. Dalam masa yang sangat singkat, anything can happen.

Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. Bukan kuasa kita untuk menunjuk siapa salah. Tapi, sahabat Danish sudah tentu menyalahkan Siti, sebab, mestilah backup member kan?? Dan pasti kawan Siti pula menyalahkan Danish, backup member la katakan. Normal.

But everything happen for a reason. Mungkin ada perempuan yang lagi hebat di luar sana buat Danish. Alah, ikut kata hati jahatku, apa la juga Siti tu. Bukan Siti Nurhaliza pun! Gagagagagaga.

Bye kawan-kawan. Siapa baca sehingga akhirnya memang batu! (rock!)

Love,
Cinoi xo


p/s: Get an iPHone here


12 comments:

Chii said...

yep. jangan ukur org kerana degree/education. yg penting baik dan bertanggungjawab. ada kerja tetap. boleh bayar bil bulan2... - eh, sudah aku jelaskan dlm blog ni..haha..

tqa said...

kirim slm sm melody hahahahah! hari2 lah sy batu nih kalau begini T__T

FionaHafiz said...

kasi jumpa dulu aku sama siti neh. hahaha.

Cinoi Lavigne said...

CHii,
ya bahhh

Tqa,
memang punnn kauuu

Fiona,
teda.

SheNn said...

Kesian c Danish...huhu,kalau ku jumpa c Siti kan,aku ceramah tu dia..;p, x apa lah,itu membuktikan c Siti x cinta sepnuh jiwa sama c Danish..

Azura "Banyak Cakap" said...

ya bah, betul juga apa yang ko cakap tu, uhuhuhuhu. :)

p/s: free ka tu Iphone, ekekeke.

-ilyannur- said...

kalau suda suka xda degree pun x apa bah. betul ka c siti ni suka btol sama c danish mula2?

kita suru ja c melody becinta sama c danish haha. bleh ka main suru2 ni haha

Cinoi Lavigne said...

Shenn,
sama2 kita berceramah

azura,
manada free geng p tndas pn kena byr

ilyannur
Mcm betul la dia suka mula2 announce sna cni post gmbar sana cni. Mcm cinta gila lahhh.
Haha pndai2 seja menyuruh bah. Melody ni watak tambahan bah ni

Unknown said...

sekalinya betul2 siti nurhaliza naa.. haha..
follow u wasaber..

Malaya Mania said...

aiseh..psal xda degree pun kena kci tggal..mati la jgk~~

beberapa thun akan dtg,mgkin bkn lg degree jd ukuran..PHD suda..adidi.!!

Cinoi Lavigne said...

Farhanezam,
Hahahah byk la kau siti

Ariez,
Ahh teda2 la bah mesti ada PhD. matikkk la bahhh adeghgg

Your Name said...

Hi Cinoi, I saw on Fashion Clicks that you are looking for a blazer :) We will be updating our blog tomorrow and we do have a beautiful corporate-like blazer :) Do drop by tomorrow at 9 yea? Hope to hear from you soon!

Lots of love!
xxLavender

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....