Lokasi: T2H Eternity Saloon.
Selamat pagi ahad!!
Sungguh seronok sekali, sebab tak payah bekerja harini woot woot.
Rancangan asal ahad ialah untuk tidak bangun awal. Namun tidak berapa nak berjaya, sebab mata sudah tune untuk bangun awal setiap hari sejak bekerja 2tahun yang lalu.
Bangun siap siap, Kak Ann ajak pergi saloon yeah! Cinoi dan Sara melompat girang.
Sara potong rambut, Cinoi cuma cuci saja. Kak Ann rebonding and treatment. Minum milo sambil diurut kepala. Sungguh sedap sekali. And this cute chinese hairdresser urut dari kepala ke bahu ke bawah sampai ke pinggang yeah sungguh seronok sekali rasa nak tidur balik!
Rancangan selepas ini ialah untuk tidak balik ke rumah terus, sebab rambut sudah cantik. Tapi harus merancang sesuatu yang tidak banyak menggunakan wang ringgit. Huhuhu. Owh saloon ni pun dibelanjai oleh project engineer kami.
Harus ke mana ya ahad begini di Bintulu begini, ke mana yang pasti bukan ke rumah.
Rindu semua orang.
Oh oh, baru menerima sms dari kakak tersayang di Kuantan, Sis Lyn, dia suruh bagi number akaun Cinoi dekat Sis Misah di Sandakan, yeahhh!! Survive juga gue di Bintulu. Terima kasih kakak(s).
Love,
Cinoi xo
Sent via BlackBerry from Maxis
3 comments:
sekejap sekejap tak berapa faham?
Macam mana sara boleh ada dekat bintuluuu?
oit kije sama company dengan sara ke? waa.. bestnye ada geng. nak join! :P
hahahhahha i pon terblur skjap
same cam totin.. cmne sara n ngan
u boleh sama2.. korg kat mane ni?
Post a Comment