mata rabak.
pedih. susah gila mau buka. kering tapi basah. kalau mata aku boleh berteriak, mungkin sekarang kamu dengar teriakannnya dengan tidak henti suruh aku berhenti.
2minggu lepas aku sudah 24tahun. tapi aku belum didengar seperti seorang yang 24 tahun yang mempunyai ijazah. aku pun tidak tahu apa syarat-syarat yang perlu ditepati untuk aku layak memberi pendapat, pandangan, atau visi. semuanya gelap dan sunyi. iya. peraturannya kau diam dan dengar saja. kau bayangkan ketika kau rasa mahu menjerit dan keluarkan semuanya hujah mu, kau tidak mampu, tersekat di kerongkong, di peti suara, di hati, kau terpaksa diamkan. sakit kan kerongkongmu, peti suara mu, paling teruk sekali hati. ada obat hati?
kadang-kadang aku fikir apa guna aku ada degree.
kalau tiada cita-cita. (i used to have an ambition, but now, i think i do not need any)
kalau tiada visi.
kalau tiada perancangan perkembangan diri dan kerjaya.
penting meh ada degree?? sekarang aku rasa macam tidak.
ingin maju. ingin ke depan. ingin melangkah laju.
semua orang mahu itu.
yang peluang itu.
tapi kau, terpaksa melepaskan begitu sahaja.
eh bukan kau, aku.
bodoh kah aku, yang orang rebut-rebutkan itu datang di depan ku tapi aku biarkan saja ia berlalu pergi. atau senang kata aku tolak.
adakah itu mengalah sebelum bermula
berhenti sebelum melangkah
tidur sebelum bangun
aku pun sudah tidak dapat menilai kemampuanku. sejauh mana aku boleh pergi.
macam mana mahu tahu kalau tidak pergi. logik akal.
kadang-kadang tidak ada masalah menjadi DIAM dan IKUT.
tapi kalau sampai kau jadi seorang yang bisu bagi yang lain. tidak mendengar dan tidak didengari.
0 kosong.
ya, ada apa sama suara mu. eh, maksud aku suaraku. tak payah dengar pun tidak mengapa kan. mungkin suara aku ni kosong-kosong sahaja. sekarang rasa mau bakar-bakar ijazah itu, rasa macam sekeping kertas kosong ko takpayah bawa ke mana pun. jadi kau diam!
kalau lah aku boleh jalan-jalan di shopping complex cari masa depan, pilih-pilih mana yang bagus, then beli saja. kalau la masa depan itu di jual di mana-mana. masa depan itu tidak semestinya kau beli di situ. kenapa perlu mengobjektifkan sesuatu yang sepatutnya subjektif. susah tu. susah wa cakap lu. sakit jiwa. oh ya, 1 lagi benda yang aku harap ada jual di shopping complex dan aku mampu beli, SABAR. kau ada jual? boleh kurang tak? aku nak beli sekian sekian kilo SABAR.
sekarang aku mau jual rasa INGIN. sapa mau beli ingin aku. kalau tiada mau beli, aku mau buang saja. sebab aku harap aku tiada rasa INGIN. hidup seperti tiada soul. tengkorak hidup. mungkin lebih baik. entah aku pun taktahu sebab aku baru mau cuba. yalah, mana kita nak tahu kalau kita tidak cuba kan.
ok. sekarang aku tidak mahu apa-apa.
did i sound like a quitter? sounds like giving up? soo not me kan.
kalau kau mahu pun, kau tidak punya langkah untuk dapatkan.
kau tak faham? aku pun.
kan aku sudah cakap awal-awal sedari POST TITLE tadi,
BUKAN MUDAH MENJADI AKU.
i bet u can't.
sekarang bukan lagi mata rabak seperti di awal entry tadi. hati pun rabak.
mulai sekarang header blog juga akan ditukar kepada BUKAN MUDAH MENJADI AKU.
jadi semua senyap dan pandang saja. itupun kalau kau mampu pandang.
jadi bisu.
jadi pekak.
jadi buta.
jadi kosong.
jadi heartless.
jadi lifeless.
jadi tidak mahu apa-apa.
bukan mudah menjadi aku.
its sooo fucking not easy to be me!
Cinoi
3 comments:
be strong.
be very strong.
aku pun terumbang-ambing skrg ni. x mampu mo tulis d blog. susah mo lepas. *sigh*
sabala. it's not easy to be me also. otakku pun beputar-putar becelaru. but be strong! don't give up. life must go on...rite?
Post a Comment