Thursday, March 27, 2008

Tentang Kawan-kawan

dipetik dari fynn jamal..


Di mana kalian masa tahun baru?
Aku bersama teman-teman aku
Sebab aku rasakan tahun baru itu
Seharusnya disambut dengan orang-orang terkenal olehmu


Biasa saja.

Sejujurnya aku ini bencikan dunia yang baru kurasakan
Sejujurnya aku rasakan dunia baru ini penuh manusia plastik saja


Berapa orang yang kau boleh bilang menjadi kawan, kawan?
Berapa orang yang boleh bersama-sama, teman?
Berapa orang yang kau rasakan memang sebenarnya kawan dalam jiwa?

Sebab sebenarnya berapa orang aja yg kita betul-betul kenal
Yang tahu apa makanan kegemaran
Yang tahu apa yang kau rasakan
Yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum

Berapa orang yang hilang bila kau katakan kawan, kawan?
Berapa orang yang kau boleh katakan teman?
Semuanya ketika ada duit saja
Ketika ada rumah, ketika ada segalanya

Berapa orang yang benar-benar kenal engkau?
Di luar, di dalam, siapa yang kenal engkau?
Hanya keluarga
Hanya satu dua tiga
Yang lain semua sampah belaka


Ku tak suka dunia baru ini, ku tak suka
Bukan kerna apa, bukan kerna kerek, tapi ku tak suka

Kerana berapa orang yang kau boleh bilang kawan?
Berapa orang yang kau boleh bilang teman?
Semuanya bohong belaka
Semua ketika ada duit saja
Ketika ada rumah

Hey kawan-kawan, berhati-hatilah
Kerana orang-orang itu semuanya hanya mengambil kesempatan
Mengambil keuntungan
Di waktu engkau senang
Di waktu engkau terbilang
Di waktu engkau rasa suka
Di waktu duka tiada

Hey kawan-kawan berhati-hatilah
Dunia penuh dengan, penuh dengan
Penuh dengan sampah
Penuh dengan sampah

Tahun baru ini kita katakan kita mahu berubah
Mahu berubah

Tapi berapa orang yang telah ambil inisiatif untuk memikir sepanjang tahun lalu apa ang telah kau lakukan
Bukan fikirkan ke depan!
Fikir apa yang dah terjadi
Muhasabah diri
Fikirkan apa dah jadi
Bukan sekadar mencari “Wah, ramainya kawan!”

Percayalah kawan aku sudah berada di sana
Dan aku boleh katakan yang aku tak suka

Semua kata teman
Semua kata kawan
Tapi bila kau sedih
Tapi bila kau berduka

Tiada siapa yang mau duduk bersama
Semua berlari keluar pintu sana

Semua kata “bye bye”
Padahal dulu “hai hai”
Siapa mereka, kita takkan tahu siapa

Cubalah kau bersusah
Yang siapa meninggal bersama kamu itu kawan
Yang sudah pergi, bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan

Berhati-hatilah
Berhati-hatilah
Berhati-hatilah
Berhati-hatilah kawan-kawan

Ini tahun baru kita buka buku baru

Fikirkan masa dulu
Sekarang ini kamu fikirkan, kawan-kawan
Fikirkan kawan-kawan
Fikirkan kawan-kawan
Fikirkan kawan-kawan

Siapa kawan
Siapa lawan
Siapa kamu
Kenali dulu

Kenali diri kamu
Kenali diri kamu
Kenali diri kamu

Oh
Lalalalalalala

Ini lagu tentang kawan-kawan
Tentang kawan-kawan yang bukan-bukan

hasil karya fynn, which i adore so much..


http://www.youtube.com/watch?v=6qiTfLMX4Jk

No comments:

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....