Thursday, March 31, 2011

Together we vote

*This is a sticky post, scroll down for new update*

for me.

Yes. Me. Together we vote for me ;p

1. Like this page here

2. Like this photo here

Your click are much appreciated.

Kthanxbai.

Love,

Cinoi xo.


p/s:

Who already LIKE the PHOTO.

  1. Atiqah Ruhaizad http://slimdunk.blogspot.com/ (nama dia besar sebab buat entry INI)
  2. Fadzmie http://www.fadzmiemohamad.com/
  3. Eley Khazrin http://eleykhazryn.blogspot.com/
  4. Yana http://ctliyana86.blogspot.com/
  5. Azura Ani http://azuraanisalaim.blogspot.com/
  6. Beaty http://beaty-memyselfandi.blogspot.com/
  7. Rexs Leonard http://ourphonetography.blogspot.com/
  8. Queen Imah http://queenimah.blogspot.com/
  9. Ema Washif http://maggioooooooooooo.blogspot.com/
  10. Sharlina( Elieynz Anakah) http://elieynz.blogspot.com/
  11. Al-Lfn Isme http://elektromitoskopic.blogspot.com/
  12. Siti Ubaidah http://badbuddy.blogspot.com
  13. Rahman Syah http://www.duniakanjopang.blogspot.com
  14. Jay Jay Chrystie http://jjchrystie13ogo.blogspot.com/
  15. CLarenz Lut http://kelz90.blogspot.com/
  16. Sheena http://mzyunsora89.blogspot.com/
  17. Samizul http://www.samizul.net/
  18. AmoreMio88 http://amoreadam.blogspot.com/
  19. Beaty http://beaty-memyselfandi.blogspot.com/
  20. Nurul Faezah http://ifazafrah.blogspot.com/
  21. Ahmad Safwan Idrus http://ahmadwawan.blogspot.com/
  22. Renzo http://sayabudaksabah.blogspot.com/
  23. Echa Ririe http://akuhanyasatu.blogspot.com/
  24. Anne Nurain http://anne-nurain.blogspot.com/
  25. Nunui Joe http://nunuijoe.blogspot.com/
  26. Amalina Nashihin http://cik-amalinanashihin.blogspot.com/
Did i missed anyone? Leave a comment here so i would know.

*This is a sticky post, scroll down for new update*

Jasmine Slalu Hepi

 

Which I think is not true. A happy person would not do this kind of shit. Sepatutnya dia tukar nama dia kepada “Jasmine Slalu Kurang Kasih Sayang”

Jasmine Slalu Hepi

Lepas tu ada pula Part II. Jasmine Slalu Hepi minta maaf?? Jasmine Slalu Hepi Part II

Semua ini provokasi cuma. Tengok lah siap ada Part II dan wall nya tidak di private kan, siapa-siapa pun boleh komen. Saya yakin ini fake profile.

Kita tidak diajar untuk menghina agama lain. Sekarang dia ini sendiri pun sudah confuse mahu hina siapa.

Ramai yang di luar sana marah dengan orang ni. Tapi jangan kita melenting dan memaki hamun. Sebab kalau kita maki hamun, nampaknya si Jasmine Hepi Slalu ni sudah berjaya mem’ provoke kita. Itu yang dia mahu sebenarnya, provokasi dan lihat kamu ter’ provoke dan melenting. Ok! We just keep cool dan ignore orang sebegini. Kita memang marah sangat, tapi kita tidak akan jadi sebodoh dia ya, ok.

Sungguh kesian. Ada juga orang begini pathetic ya.

Semoga kita ambil pengajaran. Mari kita bagi-bagi kasih sayang. Jangan kita sampai jadi begini kurang kasih sayang.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, March 30, 2011

Sharing is Caring [4: Basic Blogging Tips]

Since 2008, i do blog hopping almost everyday. It’s a routine. Justeru banyak lah juga hasil dapatan saya thru that routine. Other than enjoying the good story, I also observe the blogging style. Well, i am well aware there is no any guideline book, or rule book regarding blogging so everyone are free to do what they want to their blog. But remember, your blog is somewhat public, so people's opinion might be useful for you and your blog unless you want to make it private for your own viewing only then is hell up to you.

So the tips below is just based on my personal view and thru some experienced. Either you agree or not, i will surely don’t give a damn, but your opinion or feedback are most welcome thank you.

Ini tips cuma ya, bukan arahan. Ha ha.

  1. Tajuk blog entry janganlah terlalu dikontroversikan semata menarik minat orang membaca, that is so cheap. Contoh: Seks Bebas di Atas Pokok, tapi isi entrynya pasal pergi shopping semalam. Contoh 2: Pembedahan Plastik di Mukaku, tapi sebenarnya cerita pasal layout baru blog kamu. Rasanaklempang. Cuba lebih standard sikit, style sikit, lebih maju, lebih educated, lebih fun, lebih lucu. Bukan lebih lucah atau lebih murah.
  2. Option komen pop-up window adalah lebih digemari dikalangan blogger termasuk saya. Lebih mudah untuk tinggalkan komen. Berbanding yang full page atau embedded below post, sebab itu lebih leceh, lambat, dan susah la pendek kata.
  3. Elakkan welcome notes melalui pop-up window yang kecil tu. Sometimes it is okay, sometimes it was not. Pastikan bahasa yang digunakan agak-agak la, jangan terlalu diva, nanti orang terus tutup blog kau tidak jadi baca. Contoh: : “Welcome to my blog, do not copy paste me dog!” You just called you reader a dog.
  4. Kebanyakan blogger sudah pandai disable right click, kononnya supaya tidak dicuri isi blog dan gambarnya. Tidakkah kamu tahu orang masih boleh meng’copy walaupun kamu sdah disable right click. Right click tu penting kalau orang mau buka apa-apa link di blog kamu tanpa meninggalkan blog kamu,lebih praktikal.
  5. Pilihan font haruslah yang mudah dibaca. Jangan berlingkar-lingkar yang susah di baca. Warna juga janganlah yang memeningkan kepala pembaca, juga warna background tu janganlah sampai tulisan tidak dapat dibaca. Saya tahu kamu faham maksud saya dan saya percaya kamu semua pandai-pandai belaka untuk pilih font dan warna yang lebih matang.
  6. Kalau berumah di tepi pantai, mesti berani di lambung ombak. Kalau ingin meletak lagu di blog, pastikan yang tidak mengejutkan pengunjung. Bukan semua orang suka lagu yang kita suka. Pastikan ada option untuk stop kan atau pause kan lagu tersebut. Bayangkan kalau kamu blog hopping dan buka 4 hingga 5 blog sekaligus dan semuanya pasang lagu dekat blog. Hingar!
  7. Isi blog janganlah copy paste semata-mata dari berita. Adoi, berita sudah ada websitenya sendiri, tidak perlu lah kamu copy paste the whole berita to your blog. Kalau kamu ulas kan lebih bagus. Cuma copy and paste 2 atau 3 perenggan yang kamu rasa paling penting dan selebihnya kamu ulas. Apa la tujuan kamu berblog semata-mata copy paste dari website berita dan kamu gelarkan diri kamu blogger?? Sungguh tidak chomel!

Itu saja yang saya terfikir buat masa ni.

 

Love,

Cinoi xo

Tuesday, March 29, 2011

Di Rumah Tiada Cikgu

Everyday i will have an argumentative conversation with Yaya of everything.

This was last night.

Yaya: Yaya kutip sampah di sekolah. Cikgu suruh, tugas.

Cinoi: Oh di sekolah Yaya rajin, di rumah malas pula, buat sampah lagi.

Yaya: Di sekolah ada cikgu, memanglah.

Cinoi: Di rumah ni ada Aunty Noi, ada Umi, orang yang lebih tua.

Yaya: Memang lah, tapi tapi Aunty Noi dengan Umi kerja pejabat, bukan cikgu. Tiada cikgu di rumah.

Cinoi: !#$%^&*()


How i spend my weekend. Lately.

Lame. Yes. My weekend was lame lately. I didn't even take any picture of me last weekend.

Friday night, learn to make homemade Sushi which was so yummy. In my dream. I woke up and ohhh, the sushi was ready by Jay and his sister, Bibi. I ate. Then went back to sleep.

Like last Saturday. I work half day. Owh, i off early, so i worked almost-half day, had Kon Lou Mee for lunch. And then home, and sleep all day. Woke up at 7 to get ready for movie at 9 with my nieces and nephew. It was Big Momma. Yeah i spend my Saturday night watching movie with the kids. Guess i should wear "Great Aunt In The World" T-shirt.

And i stay home on Sunday. Did some sleep-and-eat activity. Before had outside dinner, i helped prepare Sushi and had some, it wasn't as yummy as the Friday night sushi, maybe because this time i was helping, i should have just sleep. Only went out for dinner. And yeah, i met some friends from KL. Was home before 12.

There went my weekend. And lately, most of my weekend was spent by sleeping beauty. But why haven't a prince charming come and kiss save me? I feel old.

But if we look at the bright side, if I look at the bright side. I can save more by not going out for weekend entertainment. If keep having this sleep-and-eat activity only, during weekend, in few months i can already have an iPad2 and new blackberry (because Rara been having some problem with the trackball lately, sudah setahun pun pakai) Or even big, i can have my dream wedding in 1 year of sleep-and-eat activity on weekend (maybe 1 day a prince charming will come in my sleep and ask me to marry him), and big car too. What i need to do is just stay home. Yeah. From a party girl to a stay home girl. Amin.


How was you weekend guys? Anything you care to share?

Love,
Cinoi xo

Friday, March 25, 2011

Cinoi-Style Spaghetti

Atau spaghetti style Cinoi.

Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dicincang halus, tumis guna butter (separuh). Tapi kalau mau pakai minyak pun boleh. Itu tidak menjadi satu masalah yang besar!spageti 1

Sudah agak-agak kuning emas tu bawang besar, masukkan daging cincang, boleh juga digantikan dengan daging burger yang  di blender sekejap saja, jangan lama blendernya ok! Nanti kalau lama, daging tu akan hancur sangat, kurang menendang la rasanya. Masukkan sekali bebola daging, kalau kamu mahu.spageti 2

Lepas tu kacau daging terus menerus. Di sinilah kekuatan tangan kita diuji. Agak berat juga tu daging, sampai agak-agak dia half cook, masukkan Susu! Jyeahh!! Susu full cream atau low fat mana-mana pun boleh!! Sebanyak yang kamu agak-agak cukup dengan kuantiti daging tu. Lebih kurang 2 cawan. MAsak ni semua main agak-agak, sebab ikut instinct, dan ikut orang tu la rasanya mau macam mana. Kalau mau daging tu betul-betul rasa lemak berkrim yang amat, letak la banyak susu.

Kacau daging sampai semua susu meresap.

Masukkan puri tomato. Air. Dan sos tomato. Sebanyak yang kamu mahu. Selalu aku pakai 1 packet daging burger, bersamaan dengan 1 tin puri tomato. Sos tomato tu back up la. Masukkan air juga!spageti 3

Kacau sehingga gembira dan kasih sayang meresap masuk semuanya. Lepas tu masukkan lah garam, gula, aji. Eh jap, perlukah masuk aji? Terpulang la, tapi cuba elakkan.

Last sekali masukkan OREGANO secukup rasa!!

Untuk spaghetti nya pula, saya suka angel hair spaghetti, vermicelli,  sebab dia lebih kurus.

Rebus dalam air yang dituang dengan sedikit olive oil dan garam. Mesti rebus selama minimum 11minit, jangan sekejap saja rebus ya! Kasi sampai 15minit ka ok juga tuh!

spageti 4

Tadaaa!!

Maaf tiada gambar cadangan hidangan. Masa spaghetti tu siap langsung terus memasukkan ke mulut. Tiada gambar yang sempat diambil. Untuk lebih sedap hidangkan bersama cheese! Bukan cheese cake ya! Cheese spread!

And yeah, in case you didn’t heard, I actually cook! Although i am not a cook type of person, i don’t look like one i know, and i don’t really have a good relationship with the kitchen, but i do cook. Sometimes.

Bye love.

 

Cinoi xo

p/s: Entry ni terlambat sedikit dari Fiona’s today’s blog post, sebab entry ini ada gambar!

p/s/s: Aci got something to say. Cekidaut here.

Thursday, March 24, 2011

Jangan Baca Kalau Kamu Sedang Makan!

Tiada cerita pasal persiapan perkahwinan, sebab aku belum bermula lagi. Tiada cerita pasal suami dan alam perkahwinan, sebab aku belum kahwin. Tiada cerita pasal mengandung dan scan bayi, sebab belum kahwin juga, belum lah mengandung. Tiada juga cerita pasal nama anak, pasal bayi baru lahir mahupun anak yang sedang membesar dan sel-sel otaknya berhubung dan segala tindakannya membuat kita kagum, sebab belum kahwin->belum mengandung-> equals to belum ada anak, melainkan anak saudara semata-mata seramai 7 orang. Kesemua cerita itu tadi kamu boleh dapatkan di blog list yang tertera di sidebar blog ni *wink

Yang ada cumalah kehidupan seorang bujang meniti perjalanan hidup seharian. Cewahhhh. Eh, serius sikit. Ehem. Hah. Yang ada cuma cerita tandas, yang mungkin dianggap remeh oleh orang sekeliling, tapi sebenarnya besar impaknya terhadap masyarakat pembersih. *baca dengan nada serius*


Itu, lagu tandas.

Here few tips untuk pilih dan guna tandas awam, kalau kamu suka and setuju, ok. Kalau tidak setuju, tidak mengapa, ini khas untuk aku yang cerewet.

  1. Mestilah tandas yang bersih. Tiada taik, tisu, atau air berwarna kuning di dalam lubang tandas.
  2. Ada toilet paper, kalau tiada, aku bawa sendiri biasanya.
  3. Pastikan pintunya boleh kunci dengan selamat dan ada tempat gantung barang atau letak beg.
  4. Pastikan ada air, dan hos/paip, senang mau cuci, pastikan dulu ada air, hos tidak koyak atau bocor, tandas boleh flush, sebab nanti sudah kau buang taik situ mampos tidak boleh flush.
  5. Sebelum duduk di mangkuk tandas, siram dan lap dulu pakai tisu sekeliling mangkuk tandas tersebut. Kadang-kadang flush dulu sebelum guna.
  6. Bilas hos yang akan dipegang untuk membasuh nanti, lepas tu kalau ada toilet paper yang banyak, pegang hos pakai toilet paper tersebut.
  7. Lepas guna pastikan flush dan tengok sampai flush tu selesai kerjanya manatau ada baki tertinggal, kesian pengguna selepas itu. Pastikan hos yang diguna disangkut di tempat yang betul semula, jangan ampai saja di lantai.
Cerita 1
Kemarin aku pergi tandas awam yang bersih di Tanjung Aru, cuma tiada toilet paper. Tidak mengapa. Aku sudah ready semua tu. Bila time mau guna tu hos, kasi on la pipe, aiyaakkkk, terus basah seluarku, sebab hos tu bocor, terkoyak siringnya sepanjang beberapa sentimeter menyebabkan air bertetesan. Demmit. Nasib baik di luar tandas ada pancaran cahaya matahari yang kuat, so aku berdiri di situ sebentar. keringkan seluar.

Cerita 2
Minggu lalu, aku pergi tandas VIP di 1Borneo, Rm1 saja pun. Sebab bersih dan selesa semuanya menepati ciri-ciri tandas yang aku mau. Sampailah turn aku masuk selepas seorang ibu dan anak perempuannya yang lebih kurang 5 tahun umurnya. Sebab mau cepat, aku masuk cepat-cepat before tu cleaner (suppose the cleaner want to enter the toilet fisrt tapi gua sudah tidak tahan tuuu) Aku masuk denagn semangat cuma untuk dikecewakan sahaja. Hos di ampai di lantai, lantai tandas VIP yang selalunya kering tu basah kuyup dengan hos di lantai tu pun basah, tisu lap tangan yang keras tu bertaburan di atas sink. !@#$%^&*() Helloooo~~~~~

Cerita 3
Kamu pernah kah dengar cerita atau mengalami, masuk tandas ada taik di lubang tandas. Lepas tu kamu pun tarik la flush supaya kamu boleh guna tandas tu dengan selesa. Tapi lepas kamu selesai, air dalam tangki flush tu tidak juga pandai penuh-penuh. Mungkin itu juga nasib pengguna tandas sebelum kamu tu kan. Sebab tu ada kesan tidak di flush dalam mangkuk tandas. Hahahahaha.

Jangan la bah pemihir betul. Bye.

Tandas Bersih, Tandas Berkualiti!

Love,
Cinoi xo


how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....