Ada di mana-mana. Ya, orang besi ada di mana-mana. Contoh terdekat, di tempat aku selalu memandu, di KK.
Rilek seja lintas jalan perlahan-lahan. Tidak takut terhadap kenderaan. Malahan kenderaan lagi takut sama ni orang besi.
1) Lintas jalan malam hari. Jalan perlahan-lahan, tidak berlari terus bila clear. Atau main hentam saja lintas even kereta sudah dekat. Kamu fikir pemandu nampak kah. Aku dulu fikir begitu "ah ada lampu kereta durang tu ndak kan tidak nampak aku". Trettt! Salah! Memang tidak nampak. Lampu kereta tu, dekat sudah baru nampak ada orang melintas ya.
2) Lintas jalan then berenti tengah-tengah garisan antara 2 lane. Kalau aku atau pemandu lain tiba-tiba tukar lane macam mana?
3) Jalan di tepi jalan tapi tidak cukup tepi. Di luar kaki 5, iaitu di kaki 6, 7, 8 dan seterusnya. Pastu bila aku mau limpas, ditengok aku berabiss uinaa jo, salah tempat kau mau tunjuk samseng. Kau yang salah. Especially berlaku di UA, ramai pejalan kaki tepi-tepi jalan ramai-ramai sampai ke tengah. Camna mau elak kalau ada kereta dari arah bertentangan, jalan muat-muat 1 kereta saja. Jadi ikut la aku slow-slow di belakang kamu kan.
4) Yang melintas jalan time lampu trafik pejalan kaki merah. Berlaku especially dekat Wawasan Plaza, dorang mau melintas kw arah stesen bas. Nahh, itu lah masanya aku guna hon, bila lagi kan, jarang-jarang diguna bah tu hon. Ramai-ramai lagi dorang lintas, time merah, untuk kereta yang hijau. Hon teruss, bila lagi AHAHAHA
5) Yang melintas laju-laju time kereta baru mau limpas. Jarak antara bontot kereta dengan dorang ialah 1inci. Paling style. Laju-laju kunun dia limpas jak kereta terus lintas. Kalau aku tiba-tiba break macam mana? Melekat lah kau di tingkap kereta ku kan.
Itulah antara orang-orang besi yang pernah aku jumpa. Hati-hati bah kalau melintas ya, kita tidak tahu pergerakan orang macam mana. Sama-sama kita hati-hati, ingat bah orang tersayang ya.
Till then.
Love,
Cinoi
Sent via BlackBerry from Maxis