Thursday, October 27, 2011

Hijau

 

Entry yang sudah lama dijanjikan. Haritu ikut Jay pergi dinner office dia, seluruh Sabah punya.

IMG02864-20111021-1959

Dinner tu percuma saja untuk 2 orang every staf. Every staf dapat bawa another person for free. So I don’t mind spending some money untuk beli baju, Jay pun beli juga baju sebab we both tiada baju hijau. Ya, temanya hijau. Tengok saja tu dewan hijau putih, kerusi mejanya pun hijau putih haha. Nasib baik kaler hijau kami bukan macam kaler meja kerusi.

dinner

Baju Jay beli di Cotton On. Baju aku beli di butik Faeza Karamunsing 1 hour before the majlis start.

Dinner 1

Kami tiada ambil gambar full body so lepas majlis baru aku ada ambil gambar 1 badan.

dinner 2

Aku tidak tahu bila lagi akan ku pakai baju ni. Fikir mau let go seja. Siapa mau boleh la runding harga ya. Baju ni size 40. Aku actually size 38, tapi aku rembat saja ni size 40 sebab last minit, tiada sudah size 38 orang kedai tu bilang.

Kalau tidak, another option aku ialah dress yang panjang ini

dinner 4

Tapi ila bilang macam orang mengandung. Ahha.

 

Ok. Bye. Contact saya kalau mahu beli dress pendek di atas tu.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday [16]

 

 

 

potrait by Jay

Tuesday, October 25, 2011

Fully Utilise Your Off-day

 

Masa bekerja saya sekarang sangat padat, iaitu Isnin hingga Sabtu, dan Sabtu itu ialah full day. Setiap hari bukan pukul 5 habis ya. Around pukul 6 petang hingga 7 petang (depends), pastu perjalanan balik around 45minit, kalau jem boleh sampai sejam baru sampai rumah. Biasanya gelap lah sudah. My only off day is Sunday. Itu pun kalau di request kerja, saya mesti datang (OT), but so far belum lagi kena request.

Nah. Jadi memang tiada masa untuk blog hopping (ini perkara paling menyedihkan), dapat satu masa baca blog kawan-kawan di list di sidebar ini pun sudah cukup bersyukur. Apa lagi masa untuk fikir yang tiada faedah-faedah (sebut secara paidah-paidah). Contohnya hal kerani yang tidak pandai habis lagi sampai harini, ada kan SATU entry haritu saya tulis, tentang kerani. Actually sampai sekarang pun dorang masih bercakap, pasal kami di site ni. Haih kalau fikir memang bikin sakit hati, tapi saya pilih untuk tidak fikir, kalau mahu fikir pun tidak sempat. Cuma harini dengar lagi cerita tu sebab ada colleague dari office datang site for work, time bual-bual time makan dia pun cerita la sikit-sikit update office. Makan pun laju-laju. Saya pilih untuk ketawakan saja mereka, sebab tidak tahu perkara sebenar yang terjadi di site. Nda apa lah, dorang tidak tahu kali, tu la dorang mengata. Aku tidak rugi 1 sen pun. Eh? Aku rugi ka? Nda lah kan.

Ya aku percaya sama Tuhan Maha Melihat. Tuhan nampak apa yang aku kerjakan si site ni. Jadi tidak perlu untuk explain sama mereka, tidak perlu lalek pun. Kebusyan sampai dapat tweet pun aku rasa aku cukup up-to-date suda dengan dunia maya yang aku seronok dengan ni.

Ehhe. Mana sebenarnya hala tuju entry ni.

Jadi kalau ada satu hari cuti, Sunday la biasanya, perasaan teruja pada Sabtu malam tu memang berlainan sekali. Sama seperti malam ini. Esok kan chuti, jadi memang malam ni rasa aku-mesti-buat-sesuatu-yang-seronok punya perasaan. Nda kisah lah tengok wayang sekalipun, karoke ka, atau sekadar lepak makan di luar.

Dan siang harinya pula, esok (atau ahad seperti biasa), aku sampai bingung “eh mau tidur lama-lama kah mau jalan ni”

Rasa mau tidur lama-lama sebab itu saja peluang tidur berabis, tapi pukul 8 pagi sudah terjaga segar. Pastu risau pula rugi tidak pergi mall (last 2 weeks 7 days aku tidak pigi mall langsung, maybe la). Nah bingung di situ. Bingung macam mana mau fully utilise the off-day, tidur kah atau jalan-jalan pergi mall atau tempat-tempat menarik yang lain (kalau ada yang lebih menarik dari mall).

Jadi kamu macam mana? (haha tiba-tiba tanya orang)

Aku mau jalan ah dulu pergi tengok wayang ah ah ah. Tunang sedang menunggu dengan penuh sabar dan berhemah dalam, membuat keputusan atas option-option yang ada, Jadi aku mohon undur diri sebentar dan bersiap ke wayang.

Selamat menyambut deepavali kawan-kawan, selamat menyambut chuti sehari tiba-tiba di middle week.

 

Love,

Cinoi xo

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 23, 2011

Good News vs Bad News

 

 

Good news:

Haritu kami ada buat projek video pendek macam iklan gitu, pertandingan untuk LHDN seluruh Malaysia. Pelakon iklan tu ialah kakak saya, tunang, dan saya sendiri ah ah ah. Pengarah video is my abang ipar. Few days ago, Kakak dapat surat suruh pergi KL untuk penyampaian hadiah sebab video tersebut dapat top 3, tapi tidak tahu lagi No.1 ka 2 ka 3 kah. Aku mau share tu video di sini tapi malu pula tengok muka sendiri, lagipun belum boleh share. Penyampaian hadiah tu in on my birthday!! So hope we are lucky, kakak is going alone.

 

Bad news:

Tunang akan outstation ke jauhgila (semenanjung) on my birthday Sad smileTerus sedih-sedih lah aku. Sebab last year pun mana ada kami celebrate apa-apa. Eh, lagipun masa tu kami belum official lagi ehhe. Kami lepak makan seja. Baru seja gembira-gembira mau sambut birthday dengan tunang, tapi dia kena fly pula. Terus sedih-sedih sendiri aku. Nda apa lah. Biasa juga tiada party-party. Tahun depan, ndak sudah kami celebrate birthday sebagai tunang. Cewah.

 

Ok lah itu seja. Aku blogwalking dulu lah di hari minggu ni, sebab ini seja masa aku ada, rindu aku baca blog kawan-kawan. Macam katak jak aku rasa. Katak yang cantik sikit lah. Ehhe.

 

Love,

Cinoi

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday !!

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, October 18, 2011

Ngeri dan Menyayat Hati

Dalam perjalanan ke kerja ni, oleh sebab aku tidak memandu, aku ambil kesempatan lah blogging sikit ah.

Saya kira semua sudah tahu cerita kanak-kanak kechil digilis beberapa kali, dan cuma dipandang oleh orang yang lalu lalang. Aku sampai tutup mulut sendiri tahan teriakan sebab ketakutan dan sedih tengok kejadian tu.

Aku tiada banyak mahu ulas atau komen, cuma mahu tinggalkan kita dengan soalan-soalan.

1. Nda kan lah pemandu van tidak nampak budak tu, mata dia tengok pegi mana?

2. Selepas rasa melanggar sesuatu macam road bumper tu, tiada kah tegerak hati mahu cek, dengan selamba jalan terus?

3. Pemandu kereta yang seterusnya pun buta?

4. Apa perasaan atau apa difikiran orang yang lalu lalang tengok budak tu? I wonder what's on your mind people!!!?

5. Betulkah aku dengar, di negara mereka, barangsiapa yang memberi bantuan kepada mangsa begitu, sekiranya mangsa itu tidak survive atau maut, keluarga mangsa bisa menyaman si pembantu? Benarkah? Adakah sebab itu orang yang lalu lalang cuma melihat saja? Jika benarlah juga pun rules itu, menyebabkan mereka langsung tiada belas sebab takut disaman jika mangsa yang dibantu itu mati nanti?

6. Ibubapa tidak sedar kah anak tiada di sisi. Oi ibubapa!! Mana kau oh??

Itu semua soalan bermain di fikiran aku.

Oklahbye. Oh ya, di hotfm sekarang pun topik ini.

Minta dijauhkan dari kita lah perkara sebegini. Bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, October 16, 2011

Sepatu Lama

 

Harini overhaul rumah sebab Momy n Dady is coming to town on the 20th. To make the story short, turn rak kasut yang sudah penuh mesti dibuang isinya yang tidak diperlu. Terkeluar la balik kasut-kasut yang sudah tidak dipakai tapi masih disimpan. Pilih yang mau dibuang.

 

1. Gladiator shoes

gladiator shoes 1End of 2008 nampak di online. Cari di KK tidak jumpa-jumpa. Early 2009, jalan-jalan singgah Melaka, terjumpa di kedai kasut cina. Terus angkat. Tiada jenama pun. Pakai berapa bulan saja. Tinggi ni cutting dia sampai betis hahahah.

 

2. Nine West Heels

nine westChika nurulism.com beli di Australia. Order dari dia. Pakai untuk raya konon tapi memang leceh di dunia bi;la beraya sebab strap belakang tu haih. Sudah tidak dipakai lagi. Sekali sekala saja pakai sampai last year. Pakai sampai buruk.

 

3. Oxford Heels

oxford heels

Beli di online. Lepas beli gila kerap pakai. Pergi kerja, even pergi shopping mall sampai sakit-sakit kaki. Few months saja. Lepas tu terus simpan di rak kasut. Aku memang pakai kasut sampai buruk.

 

4. Oxford Pump Heels

oxford pumps

Beli online juga. Pakai cuma SEKALI, pergi kerja in 2010. Masih cantik.

 

5. Terompah Vinnci

terompah vincciMy first terompah shoes ever. Beli tahun ni. Pakai few months sampai buruk. Pecah-pecah kayunya tu sampai terkupas. Entah ada kah orang pakai terompah sampai pecah-pecah macam aku pakai.

 

6. Black and White Flat shoes

Black and white Flat ShoeRemember I wrote HERE. Beli di online, dalam tahun ini. Pakai cuma SEKALI saja.

 

***************************************************************************************************************

Nah itu lah kasut-kasut yang menjadi sejarah. Selepas menilai dan keputusan diambil, Kasut No. 1 dan No. 3 dibuang. No.6 hantar balik Sandakan, bagi adik ipar, tapi macam Momy pula yang mau pakai tu. Yang lain simpan lagi di rak kasut ah ah ah. Macam addict bah beli sepatu ni. Alasan bikin tukar-tukar konon.

Itu belum lagi kasut yang currently masih dipakai. Itu nanti aku belogkan. Termasuk safety shoes yang diolok anak buahku “Ehh, kasut apa Aunty Noi pakai tu?”

Share yours people.

Till then. Good night. Have a great week ahead.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday [15]

 

twitter for dumb

 

[ This is an auto published entry ]

Monday, October 10, 2011

1985-2011

 

 

1

Took me almost an hour to start typing. Tidak tahu mana mahu start. Thinking of the best words to say. Al-Ameer Sadat, dia yang ber’tshirt putih. The wife, Hajjaratul Murni,  yang berbaju putih. This picture was taken on our final year dinner. He was a nice guy u know. Dorang memang sangat nakal, he and the housemate. Memang No.1 menyakat orang. Tapi, once minta tolong dengan dia, he will never say no.

I still remember travel from Parit Raja Batu Pahat to Kuantan with him. Dia duduk Kemaman, aku pula Kuantan, the next day kena pergi kerja, praktikal di Kuantan. Aku kira tumpang dia ah balik. Malam tu gerak lewat sangat, arwah siap stop sekejap, ngantuk dia drive, nak tidur. Dia hantar aku sampai depan rumah kakakku di Kuantan. Masa tu Murni gf dia, sekarang wife, stay dekat Parit Raja, short sem kot.

 

2*From left, Murni, Arwah Sadat, Matin, Ali, and me

He left us today, Sunday 9/10/11 selepas waktu Asar, di office. Masa pertama dapat berita tadi, said it wasn’t confirm. While contacting everyone, I was hoping that, that was a false alarm, hoping that the news was not true. But it is. I cried.

Semoga dia ditempatkan di tempat orang beriman, sebab dia memang orang yang baik sangat-sangat, come from a big family yang baik juga sangat-sangat, still remember dinner at his family house. All of us like 2 bus kot.

Tapi, I cannot think of any words to say to Murni. Besarnya dugaan ini, Tuhan saja yang tahu. Murni, bertabahlah. I love you Murni. We will always miss you Allahyarham Sadat.

3

 

Ya Allah, selimuti lah hati si isteri malam ini. (Thanks Ona).

 

Al-Fatihah.

Saturday, October 8, 2011

Luncai Moden. Eh, moden ke?

Buat kerja kena ikhlas. Kalau malas sangat pun. Usaha la selesaikan tanggungjawab.
Cleaner membersih.
Driver memandu.
Cikgu mengajar.

Kalau tidak mahu memandu, jangan apply kerja untuk jadi pemandu.

Kalau tidak mahu membersih, jangan apply kerja jadi tukang bersih.

Kalau tidak mahu menaip, jangan apply kerja jadi typist atau clerk.

Kalau mahu bagi arahan, dan tidak mahu diarah, apply lah jadi bos.

Duit gaji tu sepatutnya hasil kerja yang diusahakan, tanggungjawab yang dilaksanakan. Duit gaji yang dapat tu biarlah berkat. Nanti sendiri mau makan, keluarga makan duit gaji tu.

Bila buat task betul-betul, sudah pasti tiada masa untuk mengata orang. Pergi kerja untuk mengata orang, hujung bulan ambil duit gaji bawa keluarga pergi makan. Ah!

Kalau aku tiada pun projek boleh jalan. I know. Kalau setakat kerja aku, orang lain pun boleh buat kata kau. Malangnya, bos hire aku, untuk buat kerja ni, dan bukan duduk-duduk di office. Kenapa bos suruh orang baru macam aku buat kerja ni? Dan bukan kau (yang sudah bertahun-tahun duduk di office) ;)

Anyway, I can do the typing. Easy peasy one. My anak buah oso can do mah. piece of cake one! Komplen-komplen tapi kerja tak jalan pun apa barang yob.

Renung-renungkan. Dan selamat berangan (jadi bos)

Bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, October 6, 2011

Masih Wujud Manusia Begini Pada Tahun 2011.


Situasi 1. Kemarin

Aku seharian di site. Tengah site. Ulang-alik office kabin. Jarak 300m.

Dia: Apa progress? Yang mana? Ada masalah apa-apa? Lepas tu? Lagi? Kenapa?

Aku: Progress macam ni macam tu. Prob begini begitu. Suda bagi solution begini. Lepas tu begitu.

(Dengan detail aku bagi, siap sebut satu-satu apa dalam bukunota aku, i work my ass off, dia simply SALIN, me no feeling while he salin, until la today, eh baca dulu sambungan perbualan ni ehhe)

Dia: Ok. Ngam. (sambil study drawing) Eh mana kedudukan yang block 1 dgn block 2

Aku: kau tengok kita di sini. Itu di situ. Bla bla bla.

Dia: ok. Kau ikut nanti masuk daily meeting. Senang kita menjawab





****************************************************************************

Situasi 2. Hari ni. Awal pagi morning pukul 8.

Aku duduk dalam cabin ofis, buat report. Senggugut. Dia pergi tengah site.
Aku hantar sms "kau tolong sms jap pile point no berapa dorang start pagi tadi"

After a while. No reply. Still waiting. Nadaaaa.
Pukul 10 pagi. Aku ambil helmet, jalan ke site, on the way, bertembung dia,

Aku: eh which point diorang start tadi? 2 machine or 1 saja?

Dia: Tidak pasti la. Aku tidak tengok point berapa. Aku tengok-tengok saja tadi, tidak sempat salin (sambil ketawa-ketawa. Very the annoying)

Aku: Huh?? @#$%^&*O

Terus jalan sendiri pergi site. T.T





*******************************************************************

Situasi 3. Pukul 11.30. Aku di tengah site. Dia di kabin ofis.

Aku sms: Boleh kau text aku pile combination for this and this point.

After effing 15minutes still no reply.

After 30mins. He replied "24m is 12 12"

24m?? Eh the point i asked is 27m laa. Am not asking for the 24m one!!
Terus jalan kaki balik kabin ofis, go check by myself. Satisfaction guaranteed!.





**********************************************************************************

Situation 4. Masuk ofis buat report.

Dia: Berapa point suda tadi. Ada prob?

Me: 4 point done. 1 should have done. But the machine 1 got prob, so stop.

Dia: jadi 4 ka 5 oh? oh machine 1 gerak juga td? so 3 machine la all kan? napa stop? rosak apa?

Berabis dia bertanya.

Me: Tidak pasti la (sengajaaa aiii)

Dia: Macam mana tak pasti ohhh?? kau di site kan tadi. Cemna oh~~ (Annoying way of saying "macam mana oh" like i dunno how to work dem yu macam la yu bos)





************************************************************************

Tapi lepas tidak membagi dia jawapan pasti. Lepas cuma menjawab "Tidak pasti", aku rasa tidak sedap. Rasa tidak bertanggungjawab dan tidak sampai hati. Terfikir-fikir kelogikan jawapan "tidak pasti" ku itu.

Kenapa aku mesti rasa begitu.

Dia tidak rasa begitu. How can he live with that? Live with asnwering me "tidak pasti" earlier and doing the macam-tidak-mau-tolong action. Macam mana dia boleh buat begitu ya? Dengan selamba.

at first, I thought he was good. Sebab dia selalu cakap mentality orang office ni begini lah begitu lah, tidak back up satu sama lain lah. Now what is really going on?? Dia sama saja la.

Begitu selfish sekali.

From wikipedia:
Teamwork is work performed by a team towards a common goal.
Workplace activites: Because teamwork is important to a productive and healthy work environment, teamwork activities should be a part of the workplace. Possible activites includes job swapping, where workers swap jobs with each other to develop empathy.

Kenapa lah ada orang begini. Sama juga pun position kami. And same age too! Why all my friend of my age are so kool and you not kool. Not kool.




Jangan kamu ingat kita di tahun 2011 semua sudah maju. Tahun saja yang maju. Jangan kamu ingat banyak bangunan tinggi, banyak new facility, new phone new technology, kita sudah maju. Belum. Kalau masih ada orang-orang yang begini, macam mana mau maju? Haiya mouww koww chouu ahhh!!



Aku rasa macam digunakan saja kalau dia mahu tahu semua hasil kerjaku tapi tidak mahu membantu aku. Apapun, aku fikir positif saja. Aku dapat belajar banyak benda, discover things on my own tru the experience, and find solution for any problem arise. (Wow I am a grown up ah ah ah!). Tiada rugi juga aku buat semua sendiri. Sebab aku yang alami, pengalaman aku dapat, tidak payah salin then refer notes untuk cakap explain orang, benda yang sudah dialami mudah ingat sendiri.

Yang penting aku kerja. Kerja siap. Gaji dapat. Pergi shopping. Hati riang.

Oklahbye.

Love,
Cinoi xo

*Folow my twitter for live gossip ;)

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday [14]

 

Nasi Goreng Cinta

 

[This is an auto published entry]

Tuesday, October 4, 2011

Roti Gardenia Kini Sudah Tidak Tidak-Halal.

 

[This is an auto-published entry]

Took me more than 5 minutes to think of the intro. Dan saya ni jenis mau cepat, ahha. Lebih 5 minit adalah membuang masa, so saya terus intro kan saja la entry ini dengan tidak semena-mena, ok? Ala semua blog entry pun tak semena-mena saja nak cakap kan. tiba-tiba. Tiada siapa tanya.

Ok. Pada suatu hari pergi ke supermarket berniat beli roti. Bread. Lalu ternampak gardenia classic seperti dalam gambar di bawah di supermarket tersebut.

roti gardenia halal

Tipu! Sebenarnya cuma nampak roti gardenia macam dalam packaging besar dan kechil tu, tapi supermarket tu tiada pula susun roti gardenia secara berbaris dan separa terjatuh tanpa pembungkus seperti sebelah kanan sekali gambar tersebut. Ehe. Huh?? Tak ketawa pun? Ok tidak mengapalah, tidak lawak pun okbye.

Mari terus ke point saya.

Saya lihat logo HALAL pada gardenia tersebut sudah tidak dicover atau ditutup sepertimana beberapa bulan lalu, bermula Januari kalau tidak silap. Maknanya dia sudah tidah tidak-halal, means sudah HALAL lahh kan. Yeayy. Dan di sebelah susunan roti tersebut terdapat ini:

2011-10-02 12.50.33

 

Ehhe. Di issue bulan Julai lagi. Saya baru tahu sekarang juga pun. Lambat!

 

Okbye. Mari makan roti gardenia.

 

Love,

Cinoi xo

 

Entry di atas ditaip selepas saya menaip ini

[This is an auto-published entry]

Monday, October 3, 2011

Ini Cuma Bebelan Yang Panjang

 

Buka mata. Tengok telefon bimbit. 9:22PM Sunday, October 2. Terus mandi. Lepas mandi fikir-fikir “Haish berapa jam sudah aku dalam rumah, tidak keluar” then terus menangis.

Menangis bukan sebab tidak keluar pun. Baca di atas “Sunday” means tomorrow monday dan kena kerja. Mungkin salah satu sebab memangis, esok kerja, work load banyak, kena berhadapan orang yang kasar-kasar di tengah panas, kena buat report yang detail dan banyak. Dan banyak lagi keluh kesah mak esah. Bilang mau belajar banyak-banyak dan gain experience banyak-banyak. Tapi mengeluh.

Fikir lagi sebab lain.

Oh. Lama sudah tidak update blog. Ceh padahal baru Jumaat lepas. Tapi sebelum Jumaat lepas ialah Selasa lepas. Gap yang sanagt besar dan jauh haih. banyak gila benda mau update. Notebook kechil dalam handbag penuh sudah dengan short note tentang “what to blog next”. Betul tidak dapat update blog masa kerja lagi, ah perkara paling menyedihkan la ni.

Atau sebab hard disk. ya external hard disk ku rosak. So aku beli casing baru sebab yakin yang rosak cuma cucukan casing lama tu. Bila sampai rumah, casing baru dibeli tu tidak compatible pun dengan isi dalam hard disk aku. Terus menangis mengenangkan file-file dan gambar aku yang banyakgilavavi di dalam tu.

Masih lagi menangis teresak-esak. Astaga ini anak. Sampai tunang tanya

“apa lagi kau nda dapat ni? mau keluar lepak? mau blogging? apa? mau aku tolong kasi siap kerja? mau hard disk baru??”

Semua pun aku jawab tidak. Sebab aku nda tau juga ehhe. Suka jak bah mau menangis tiba-tiba. Padahal aku tidak tidur time maghrib pun. Aku tidur lepas Isyak. Then bangun pukul 9 lebih. Apa yang tidak kena? Kalau tidur between Asar dengan Maghrib tu standard la bangun menangis kan.

Lepas tu membawa perasaan saja aku, lipat baju, kemas laptop dan kertas-kertas fail kerja untuk esok. Refill air di tumbler. Terai-terai baju yang mau dipakai kerja esok. Sedia beg untuk bawa bekal esok.

Sepanjang malam tidak dapat tidur. bangun pun awal. Belum lagi subuh. Re-heat lauk, sedia bekal, iron baju. Siap bawa roti gardenia lagi. Ah bercakap pasal roti gardenia, nanti saya blog kan. On the way ke site, singgah kedai beli chocolate spread untuk makan dengan bread. Melalui hari Isnin dengan biasa dan bersemangat juge pun sebab membawa bekal. Period. Sambil fikir balik “Apa aku mau semalam? Sampai menangis?”

Alhamdulillah semua ok hari ini. Despite with the clerk stuff yang tidak suka menaip (refer to my twitter la yek kalau tidak faham), and all, today is not so bad pun. Apa la yang aku tangiskan sangat semalam.

Mungkin sebab sudah lama ketawa terus. Dengan banyak.

Apapun, untuk memastikan cinoi.com alive, aku akan memblog schedule entry secara pukal malam ni, untuk tatapan sepanjang minggu ni okay. So esok lusa walaupun ada kekangan masa dan sebagainya, cinoi.com pasti terupdate.

Thanks sebab baca sampai ke hujungnya. Ehhe. Kamu memang sangat baik. Maaf lah kalau entry ni tiada pengisian rohani.

okbye.

 

Love,

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....