Friday, September 30, 2011

Fortune Teller??

 

Rindu gila dengan blog. mau update blog hari-hari dan blog hoping hari-hari. Tapi tanggungjawab dunia bekerja, tiada masa untuk blog buat masa ni. Malam pula penat sudah.

Dan baru beberapa hari berlalu, today (actually since last night) i’m down with FEVER and SORE THROAT, a bad one. Sampai telinga sakit. Actually, earlier this week, I can see this coming. Knew it. Ha ha ha I am a fortune teller.

Naah.

Saya tahu, saya akan sakit setiap kali ke tempat baru atau environment baru.

  1. Masa Form 1, baru masuk asrama, first week terus demam (in fact, selalu pun sakit sebenarnya)
  2. Masa baru masuk matrikulasi di Labuan, demam juga.
  3. Masa baru first week di U, tidak dapat join orientasi pun, sebab sakit, tempat baru la katakan.
  4. Baru mula kerja di KK ofis di Damai in 2008, sakit teruk juga. Ah ahh ahhmadnisfu.
  5. Baru mula kerja di Sembulan office end of last year, demam juga.

Oleh sebab saya fortune teller ha ha ha dan saya tahu ini akan datang, saya membuat sedikit persiapan. These past few days, aku minum air macam gila sampai balik-balik pergi tandas, dan untuk pertama kalinya pergi tandas portable yang selama di Bintulu dulu aku elak untuk guna portable toilet, tapi baru-baru ini saja aku terpaksa guna. Nasib bersih. Bersih sangat-sangat, so it is an acceptable portable toilet. Eh, apapun, sebenarnya mau bagitahu betapa banyak aku minum air untuk mengelak sakit.

Aku juga sedia beli dequadin, ubat sakit tekak macam gula-gula. Aku keep hisap every 1 or 2 hour. Makan buah. Minum susu. And pray untuk dijauhkan sakit.

Apapun aku diduga juga. Semalam I can hardly sleep. Sakit tekak sampai ke telinga, Rabak tekak. So today, I take sick leaveIMG02777-20110930-1024Itu sebahagian ubat yang doktor bagi. Ada lagi satu bikin hisap. Hari ini dan esok boleh tidur puas-puas. Esok pun dapat sick leave juga.

Tapi rasa sudah makin dewasa. Kalau dulu sakit di asrama mesti nangis-nangis. Last year pun masuk tempat kerja baru, sakit juga, masih lagi nangis. Tapi harini dapat memandu lagi perlahan-lahan, demi dapatkan ubat dan sick leave dari doktor. Have to be in shape, sebab even cuti pun kena call oleh orang Taiwan di site. Sekarang pun buat kerja juga from home, kasi siap report and reply email. Hopefully cepat bulan November, cepat lah siap ni kerja.

Apapun, doakan saya cepat sembuhhuhuhu.

Salam Jumaat, dan selamat berhujung minggu esok dan lusa.

 

Love,

Cinoi xo

p/s: Ada IT Fair kan di KK weekend ni?? Kan? Kan? Di 1Borneo hari ini sampai ke Ahad. Jom jom jom jom!

Tuesday, September 27, 2011

Ribut di KK (Amaran oleh Jabatan Meteorologi)

 

Semalam, lepas kerja, mau dinner awal. Pusing-pusing cari tempat makan, teurs terfikir TLC. Tanjung Lipat. Tapi masa tu tengok pokok bergoyang semacam, jadi aku pun tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang.Betul-betul kuat angin, dapat dengar dari dalam kereta. So tidak berani la makan tepi laut di TLC tu mataii kita karang. So pergi tempat yang jauh sikit dari laut.

Malam, hujan sudah mula dari renyai-renyai ke lebat. Tidur pun agak awal. Tiba-tiba terjaga sebab macam ada orang ambil gambar aku time tidur. Rupanya kilat sabung menyabung. Blackout pula! Cuma nampak cahaya-cahaya bertalu-talu dari luar tingkat, dengan hujan lebat. Macam scene dalam cerita hantu supaya penonton rasa takut. Paksa sambung tidur walaupun takut dengan kilat, confirm lepas kilat ada guruh berdentum yang kuat. Tapi semalam kurang pula guruh, kilat saja lebih.Sambung tidur saja. Walaupun blackout, aircond kipas mati, tapi tidak rasa panas sangat sebab hujan lebat di luar.

Tapii pagi-pagi bangun awal sambil risau, sebab belum iron baju!! Bekalan elektrik masih putus. Terus tweet-tweet whining pasal bekalan elektrik. Macam didengar saja keluh kesah mak esah, berapa minit kemudian around 6.20AM terus ada balik bekalan elektrik. Laju-laju iron baju dan bersiap, 7.13AM gerak!

Jem tapi tidak terlalu jem. Mungkin sebab

  1. Ramai orang terlajak tidur sebab cuaca yang nyaman dan tiada lampu
  2. Ramai orang stuck di jalan-jalan kecil sebab banyak pokok tumbang

Sampai dekat KK baru nampak kesan ribut semalam. Daun-daun pokok banyak berjatuhan bersama dahannya. Ada yang jatuh dengan pokoknya sekali. Di certain tempat ada yang tiang letrik sekali tumbang.

IMG02752-20110927-0737  Ini di depan bangunan office saya.

 

Dasyat kan. Harini pun tweet semua cerita ribut orang-orang KK. Infor from #KKCity tweet, Jika terdapat pokok tumbang di kawasan anda, sila hubungi DBKK di 088-521800.

 

*************************************************************************************

 

Sebenarnya, beberapa amaran sudah pun dikeluarkan.

Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Dikeluarkan pada: 05:15am pada 27 September 2011

A) Dikeluarkan pada 5:15 pagi; 27 September 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

B) Dikemaskini pada 5:15 pagi; 27 September 2011

KEMASKINI AMARAN

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut Matang Selama dan Manjung), P.Pinang (Daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai ) dan Kedah (Daerah Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Source

 

*************************************************************************************

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10AM 27 September 2011

  1. Taufan "Nesat" (20W) dikesan berada di Latitud 16.4 Utara dan Longitud 121.5 Timur, kira-kira 210 km ke Utara-Timur Laut, Manila, Filipina pada jam 8.00 pagi, 27 September 2011. Taufan ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj.  Taufan ini berada kira-kira 1172 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 1227 km Utara-Timur Laut Sandakan, Sabah.
  2. Ribut Tropika "Haitang" (21W) dikesan berada di Latitud 16.6 Utara dan Longitud 107.5 Timur, kira-kira 199 km ke Utara-Barat Laut Quang Ngai, Vietnam pada jam 8:00 pagi, 27 September 2011. Ribut Tropika ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj. Ribut tropika ini berada kira-kira 1481 km ke Barat Laut Kudat dan 1510 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah.

Source

 

*************************************************************************************

Dikeluarkan pada pukul 09:32AM, 27 September 2011

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan daripada amaran yang dikeluarkan pada pukul 4.47 petang, 22 September 2011

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri) dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga tengahari, Selasa 27 September 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Source

*************************************************************************************

 

Stay safe people. Cek ramalan kajicuaca dulu sebelum plan ke mana-mana, atau bercuti ke mana-mana.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, September 26, 2011

Make Up Pouch

 

Idea tercetus dari situ, maka plagiat saja. Ah ah ah. Ala kawan-kawan juga, nda kann lahh mau bekira kann. Sharing is sexy bebeh.

Walaupun isi-isi make up pouch saya sederhana cuma, tetap juga getek-getek mau share ya. Bikin seronok-seronok saja.

mekap pouch Nah itu make up pouch saya. itu pun free gift juga dari perfume. Fully utilize kan saja apa-apa yang free.

Isi-isinya adalah seperti berikut

mekap

  1. Blusher brush from mac. Lama sudah ni. Ada lah 2 tahun lebih
  2. Mascara dari SASAtinnie, siapa dia si Sasatinnie tu??
  3. Lipstick merah konon.
  4. Lip ice yang kalau kita taru di bibir terus auto red
  5. Stick eyeliner
  6. Eyebrow liner
  7. Dr. Young bb cream
  8. Misha bb cream
  9. Blusher 2 tone
  10. Compact powder
  11. Gel eyeliner
  12. Perfume easy-to-carry body shop
  13. Nail filer
  14. Nail clipper

Untuk rangkaian skincare pula (cewah), WashToneMoist saya ialah

skincare washtonermoist

White perfect. Tapi tidak tahu lah, kadang-kadang rasa macam berkesan. Kadang-kadang rasa macam biasa saja pun. Ah ah ah. Muka saya memang degil sikit.

Lepastu seminggu 2 kali pakai mask, taru di muka, biarkan 10minit, lepas tu lap pakai towel basah yang suam-suam. Selalunya aku biarkan lebih lagi dari 10minit, supaya lebih berkesan konon kalau lama-lama. Entahlah apa effect nya sebenarnya kalau taru lama-lama.

skincare mask Di belakangnya cakap adapts to your skin’s needs, hydrating areas and absorbing oil where needed’ mudah-mudahan la kan.

Selain itu juga, sekali sekala kalau rajin saya pakai masker dan peeling dari mustika ratuskincare masker n peeling 

Campurkan serbuk di atas dengan air mawar

skincare air sari mawar putih

Kalau masker bengkoang tu, lepas campur dengan air mawar, letak di muka, biarkan 10 minit, dan bilas dengan air bersih. Siapa yang mau bilas dengan air kotor, memang dia hebak lah. Masker bengkoang ni membantu membersihkan kotoran dan noda hitam serta memberikan kenyamanan agar wajah kelihatan berseri dan bersih. Memang betul, lepas pakai ni rasa muka bersihh jakk, atau mungkin psiko saja. Ehhe, yalah lepas pakai macam-macam mesti mau rasa bersih kan. Dari kita saja itu barang.

Peeling kulit kerang tu pula, cuma biarkan di muka sampai setengah kering, lepas tu gosok perlahan-lahan, nanti bertaburan jatuh la tu habuk-habuk dia. Ini merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. Jangan guna hari-hari. Seminggu dua kali saja paling maksimum. Okay.

Itu saja lah buat harini ini.

Eh lagi 1, majalah kecil sebagai background di atas tu ada voucher 20% dan 10% rangkaian Padini/Vincci/Seed dan adik beradiknya, mesti guna sebelum 30hb September ini. Jadi saya mesti ingat! Sebelum habis masa nanti rugi tidak diguna tu. Ah ah ah. 1 lagi alasan baru untuk shopping.

Makasih kalau kamu baca entry ini sampai ke akhirnya. Assalamualaikum.

 

Love

Cinoi xo

Friday, September 23, 2011

Jumaat – Baju Kurung Day

 

Unlike my girl friend who is everyday-is-baju-kurung-day, I only wears baju kurung on Friday.

Why? Sebab saya ada sedikit cuma baju kurung, dan hari-hari lain kena bersedia dengan attire yang ber-pants sebab dikhuatiri kena tiba-tiba pergi site. Karang ada yang tiba-tiba ke site pakai baju kurung, kelasss kauu mariaa~~

fridayHarini berbaju kurung cotton pink putih (yang malarrrr jak baju kurung yang sama ni masuk dalam gambar), dengan headband ribbon pink oyeah. Dengan rambut berikat ke siring ala-ala gadis kampung jalan kaki di tepi sawah. Ceh, kalau betul jalan di tepi sawah tiada sudah ni headband sama ikat siring segala, confirm sanggul ke atas macam berpantang, cuma tiada putih-putih di dahi tu saja (ya kan selalu drama tv kalau berpantang mesti ada tu putih-putih di dahi)

Opps, Off topic.

Kembali ke jalan yang asal.

Dalam perjalanan pergi kerja, minum milo kotak cuma di dalam kereta. Tapi, rezeki hari Jumaat, Alhamdulillah syukur nikmat Malaysia maju rakyat selamat selamat ke?? sampai office pagi-pagi, ada colleague bawa nasi goreng yang dia masak sendiri untuk kami-kami makan. Nah, apa lagi, terus buat milo ambil piring makan nasi goreng plus sambal udanggg lagi. Tiada gambar. Aku mau juga ambil gambar tapi risau nanti dorang kepelikan melihat aku menggambar nasi goreng dan sambal udang. Tunggu la nanti lama-lama sikit sudah aku di sini, baru aku selamba-selamba ambil gambar nasi goreng.

Apa pun, selamat bekerja. Selamat hari Jumaat. Petang ni wa update make-up pouch yang sederhana.

Assalamualaikum.

Love,

Cinoi xo

Thursday, September 22, 2011

Makasih

 

Thanks to WE ARE SABAHAN BLOGGERMANIA for featuring me in their Aktif Wasaber : Edisi MerdekaRaya entry.

Walaupun saya belum pernah lagi hadir mana-mana gathering, atau openhouse (if any), tapi saya di noticed juga. Ya saya ni walaupun macam tidak tahu malu, saya pemalu bah ah ah ah. Dan tidak pandai mingle.

Mungkin kerana selalu ping blog saya di page WSB di facebook. Sebab sana la satu-satunya tempat saya ping blog saya. Eh tipu! Ada satu lagi, di twitter, tapi itu auto ping.

Itu seja mau cakap.

Apapun, WSB dangdut!!! (Ada member aku yang baru kahwin ni, dia cakap dekat facebok “you rock!” kind of outdated. So tukar rock ke dangdut!)

OK la. Bye

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday [13]

 

 

siput tarik

Nelly dan Bahasa

 

Copied from twitter. Just sharing.

nelly 1 nelly 2 nelly 3 nelly 4 nelly 5nelly 6

Boleh tengok di twitter ya the whole tweet. What do you think guys?

Apa pun, saya cuma pelik hari tu. Konsert suarakami tu sempena apa sampai ada Nelly segala? Orang-orang besar pun ada. Just curious.

Tuesday, September 20, 2011

Baju Tradisional

 

*2nd entry of the day!

Saya bukan baju kurung/tradisional type punya orang. Tapi saya rasa macam kebelakangan ni sudah dipengaruhi oleh Ona yang baju kurung type punya orang. Baju kurung ni bagi saya ialah perkara setahun sekali dan setiap Jumaat seminggu. Banyak yang saya baru pakai sekali dua saja.

1. Baju kebaya masa Ona kahwin last year.

baju kurung 3*Sengaja aku taru gambar dengan pengantin, supaya dia sekarang rasa berdebar-debar melihat semula ni gambar. Full album klik SINI.

Saya baru pakai 2 kali. Masa Ona kahwin, dan semasa majlis nikah kakak saya, last year juga.

baju kurung 5

 

2. Baju kebaya riben. Saya pakai semasa majlis resepsi perkahwinan kakak saya last year, baru pakai sekali itu sahaja kot.

baju kurung 2 *Untuk FUll album, klik SINI

 

3. Baju pertunangan saya.

baju kurung 6 *Untuk FULL album, klik SINI 

 

4. Ini baju beli masa raya 2010, saya pakai balik baru-baru ini raya 2011 di kampung tunang

Baju kurung 1 *Untuk FULL album, klik SINI

Yang mana baju-baju di atas ini, akan saya recycle. Pakai semula. Muat ka masih? Di majlis-majlis yang akan datang pada tahun ini. Tidak tau lagi majlis apa. Tapi kalau ada event kah, kawan kahwin, tunang, atau sebagainya. Saya akan fully utilise kan baju-baju di atas. Sayanggg dong nda dipakai. Jadi kalau ada gambar dengan baju berulang, maafkan saya penunggu gua. Ah ah ah.

Memang, saya ni sungguh sensitif betul dengan memakai baju berulang, pastu upload gambar lagi. Mana mungkin. Tapi saya cuba la.

BAru-baru ini bulan puasa, saya telah minta tolong dengan Azura Siri, kawan saya paling hot, untuk pergi ke button my buttons punya butik di Subang. Dan, kawan dia telah tolong try kan baju kurung reben untuk saya

b28916252ea1201092462dd87256700c Tapi Azura tidak jadi belikan saya pun, sebab, ini bukan colour yang saya mahu, dan harga sepasang ini adalah wayyy too expensive for this type of baju. Azura suruh saya jahit sendiri T_T Jadi raya lepas saya tidak dapat la beraya beriben. Anyway, thanks to kawan Azura di atas sebab try kan baju ni eh eh eh. Ada lagi satu jenis saya mahu, yang ada military badge, or accessories badge, yang mana saya decide mahu buat sendiri, sepanjang bulan puasa tu, tunang menjadi mangsa, mencari military badge accessories ini di butik-butik.

Apa pun, tunggu saja la nanti kalau sudah ada baju kurung baru ya.

Terima kasih kerana membaca sampai ke sini. Kamu memang batu!

 

Love,

Cinoi xo

 

*Scroll down for the first entry of the day!

Waddup??

 

Salam good morning hello.

Rasa lama sudah tidak mengupdate. It was a long weekend last week, full bah saya dengan aktiviti. And yesterday saya seharian di site (Kimanis), siapa yang follow twitter saya, dan bersahabat di muka buku, tahu lah tu pergerakan saya.

Jadi banyak hutang blog. Rasa segan dengan diri sendiri. Sebab banyak pending update ni, antaranya ialah

  1. Tentang baju kurung, baju tradisional, dan baju occasion yang baru dipakai sekali sahaja
  2. Tentang movie yang sudah ditonton baru-baru ini
  3. Tentang apa isi dalam make up pouch saya
  4. Tentang Jangan Memakai Jumpsuit Dress Semasa Shopping Pakaian
  5. Tentang Nelly dan Bahasa.
  6. Dan yang satu ini, openhouse di rumah ona, sudah di review oleh Ona sendiri, dan Aima juga, serta Puan Azmah. Cekidaut.

Jadi tunggu la update tanpa henti dari saya bila sampai masanya nanti ok. Saya tinggalkan kamu dengan gambar ah ah ah.

DSC_0688

 

okbye.

 

Love,

Cinoi xo

Saturday, September 17, 2011

Wishing you a great weekend!

 

Salam dan selamat hari Sabtu. Yippiee. This is going to be just a short entry.

It’s a looonnggg weekend kann. Fri, Sat, Sun! Ini yang bestnya cuti hari Jumaat, terus rasa panjang saja cuti. Lebih-lebih lagi aku masih sakai tidak kerja hari Sabtu. Selama ni Sabtu aku kerja kan. Current job ni Sabtu off day jadii hip hip horeyyy laaa. yahooodotcom.

I just want to wish you guys, have a great weekend!

weekend 1*Polkadot pink I love! And Jay, I love you too! Ehhe. But I also love this pinkpolkadot.

Ingatlah orang yang tersayang. Dan orang yang terkurang.

Selamat menikmati hujung minggu dengan jayanya, sama ada bercuti away dari kota, ataupun bercuti di kawasan yang alam sekitar hohohoh. (2nd edit: Ehh apa aku tulis nii?? Sama ada bercuti away dari kota bersama alam sekitar, atau bercuti di kota seperti shopping di mall laaa. Ini yang sebenarnya aku mau tulissss!)

Take good pictures, have a blast, do not forget to thank Allah that you are still alive and breathing and enjoying your weekend!!

weekend 2*Picture taken last week at Mimpian Jadi Resort, Tuaran

 

 

Tapi jangan bersedih kerana weekend akan meninggalkan kita

weekend 3*That’s not my car! Ehhe

That’s the price we have to pay for having a good weekend.

Okbye.

Oh, by the way, Selamat Hari Malaysia Winking smile

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, September 15, 2011

Do not afraid to make mistake

 

My first interview untuk current post di company sekarang (Company S) is November 2010, last year. Hampir dekat-dekat masa dengan company L (my previous job). Tapi company L panggil dulu, dan masa tu aku jobless. So, aku terima saja company L punya offer.

Selepas 9 bulan. Selepas aku selesa di company L. Selesa dengan kerja senang gaji jalan. Ya kerja Planning Engineer di company L itu memang senang, yang menyusahkannya cuma Project Manager yang bukan Malaysian pun dan sangat annoying. Selepas 9 bulan di sana, baru terima panggilan dari current company (Company S).

Mula-mula aku fikir

Ah sudah senang di sini (company L), tidak kan mau cabut. Senang dong boleh online segala.

Aku fikir lagi

Ah takutnya aku di company S, susah tu sana. Mesti lebih banyak technical job, plus the managing job, coordinate project and all. Ahhhh takutnyaaaa

Itu adalah first impression aku selepas menerima first phone call yang aku jawab “Saya fikir dulu”

Takut (campur excited sebenarnya). Takut tidak mampu buat kerja di Company S. Tapi selepas bertanya pendapat beberapa orang sahabat baik, you know who you are (cewahh)

Alahh, kau pernah kerja di Bintulu lagi, dengan orang sana. Apa lagi kau takut.

Eh eh sedangkan di Bintulu oil n gas tu kau know nothing tapi kau berani-berani pergi sana.

Apa kau takut, bertanya saja la supaya tidak sesat. Rajin belajar.

Fikir punya fikir. It’s a big opportunity bah, the benefits close to government. Close saja la. The company system pun alike government. Memang la kan ni company state government punya anak syarikat. Lagipun aku kan memang suka benda baru.

I want to challenge myself lah! Am scared but what the hell man. I won’t missed this. I am not going to miss the opportunity to learn and gain more.

697

People, you do not want to regret the opportunity  you didn’t take, and things you didn’t do.

 

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Juga update INI tadi.

pisis: Dan INI kemarin

Wednesday, September 14, 2011

I Am The Cool Malaysian.

 

Sempena cuti pada hari Jumaat ini yang menyebabkan saya akan bercuti selama 3 hari di hujung minggu sebab company yang saya baru masuk bekerja ini adalah tidak bekerja pada hari Sabtu ha ha ha,  saya telah mengkaji berapa peratus kah saya seorang Malaysian.

Macam mana saya tahu itu, yang saya ialah seorang Malaysian yang cool itu?

Sebab saya jawab kuiz.how malaysia are you

 

Prediction saya sebelum menjawab kuiz, pasti soalannya berbunyi begini:-

Bila Malaysia merdeka?

Bila Hari Malaysia?

dan sebagainya yang seumpamanya.

Tapi gua ternyata silap di situ. Soalannya lebih cool dari itu.

Contohnya:- malaysian malaysian 2 malaysian 3

Nah, Try la jawab kuiz to. Share your score with me ;)

Boleh bikin kasi hilang mengantuk kalau kamu baru mula berkhidmat di tempat kerja baru, dan belum ada task untuk kamu laksanakan. Maka laksanakan lah kuiz ini ya. Have fun!

 

Love,

Cinoi xo

Wordless Wednesday [12]

 

 

DSC_0752 11/09/11 – Aman damai

Tuesday, September 13, 2011

How can I Pink-ed my desk and still look professional?

As you know, or if you don’t know yet, I’ve started working at the new place last Friday ;) So today is my 3rd awesome day.

Meja saya sangat besar dan kosong. Bukan mau kasi Pink betul pun sebenarnya, cuma mau kasi ada barang seja, supaya kelihatan berpenghuni. Baru cuma ada laptop (yang saya sudah install dengan windows live writer untuk menikmati hidup berblogging yang lebih baik) yang baru dibagi last week.

office desk

Menurut gambar di atas. Saya suda beli mug baru berwarna pink. Alas hello kitty segiempat tersebut juga saya beli tanpa sebab, hanya untuk kasi penuh-penuh meja. Bersamanya juga saya beli cermin baru berwarna pink. Sebenarnya ada tumbler warna pink juga, untuk kasi penuh meja dan minum air. Tapi telah diminta oleh seorang sahabat lelaki saya, sebelum sempat saya bawa ke office pun, untuk dia minum susu protein konon. Nanti saya mau beli table runner kecil warna pink lagi, untuk saja-saja. Bukan bidang saya ni hias-hias meja. Stationary saya semua sumbat dalam laci.

Begini saja caranya mungkin.

office desk - drawing

Ini lah yang biasanya. Meja dihias dan dipenuhkan dengan drawing (tu pun masih nampak kosong lagi mejaa nii). Serta kertas-kertas lain. Itu assignment pertama saya yang baru dapat kemarin. Baru dapat drawing pagi-pagi sempat study sekejap, terus masuk meeting pukul11. Agak terkial-kial juga la. Saya cuba act like the pro sungguh-sungguh. Dapat juga catch up time meeting tersebut.

Juga saya telah membeli 2 pasang kemeja baru pada malam yang sama saya beli mug pink di atas. Kemarin (Isnin) saya pakai biru.

cinoi working Sebab hari Isnin semua staff pakai kemeja seragam warna biru. Jadi saya sengaja pakai biru supaya nampak in. Eheheh.

Ok lah. Saya butuhkan cadangan kalian untuk kasi penuh sikit tu meja. Sementara belum ada drawing yang banyak. Jumpa hari Khamis di Kimanis power plant site!

Doakan saya berjaya di sini. Berjaya dan bertahan. Ini adalah pekerjaan saya yang ke-4 sejak saya mula bekerja pada tahun 2008 (I was looking for better opportunity ehe) ;)

Love,

Cinoi xo

Monday, September 12, 2011

Ketawa lah, sebelum ketawa itu dilarang

How is that??

Saya kira, at any point or level, anything is possible. Yes. Anything.

For example, di kala kita berpoco-poco. Sama ada sebagai exercise ataupun hiburan, tiba-tiba ada satu negeri yang diharamkan aktiviti poco-poco. Ya, terkesima kita yang sedang sebok melenggang patah-patah, mana begoyang tiba-tiba, mana ko niiii, poco-pocooo. Do you expect the pengharaman?

Ataupun, do you ever imagine that you will be paying a RM10 reload prepaid for RM10.60? Put aside any other taxes when you shopping and all.

Or do you expect someone can actually spend a million of dollar just for a ring, sementara orang lain terbeban dengan pelbagai jenis tax dan perbelanjaan minyak kereta yang mahal? A ring. Tidak pernah terfikir sampai ianya terjadi kan?

Atau menerima warning letter (dari majikan), yang sudah tidak berguna lagi kerana ianya diterima pada hari terakhir kamu berkhidmat dengan majikan tersebut?

Atau masih ada lagi yang berhati hitam dan busuk di bulan Syawal seperti tidak mendapat apa-apa di bulan Ramadhon.

Dan banyak lagi. Hehe

Point nya di sini, Expect the unexpected people!

Have a lovely Monday!

Love,

Cinoi

Friday, September 9, 2011

Handbag Raya Sebenar

 

Ingat lagikah anda entry berkenaan handbag di SINI.

Ya. Saya kembali semula ke butik itu. Dan handbag itu masih ada lagi ngehehehehe.

Tapi saya berubah fikiran. Saya tidak beli pun beg tu. Awwww. yes. Sebab saya terpandang beg lain yang dengan instant menchuri hati saya. Bersama dengannya promosi hebat lagi. Iaitu sepasang beg berserta seutas jam dengan 1 harga yang menawan hati.

Tapi untuk promosi itu, kena swipe kredit/debit card Maybank. Mesti Maybank. Last minit juga aku beli beg+jamtangan tu. Sebab aku tiada kad kredit Maybank (tiba-tiba memikirkan kan convenient kalau ada kredit kad maybank hehe), jadi harus tunggu sampai duit dalam akaun Maybank berisi, baru boleh swipe Maybank debit card.

3 hari sebelum raya baru masuk gaji. Jadi barulah dapat beli. Finally.

Apa yang menchuri hati aku ialah warna, dan ala-ala keychain bentuk love blink-blink yang tersangkut di beg tu.

Hal lal lahhh, macam twisties!

Irresistible.

beg guess

dan jam tangannya pun ada blink-blink yang tidak keterlaluan.

jam guess *kualiti gamabr cap ayam, pakai camera phone saja.

Setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. Terima kasih Tuhan atas rezekiMu.

 

Love,

Cinoi

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya Belum Habis

 

Selamat Hari Raya ke-9. *sila baca entry ini sambil mendengar lagu raya, baru ada feeeel*

Adalah mementingkan diri sendiri tidak mengupdate blog selama beberapa lama yang agak lama juga untuk cinoi.com yang agak frequent updatenya.

Kamu tahu, sibuk cuti raya. Saya mendapati ramai blogger lain juga begitu, ehem untuk blogger yang dalam list sidebar saya, sila la update ya. Agar kita boleh makan agar-agar saya boleh mendapatkan bahan bacaan setiap hari seperti biasa.

Bukan niat saya mengabaikan cinoi.com, tapi ini peluang setahun satu kali, berkumpul ramai-ramai dengan anggota yang complete. Hometown di Sandakan, 1st sister’s family di KK, 3rd sister’s family in Pahang, 4th sister in Labuan husband in KL, I am in KK, dan adik ipar saya mendapat cuti pada raya pertama (setelah tahun-tahun lepas berkerja pada 1 Syawal). Jadi peluang semua hadir ini jarang-jarang berlaku, jadi saya perlu fokus dari segi pembahagian duit raya, anak buah dan sebagainya.

Apapun minta maaf jika terkasar bahasa selama menulis blog ni (ececeh), mari kita jangan berhenti beraya dulu buat sementara.

Saya tinggalkan kamu dengan gambar family saya, yang besar dan yang saya fokus sampai tiada lah update di cinoi.com ni. (ada geng oren, geng coklat, geng purple, geng merah dan pelbagai warna lain lagi)family raya

Dan juga gambar owner cinoi.com sendiri (nahh ini peluang pun jarang-jarang berlaku dapat bertemu penulis sebenar cinoi.com, akhirnya kamu dapat melihat diahahaahah)

raya 1

Yang sudah semakin adult sebab tidak lagi menangis bila raya pertama sudah ke petang dan almost berakhir dan semakin bertemu ke 2 Syawal. Ya, saya dengan mudah let go Raya Pertama tahun ni, anak buah pun sudah 8.

Selamat hari raya semuaaa!! Yeayyy!!!

Tuesday, September 6, 2011

Cuti Aidilfitri 2011 Menjanjikan Kenangan Manis

Cewahhh~~~ Tajuk biar gempak.


Update ringkas!

28/08/2011 Sunday - Off to Sandakan from Kota Kinabalu

30/08/2011 Tuesday - Raya pertama bersama keluarga di Sandakan

31/08/2011 Wednesday - Raya Kedua 7pm Off to Ranau, kampung tunang.

01/09/2011 Thursday - Raya Ketiga 9pm Off back to Sandakan, with tunang.

02/09/2011 Friday - Raya Keempat sembelih sapi (akikah)

03/09/2011 Saturday - Kenduri akikah, bergunting (cukur jambul Putra Harith Wafiy my nephew), plus open house, went to a friend's wedding, Anastasia A. Ramos

04/09/2011 Sunday - Raya Keenam , 6pm Off to Kota Kinabalu :(( dengan airmata meninggalkan Sandakan


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin to all cinoi.com readers. Apa pun, raya sebulan.

Nah sekarang saya sudah di KK, barangsiapa ada menganjurkan rumah terbuka di mana-mana, jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri, jemputlah saya! Saya tidak mahu meninggalkan suasana raya terlalu awal.

Dam dam dum. Bunyi mercun!


how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....