Wednesday, May 27, 2009

happy birthday erin!

happy 5th birthday to my niece
Ilyana Sabrina bte Idi

pesanan (Kak Lin tolong bacakan ini untuk Erin ok) : kalau Erin balik sini baru ada hadiah.





*erin datang konvo Aunty Noi*


ni gambar latest erin, rambut pendek sudah. dulu erin la housemate aku, last year lepas habis study. sekarang housemate aku is Yaya.

happy birthday erin!! muah muah.
xoxo,
cinoiqilavigne

Tuesday, May 26, 2009

Sunday with Mary Kay

Last sunday Llewellyn ajak aku pergi beauty consultant ni. So aku pun pergi since its for free juga kan.

1st, produk dia suruh testing, Satin Hand scrub, lotion n apa ntah lagi satu. kalau pakai tangan jadi satin yoouu..hahaha..tapi tangan aku belum satin lagi la. baru pakai sekali.

240520091021

tengok muka aku excited semacam saja, menggosok satin hand scrub tu di tangan.

240520091023

ni masih nampak lagi mekap aku, yang aku mekap dari rumah, match dengan kaler baju la eye shadow aku tu hitam pink. sebelum di cuci oleh MK Make-up Remover.

240520091024

lepas tu kan kena guna facial product dia semua tu, so terpaksa la gue remove mekap gue.

240520091027

siap pakai mask ok. aku pakai facial prduk number 2. kalau tak silap number 1 untuk dry skin, number 2 untuk normal skin, number 3 untuk oily skin. ni macam BOTANI produk camtu. aku pon actually tak berapa nak faham time dia explain-explain tu. ha ha ha.

240520091030

iklan: baju adalah di purchase dari Maharanilicious. pergi ke sana dan shopping di Maharanilicious ya. tuan butik nya sangat baik dan cantik.

ini la aku pakai, mask, cleanser, toner, moisturizer. 1 set (4 item) ni harga dia dalam RM285 .

240520091033

yang ni pulak produk untuk satin hand yang aku pakai awal-awal tadi. aku lupa plak harga dia berapa RM.

240520091036

ni rangkaian mekap Mary Kay. ntah aku tak berapa berkenan sangat. sebab kaler dia macam tidak berapa best, maybe aku tak biasa kot. and lipstick dia tidak long lasting sangat. and masa tu aku bengang, sebab palette eye-shadow yang dapat tempat aku, tiada kaler hitam n pink, so terpaksa guna saja kaler yang ada di situ.

and last sekali of all Mary Kays’s product, ini aku paling suka Mary Kay punya cermin, sangat wide view dia even kecik. tapi ringan. mudah la bawa ke mana-mana.

cerita lain pula.

kebelakangan ni memang aku rasa bermasalah saja. betul-betul semacam tidak dapat memblog seperti normalku.uwaaaa.harus apa ya supaya semuanya jadi seperti biasa?

p/s – looking forward untuk facial treatment di Herbaline dengan si Mimi, tapi si Mimi ni pergi buat appointment time office hour plak. Mimi, saya tidak dapat half day la. buat la appointment baru, pukul 5.30 selepas office hour. ngeeeeee.

xoxo,

cinoiqilavigne

Thursday, May 21, 2009

Yaya – Poker Face

sementara aku mengalami simptom tiada idea untuk ber blog seperti normal biasa ku. kamu berhibur dulu la dengan video Yaya ni okay.

Yaya my niece.19042009714

feveret aku minit ke 00:19, 00:52 dan 01:59 ke seterusnya.

 

p/s: jangan lupa lawat rumah aku yang satu lagi ya. di situ. ada update yewww.

xoxo,

cinoiqilavigne

Tuesday, May 19, 2009

aku.dah.bosan.

notakepalahotak : kalau malas baca karangan panjang di bawah ni, skip terus ke tiga (3) point-point penting di perenggan berwarna purplepink di bawah ok.

aku betul-betul mau update. tapi seriously kebelakangan ni macam “waaa..apa mau update neh”. tak seronok la. ntah. agak kureng sikit.

tapi, walaupun kebelakang ni jarang update blog, addiction ku terhadap internet semakin menjadi-jadi. sekejap-sekejap, cek emel(s), cek facebook, myspace, usha-usha blog mana yang update,ym mesti la sentiasa on walaupun tiada d depan pc dan paling teruk sekali, addict terhadap online shopping di online boutique.

adakah aku seorang sahaja yang begini, ataupun semua orang lain pun memang internet-addict juga?? internet-holic. sekejap-sekejap mesti aku mau surfing apa-apa saja la yang boleh. kalau tiada internet selama setengah hari saja pun boleh membuat aku berantakan. (sesiapa mengalami sindrom yang sama, sila tinggalkan pesan ke aku ya)

dan kekerapan mengusha dan menshopping di online boutique membuatkan kebolehan ku untuk bershopping secara real dan normal di dunia nyata semakin kurang dan teruk. aku rasa semakin hilang kebolehan untuk shopping di mall. astaga. apa sudah aku lakukan ni. tergamak aku.

tapi seriously, online shopping memang menyeronokkan. perasaan menghabiskan duit dan mengorder di sana sini secara duduk di depan pc sahaja itu adalah suatu yang hebat.haha. sepertinya ia adalah suatu seni.hah. seni ka? ok la, bukan seni. tapi adalah sesuatu (yang aku memang tak boleh nak define gila) seronok.

seperti Sunday yang lepas, aku keluar dengan MIMI (memang nama sebenar), memang niat untuk bershopping, maka aku keluar masuk fitting room, tapi hasilnya, tiada hasil, aku berakhir dengan hanya membeli satu Cardigan Merah. ha ha. SATU Cardigan sahaja aku berhasil menshopping d mall. selama 3 bulan kebelakangan ni semuanya yang aku shoppingkan adalah melalui online butik. tergamaknya aku. tergamak kau Cinoi!!lavigne. ha ha ha.

ok.la.

terima kasih kepada yang membaca setiap baris perkataan ku di atas.

terima ka (sahaja) kepada yang tidak membaca setiap baris perkataan di atas.

yang mana, karangan di atas, point-point penting nya hanyalah 3

  1. aku tiada idea untuk mengupdate blog. amalan 1 hari 1 entry aku semakin tidak aku guna pakai.
  2. aku sangat addict dengan internet, seperti gila addictnya. akademi dadah addict internet kebangsaan, sila selamatkan aku.
  3. aku gila terhadap online shopping sehingga kebolehan shopping d mall menjadi hampir kepada zero.

akhir sekali,sambut lah salam mesra dari saya untuk keluarga dan rakan-rakan yang jauh di perantauan. (yang dekat pun salam mesra juga) (gambar hiasan)

facesnota tentang gambar : di ambil setahun lalu. semasa sedang praktikal, sedang rambut panjang, sedang gemuk.

sory, gambar tiada kaitan.entry seterusnya aku upload gambar yang ada kaitan sikit ok.

ok.sekarang boleh komen. (kalau mau la). tentang apa sahaja, tentang karangan, tentang isi-isi di atas, tentang gambar pun boleh, tentang apa sahaja, tentang tiada kaitan dengan entry ini pun aku terima komennya. tentang-tentang.bye.

edited (20.05.2009) : seperti yang gue janjikan kemarin. gambar-gambar yang ada kaitan.haha.maaf,MIMI nampak sedikit sahaja.

17052009930

notatengah: semakin panjang rambut aku. tak terurus pulak. betul-betul aku x tau camna nak setting dah rambut ni.kena potong lagi laaaa.17052009931

xoxo,

cinoiqilavigne

Sunday, May 17, 2009

af7 final. graduasi ka?

mula-mula aku ingat aril yang akan menang.macam dirancang.kesian HAFIZ lagunya x berapa bagi aku.
tapi akhirnya HAFIZ menang. (aku rasa korang pun sudah tau kan masa ni)

hmmm..

mudahnya kan.

graduasi.

tanpa perlu belajar 4 tahun, and exam setiap sem.tidak perlu buat final year project. thesis. etc.

boleh graduasi. dapat honda accord.baling-baling mortar board ke langit. dapat bunga.


apa pun. Stacy juga la yang superb.power.kenapa bah.kenapa bah.hahaha.STACY HEBAT.


xoxo,


cinoiqilavivgne

Thursday, May 14, 2009

wish i never have to moved on

l_5e9ea1f6a22048d98ffb514256d90ddb

*2am* *2008 – Parit Raja, Batu Pahat, Johor*

rindunya masa-masa itu.bye!

xoxo,

cinoiqilavigne

Sunday, May 10, 2009

ibu engkaulah ratu hatiku walaupon tak bagitau depan2

sory saya sibuk macam lebah. tapi mungkin semut pun sibuk juga. bukan lebah saja. hmm..mom is in town. n dad too.

ok la.just SELAMAT HARI IBU.
untuk mommy - PUAN JUMIRA JUMINGAN SASTRO
untuk future mak-in-law (sambil malu-malu) PUAN RAFEAH SUKAIMI
untuk kakak-kakak saya JURAENI, KHAMISAH, HAZLINE.
dan semua ibu-ibu yang terdapat di mana-mana.

tiada hadiah spesel2 la. hanya ucapan simple.

hurmm..
siapa mau bagi hadiah SELAMAT HARI IBU untuk aku?
.
.
.
.
.
aku kan ibu juga.
ibu saudara.

xoxo,

cinoiqilavigne

Thursday, May 7, 2009

Archie the mutant of persuasion tag aku



1.Bekas kekasih saya adalah
= rugi.
(sila dengar lagu I CAN DO BETTER ok)





2.Saya sedang mendengar
= Bitter Heart by Zee Avi

3.Mungkin saya patut
= mula buat kerja saya.

4.Saya suka
= shopping.blog.

5.Sahabat-sahabat baik saya
= adalah hebat-hebat belaka seperti Angkatan Hebat.

6.Saya tak paham
= kenapa saya mesti buat kerja yang akan saya buat sebentar lagi.

7.Saya kehilangan
= masa lapang saya

8.Ramai yang berkata
= bila nak datang semenanjung?/bila nak datang kl? (tensen aku weh)

9.Makna nama saya
= Sri Noor Astika Mala? lu pikir la sendiri apa makna dia wa pun xtau.hebat mungkin. hebat2 belaka.

10.Cinta itu adalah
= un-define

11.Di suatu tempat, seseorang sedang
= membaca jawapan2 aku ni. kan?kau sedang baca kan?jangan tipu!

12.Saya akan cuba
= sehabis baik

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
= bukan sementara (apa ni subjek BM ka?)

14.Telefon bimbit saya
= bedazzled.yeah!

15.Bila saya terjaga dari tidur
= saya raba-raba cari telefon bimbit saya

16.Saya paling meluat apabila
= bf yang bawa beg tangan gf nya. orang kurang ajar pun saya meluat juga, orang yang macam dia tengah melintas jalan dengan perlahan-lahan menyakitkan hati kita yang sedang memandu, langgar baru tau.banyak juga benda saya meluat sebenarnya

17.Pesta/Parti adalah
= keseronokan

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
= Bunky si Sugar Glider lame tak jumpaaaa

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
= 12-23

20.Hari ini
= banyak kerja di ofis. macam haram jadah

21.Malam ini saya akan
= keluar dinner kot.

22.Esok pula saya akan
= keluar dinner juga. di salut. yeehaaa

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
= hmm..boleh laaa..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
= pusat membeli belah la

26.Makanan Barat atau Jepun
= atau

27.Bilik yang terang atau gelap
= pagi yang gelap kini sudah terang


28.Makanan segera adalah
= segera

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
= ntah la.

30.Siapa yang anda nak Tag?
siapa yang baca ni dia yang kena. jangan tipu. Tuhan nampak! hahahahaha (ceh, suka plak aku ketawa)

-dan mereka yang berada dalam list pemblogger tegar saya di sidebar sebelah kanan ni. sila la ya.

Wednesday, May 6, 2009

semalam yang hangat (hangat sangat-lah)

semalam budak-budak ni ajak makan luar. aku on saja. so, to the TLC Tanjung Lipat we went.

kami : bang, order!

abang: makan apa?

aku: nasi goreng kampung ayam!

abang: ok, nasi goreng kampung ayam ya.

aku: eh, nasi goreng ayam kampung!

abang: huh? !#%^&*(). ayam kampung?

aku: hah! di situ la matinya!

sebelum

 

selepas

 

lama betul tunggu brader ni kira. so kami betting, berapa makan kami ni.

aku: Rm41 !

ona: rm43 !

po: rm45

llew: ehe..15? (out!)

kami: bang, kira bang.

ona: 43 ka bang..tolong la 43 bang.

aku: bang, tolong la Rm41 kan semua.

abang: ha?

po: rm45 la bang! 45 kan.

abang: hmm…rm42.70..

pemenangnya Ona, sebab rm42.70. so bundar la. gembira tul amik duit dr brader ni. geleng kepala brader ni layan kami.

05052009829

*ona dengan gembira terima duit baki dari abang. macam la apa.

*minah tudung hitam di belakang tu, nampak lurah nya,(sluar low cut) adeh! kepala pakai tudung, belakang nya, haiya..c po yg suruh aku tengok, kalau tidak, aku tak perasan juga tu.

 

ok la. balik dulu kami ah bang!

05052009832 bye!

 

xoxo,

cinoiqilavigne

Tuesday, May 5, 2009

(NA)

sedang bosan.
kalian sila baca cerita hujung minggu saya di situ.


kandungan cerita itu ialah bagaimana saya telah tergamak mem'bedazzled' kan telefon bimbit saya seperti budak-budak baru nak up.
lepas ni mau bedazzled pendrive pulak, n kalkulator, lighter, n apa2 la yang boleh. and lappy juga.mungkin.


antara lainnya juga mengandungi cerita tentang saya telah menonton Wolverine yang sangat seronok ditonton walaupun dengan popcorn ala2 lemau.


sudah kalian baca di situ?
itu cerita versi Archie. Archie yang mempunyai kuasa mempengaruhi orang (tanpa perlu menyentuh pun). serius aku tak tipu. pegi tanya Mimi Fiona yang pernah/selalu terkena kuasa Archie tu.


contoh 1:
mimi fiona : jom kita makan di sana.
Archie : kita makan di sini la!
mimi fiona : ok.baiklah.jom (menjawab dengan pantas)


contoh 2:
(Archi baru habis minum air mineral dalam botol kecil)
Archie : sapa mau minum?
Cinoi: mau.
Archie : ok.habiskan dan buang botolnya.
Cinoi dengan segera berusaha menghabiskan air dalam botol.


oh.rupanya aku pun pernah terkena kuasanya tu. hebat kan mutan ni.


ok, berbalik kepada cerita tadi, yang itu version Archie.
lain kali saya cerita version saya pula ya. dari sudut dan perspektif saya. lain kali la. bukan sekarang. sekarang sedang buntu.


sayang kamu,
cinoiqilavigne

sri copy gambar hiasan.

Saturday, May 2, 2009

selsema b**i (malu aku nak sebut jenis selsema ni, takda jenis lain ka?)

....
kemarin aku sudah mula bingung. seperti masa aku direbut-rebut, rancangan untuk meraikan LABOUR DAY dengan bershopping sedikit tertunda ke petang. aku pasrah. semuanya kerana itu.

....
hari ini terpaksa kerja. aku heran kenapa bos berkira sengat dengan setengah hari ini. bagi cuti sudah la. setengah hari jek. semalam dah cuti. sambung saja terus hari ini.

tapi tidak.
aku pasrah. bangun kul7.30, cek telefon bimbit, ambil towel dan buangkan baju tidur. bermandikan air panas yang bila kita tutup, badan masih terasa sejuk, lepas tu main-main dengan Naim sekejap.

sengaja aku bersiap-siap lambat. masuk kerja 8.30am (sepatutnya)
tapi 8.30 aku masih di rumah, menikmati sarapan.

sengaja aku datang lambat. biar bos menonton kelambatan ku.
aku sengaja lambat sebab nak buktikan pada bos betapa tidak sepatutnya kerja pada hari Sabtu.

aku mahu bos sedar dia sedang membuat silap. keputusan bos untuk hari Sabtu adalah hari bekerja adalah silap. aku datang lambat untuk membuktikan itu pada dia.

sekarang 11.04am. aku sudah lama sampai di office. tapi bos aku tak sampai-sampai lagi.
@#$%^&*() macam mana dia nak nampak aku datang lambat?

mungkin dia tidak akan datang pun hari ni. mungkin selsema. selsema babi.

xoxo,

cinoiqilavigne

Friday, May 1, 2009

labour day n tomok day

lambat la sikit keluar hari ni, untuk menyambut labour day dengan bershopping.
agak gila juga. sebab lambat start. petang baru keluar, pegi ambil archie di airport dulu. tiada banyak juga hasil malam ni, sambung esok and lusa.

sampai rumah, OIAM grand finale sudah mau habis, sempat tengok persembahan akhir saja.

n Tomok menang. sudah saya jangkakan sejak itu lagi.

tidak perlu penjelasan lagi. haha. apakah.
ok laa..update pantas saja ni. esok n lusa bakalan menjadi hari yang panjang dan gembira.
sekian.

xoxo,

cinoiqilavigne

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....